Appointment Dengan Doktor
24 Aug 2009 - 4th Chemoterapy @ 09:00 hrs
Tuesday, April 7, 2009
Hari-Hari Kerja Daa...
Emm dah lama tak update. Kesibukkan makin menjadi-jadi... biasalahhh tengah start uplah kata kan. So, malam tadi adalah malam ke-10 aku kerja malam. Entah sampai bila....aku pun tak tahu. Sementara tunggu basuh baju ni...sempatlah jugak aku update blog ni.
Bila straight kerja malam macam ni... aku dah tak de kehidupan dah. Balik kerja...membuta. Bangun petang...pergi kerja. Macam tulah hari-hari. Nak basuh baju pun malas... Nak ambik duit kat bank pun malas... Malah nak makan tengahhari pun...aku jadi malas. Skype ngan anak bini pun kadang-kadang ter'miss' jugak. Nasib baik anak bini aku memahami karrier suaminya...
So, 3 hari yang lepas, kami berjaya menyetat C3R compressor dengan jayanya. Adalah juga 3 or 4 kali tripped. Anyway...ianya dah berjaya di jalankan. Sekarang ni kami tengah prepare untuk C2R compressor pulak. Selain tu, C3 Splitter pun sedang di-liquid inventorykan untuk puts it on total reflux mode. Pendekkata...memang tengah sibuk giler!!!
Emm oklah takat sini dulu untuk info.
Sekian Wassalam.
JMD@yanbuKSA.
Sunday, March 29, 2009
Jalan-Jalan Cari Makan
Dah nak masuk bulan 4 ni... kesibukan berkerja semakin menjadi-jadi. Untuk info kawan-kawan semua... plant kita ni dalam peringkat OATT pakai C3 vapor dan N2 freeing. Kita dah introduce C3 vapor since last week untuk OATT pada operating pressure untuk C3R system. Emmm melambak leak pointnya... berpuluh leaks yang dijumpai. Biasalah...plant baru lah katakan....
Kalau kat Titan kita guna 'NAGA' untuk vaporizekan C3...tapi kat sini kita pakai C3 Stripper sebagai vaporizer. So, takde lah masalah macam kita start TPC 1 dulu...
Start Isnin ni (esok), schedulle kerja double coverage akan bermula. Aku akan berkerja malam straight sehingga dapat product. Emmm pengsanlah aku jawapnya... OT memang melambak! Mencecah 200 jam! kalau jadikan duit...nilainya 10 ribu tu...
Walaumacamana sibuk pun... aku sempat juga berjalan-jalan cari makan di Jeddah pada hari khamis yang lalu. Adapun motive utamanya ialah nak makan....pasal ada expo makan makanan Malaysia di Tabung Haji Jeddah. So, kitaorang bertolak dari rumah pada malam khamis, jam 10 malam dengan menaiki Chevrolet Suburban.
Sampai Jeddah, hampir 1 pagi... Singgah kejap di Jeddah Lane. Tengok Dino main bowling. Olehkerana dah lewat malam... tak dapatlah aku mencuba untuk test power main bowling. Hal bowling ni... si Dino dah macam rumah dia dah tu. Emm every week main bowling. Yang si Ijam 'Kundang Ulu' tu pulak... gila main badminton pulak! emm tak pelah asal bahagia... Kalau bersukan ni...biasanya, bini tak marah... Hehehe
Selepas penat tidur di hotel Intercontinental... selepas zohor, kita pun bertolaklah ke destinasi yang dituju... Tabung Haji Jeddah. Sampai jer..peniaga-peniaga tengah sibuk membuat persiapan. Terpaksalah tunggu... perut dah kebulur nih!!!
Selepas kenyang perut... kita merayau pulak ke RED SEA MALL. Emm mall terbesar katanya di Jeddah ni... Kat sini aku tak tahu nak cari apa. Cuma jalan-jalan jer... Akhirnya aku pun sakit kepala.... Arghhh aku nak bantalllll....
Then balik hotel.... membuta.
Sekian Wassalam.
Monday, March 16, 2009
2nd Half of March
> Kundang Ulu Man dan KeretanyaKali ini aku nak bercerita pasal keteta pulak... Bukan apa cuma nak bagitau kat kawan-kawan disana bahawa Multazam 'Kundang Ulu' dah beli kereta sendiri. Perghh belum pun 1 tahun kerja di KSA ni, dia dah mampu pakai kereta sendiri. Bukan hutang tau... CASH beb!!! Anyway aku tumpang berbangga....
Continue Read: Kundang Ulu Man dan keretanya
___
Selama lebih seminggu aku tidak update blog ni.. Selain sibuk dengan kerja, aku juga sibuk kerana berpindah rumah dari Radwa 3 ke As-Subh. So, malam tadi merupakan malam ke-3 aku tidur di bilik baru yang luasnya 2 kali ganda daripada bilik sebelumnya..
Continue Read: Rumah Baru
Tuesday, March 3, 2009
1st Half of March 2009
Febuari telah pun berlalu... Sekarang sudah pun bulan Mac. Ini menandakan aku sudah masuk bulan ke-7 di KSA... Hampir 1 tahun dah.. dan masuknya bulan Mac ini... exchange rate RM to USD mencapai 3.730 sedollar... merupakan kadar tertinggi semenjak aku disini...
Continue Read: Exchange Rate Tertinggi.
> Aku Dan Makan...
Semenjak kerja shift ni.. berat badan aku menurun 4 kilo dah... Nak kata kurang tidur...emm tak mungkin, pasal aku ni kuat tidur. Kalau kerja pagi, pas isyak....
Continue Read: Aku Dan Makan..
Wednesday, February 18, 2009
3rd & 4th Week of Feburary
Pada hari Jumaat 20hb Feb jam 9:30 pagi, 39 tahun yang lalu... di Kampung Jawa, Batu Mas, Pengerang, Kota Tinggi, Johor... maka lahirlah seorang bayi lelaki yang sihat lagi comel dari seorang ibu. Itu dulu.... iaitu pada tahun 1970. Nah, sekarang 2009... juga pada hari yang sama iaitu Jumat, maka genaplah usia bayi hensem tersebut 39 tahun...
Continue Read: Hari Ini Dalam Sejarah..
> 3 Lagi dari TITAN Sudah Mari...Tadi, kami sempat meluangkan masa untuk melawat 3 lagi kawan dari Titan yang baru tiba. Seperti biasa, mereka akan ditempatkan di Danat Hotel selama 2 or 3 hari sebelum berpindah ke rumah kediaman masing-masing. Emmm macam tulah juga yang kami lalui apabila menjejakkan kaki di sini.
Continue Read: 3 Lagi dari TITAN Sudah Mari...
> Ngomel LagiEmm dah tak tahu apa yang nak aku postkan dah...mungkin pasal aku sudah tidak kemana-mana lagi dah semenjak dok dalam shift ni. 2 hari off tu biasanya tak terserempak dengan diaorang yang masih dok normal day. So, nak ke Mekah or Madinah pun dah takde kaki dah.
Continue Read: Ngomel Lagi.
Sunday, February 15, 2009
1st and 2nd Week of February
Kecanggihan teknologi sekarang, kita boleh berhubungan di kejauhan secara pandang dengar. Siapa-siapa yang suaminya berjauhan di perantauan...pasti biasa dengan kemudahan percuma oleh Yahoo Messenger (YM) dan Skype. Dengannya kita boleh bervideo conference dengan anak bini yang jauh ditanahair...
Continue Read: YM dan Skype
> Ngomel-Ngomel
Minggu ini merupakan minggu ke-25 aku di KSA. So, dah 6 bulan lebih dah aku di perantauan. Terasa cepatlah pulak masa berlalu... Kalau contract kerja tu selama 2 tahun, maka tinggallah berbaki 1 tahun setengah. Kalau first batch macam LOBO tu, next month sudah genap setahun dah...
Continue Read: Ngomel-Ngomel
Tuesday, January 20, 2009
3rd - 4th Week of January
> Pengalaman Kerja Shift di KSA
Emm pada hari Jumaat, 24 Jan yang lalu... aku buat julung kalinya memasuki shift. For informasi... shift pattern kat sini (buat masa ini), ialah 4242. Iaitu 4 siang, 2 off dan 4 malam, 2 off. Dan shift hournya adalah dari jam 6 pagi to 6 petang. Emm terkulat-kulat juga mata nak bangun jam 5 pagi. Sekarang ni Subuh pada jam 5:48 pagi.... so solat subuh di surau control room jer...
Continue Read: Pengalaman Kerja di KSA
Kelmarin, 2 3 hari yang lepas, kitaorang telah melakukan aktiviti berBBQ di tengah-tengah padang pasir di kawasan perkampungan Badwi di Yanbu. Tidak ada aktiviti apa pun cuma membakar ikan, sotong, laham, ayam dan sedikit daging unta. Antara peserta yang menyertai makan-makan ini ialah..
Continue Read: BBQ di Padang Pasir
> Cerita-Ceriti: Palestine 1
Nabi SAW bersabda: "Kelak, umat-umat lain akan mengerumuni kalian seperti orang-orang yang lapar mengerumuni hidangan mereka..". Salah seorang bertanya: "Adakah kerana bilangan kita sedikit pada ketika itu?". Nabi SAW menjawab: "Tidak, pada ketika itu bilangan kalian ramai, namun kalian adalah seperti buih di lautan... Allah akan menghilangkan perasaan takut dari hati musuh kalian dan Allah akan mencampakkan 'whan' kedalam hati kalian".. Salah seorang bertanya: "Apa itu whawahai Rasulullah?".... Nabi SAW menjawab: " Cintakan kehidupan dan takut mati". Hadis Riwayah Abu Dawwud dan Imam Ahmad.
Continue Read: Cerita-ceriti: Palestine 1
Friday, January 16, 2009
1st and 2nd Week of Jan 09
Berikut adalah panduan tentang product oleh company yang related dengan Israel. Setiap sen wang kita... ada peratusannya terhadap pembunuhan rakyat Palestine.Sejauhmana seriousnya kita menyayangi Palestine dan membenci Israel? Jom Boikot.Kalau disemak one by one...melambak duit kita yang menyumbang ke sana..
Continue Read: Product List to Boikot!!!
Continue Read: Cerita-Ceriti
Saturday, December 27, 2008
December 2008 Post.

> Ceduk-ceduk
Ini cerita lama. Berlaku sewaktu aku bercuti tempoh hari. Olehkerana laptop aku yang tak tip top sebelum ini...maka tak sempat aku nak publish kejadian ini....iaitu peristiwa makan-makan... (Baca Selanjutnya).
Pada minggu lepas, aku pergi menghantar Zainuddin 'blogger From Uda With Love' balik ke tanahair untuk urusan air melalui Jeddah Airport. Adapun tujuan utamanya adalah untuk menghantar Zainuddin tu balik, tetapi disebalik 'nya' kami memang nak ber'shopping' barang-barang keperluan. Katanya di Jeddah harganya agak murah...(Baca Selanjutnya).
Pejam celik pejam celik aku dah berada semula di Yanbu. Terasa sekejap sangat aku di tanahair. Anyway...alhamdulillah kerana dapatlah juga aku balik. Ada kawan-kawan yang lain masih belum dapat balik.... lagi haru... ye tak?... (Baca Selanjutnya).
Links to My Slide Picture and MOV
> Kembara Madinah - Main Pasir (MOV)
> Kembara Madinah - Badar Battlefield (MOV 1) (MOV 2)
> Kembara Madinah - Uhud Battlefield (MOV)
> Kembara Madinah - Kebun Kurma
> Kembara Madinah - Mesjid Quba' (MOV)
> Kembara Madinah - Ladang Unta (MOV)
> Mesjid Nabawi As-Sareef (MOV 1) (MOV 2)
Ya Allah, Tunjukilah Kami jalan Yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang Yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang Yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang Yang sesat.
WASIAT IMAM AL-GHAZALI
1. Tidak mengejar kesenangan dunia yang tidak dimiliki.
2. Membahagikan kesenangan dunia yang kita miliki.
3. Tidak mengkehendaki dunia dalam hatinya dan tidak pula mengusahakannya.
" Tiada daya untuk meninggalkan maksiat dan tidak ada kekuatan untuk mengerjakan ketaatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Luhur dan Maha Agung"