Appointment Dengan Doktor

12 Aug 2009 - FBC @ 10:00 hrs

24 Aug 2009 - 4th Chemoterapy @ 09:00 hrs

Friday, May 8, 2009

CGC running dah oiii...

Bismillah..

Alhamdulillah...seperti yang sudah di'plan'kan...malam tadi kita berjaya menyetat CGC. Kat sini.. start CGC tu.. senang sangat...'Even monkey can start'- kata trainer simulator. Dengan tekan satu button... everything 'khalas' (bahasa arab - settle gitu). Semuanya by automatic once dia dah dapat permissive to start. Emmm dia punya cold start agak lama... Ada 2 kali ramping dan kedua-duanya memakan masa hampir 3 jam untuk ke MGS. Tapi kita just monitor jer. Semuanya by CCS yang control. Nak adjust kickback pun tak boleh tau!!

Oh yer... nak tahu siapa yang jadi pilotnya? Siapa lagi kalau tak si Jaafar kita tuuu.... Tahniah to Jaafar!! Kat sini Jaafar kena jaga area compressor sampai ke chilling train dan de-meth. So, ngam-ngam tengah pressurize.... tiba-tiba... emergency!!! jerit seorang supervisor 'sapi' dari field. Alamak ada fire lah pulak!!!! Anyway, alhamdulillah semuanya terkawal...walaupun preparation untuk feed forward ke cold box terkandas... Tapi.... CGC masih gah running seyyy..

Emmm aku pun tumpang suka sakan...pasal kalau everything dah ok...product pun dah on spec, maka aku boleh balik kampung dengan senang hati.... Emmm tak sabar nak on spec kan product nih!!!!

Sekian Wassalam.

JMD@yanbuKSA.

Wednesday, May 6, 2009

Plant Start Up

Bismillah...

Pejam celik pejam celik dah hampir 9 bulan aku di sini... Dari cuaca panas kepada cuaca panas semula. Suasana sejuk dah makin berlalu... tapi olehkerana aku straight kerja malam, aku pun tak tahu macammana panasnya. Tapi kalau aku balik kerja jam 7 pagi tu... temperature menunjukan nilai 35 degC. Emm panas tu!!!

So, untuk info... malam tadi, for the first time, kita dah feed in satu furnace dengan ethane. Emm satu catatan sejarah buat Yansab. Pulak tu yang jadi pilotnya ialah pilot-pilot dari Malaysia iaitu En Rosle 'Jen' (x-Titan) dan En Fuad (x-Optimal). Perghhh bukan main kembang idung diaorang berdua tu bila dapat ucapan 'good job' oleh bos-bos yang memang menyibuk kat belakang. Pas tu... macam biasalahhh... bagi makan coklat!

Malangnya... sebelum berakhir shift... idung diaorang mula kuncup semula apabila mengukir sejarah buruk... orang pertama tripkan furnace. Hahaha kesian Rosle 'Jen'. Anyway... biasalahkan... tengah start up... memanglah macam tu.

Cerita pasal balik kampung pulak... aku dah book tiket dah!!! Eeee tak sabar dah nak balik nih!! Kalau ikut plan asal....aku sepatutnya balik pada awal April tuhari. Tapi, olehkerana tengah busy start up.... kitaorang pun delaykanlah sikit tarikh tu. Pas ni... aku mesti nak balik. Dah tak tahan dah ni.... Start up ke, stat down ker... mesti balik!!

Sekian Wassalam.

JMD@yanbuKSA.

Links to My Slide Picture and MOV

Untuk tidak memberatkan blog ini, semua slide boleh di'exses' melalui links di sini. Sila klik tajuk yang berkenaan.

> Kembara Madinah - Main Pasir (MOV)

> Kembara Madinah - Badar Battlefield (MOV 1) (MOV 2)

> Kembara Madinah - Uhud Battlefield (MOV)

> Kembara Madinah - Kebun Kurma

> Kembara Madinah - Mesjid Quba' (MOV)

> Kembara Madinah - Ladang Unta (MOV)

> Mesjid Nabawi As-Sareef (MOV 1) (MOV 2)
Bismillahirrohmaanirrohim

Ya Allah, Tunjukilah Kami jalan Yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang Yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang Yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang Yang sesat.

WASIAT IMAM AL-GHAZALI

3 perkara yang dengannya kita mampu untuk berzuhud:
1. Tidak mengejar kesenangan dunia yang tidak dimiliki.

2. Membahagikan kesenangan dunia yang kita miliki.

3. Tidak mengkehendaki dunia dalam hatinya dan tidak pula mengusahakannya.


" Tiada daya untuk meninggalkan maksiat dan tidak ada kekuatan untuk mengerjakan ketaatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Luhur dan Maha Agung"