Appointment Dengan Doktor

12 Aug 2009 - FBC @ 10:00 hrs

24 Aug 2009 - 4th Chemoterapy @ 09:00 hrs

Wednesday, July 22, 2009

Kunjungan Dari Kuantan

Bismi Allah.

Siang tadi adalah hari ke-9 after 2nd chemotherapy aku, so kenalah pergi ke Johor Specialist Hospital untuk buat blood test. Kali ini aku ditemani oleh Bujang dan Zuraimi yang dengan sukarela hendak menghantar aku ke JSH. Terima kasih bebanyak pada mereka berdua.

Lebih kurang jam 10:15 am aku sampai dan terus menunggu giliran untuk ambil darah. Kali ini aku juga meminta MC untuk bulan August dan juga menyerahkan beberapa form insuran bertujuan untuk memohon pengecualian. Ingatkan free jer...rupanya kena bayar! Satu form kena caj RM 95/ perghhh... Duit saja spital ni! Dahlah sekali chemotherapy dia caj 10 ribu lebih... Urusan isi borang pun dia nak pow juga!!


Gambar: Haaa inilah dia gerangan yang berbaik hati... nak temankan aku ke Klinik Onkologi.

Lebih istimewa... hari ini aku dikunjungi sahabat lama x-Titan, dari Kuantan. Mereka ialah Mohd Lazim, Hamizan dan Nazri (x-TPE). Alamak!! sangat mengharukan aku kerana diaorang datang dari sana...semata-mata nak ziarah, bertanya khabar aku. Olehkerana kebetulannya aku berada di JSH, so diaorang terus menuju ke sana.

Rasanya hampir 10 tahun aku tidak berjumpa diaorang. So panjanglah ceritanya. Bertanya khabar kawan-kawan lain disana... emmm macam-macam cerita! So, dapatlah info tentang kawan-kawan di Kuantan yang dah lama berpisah.

Gambar: Ingat lagi tak? Dari kiri: Hamizan, Mat Lazim, Aku dan Nazri di Lobby Oncology Dept.

Selain itu dapat juga info kawan-kawan x-UTM aku yang berada disana melalui diaorang. Diantaranya Saad Norazman (polyplastic), Mohd Zafir Junid (x-manager polyplastic), Suhaimi (bonzer) Saad (BASF), Norhisham Razali (BASF) dan beberapa lagi geng DKK (1988-1991) UTM. So kepada mereka yang terbaca blog ni... contectlah aku beb... Kat Pasir Gudang ni cuma aku dengan Ben 'Maksum' jer. Si Bor pun dah lama aku tak nampak.

Gambar: Ngeteh di Soto Power Pak Abu di Taman Scientex... sebelum diaorg bertolak balik.

Settle urusan aku di hospital (result darah aku... Alhamdulillah no problem... sel darah putih masih on spec), kitaorang pun pergilah makan-makan. Kemudian menuju pulak ke Pasir Gudang. Singgah di rumah Bujang dan beborak sekejap di rumah aku.

Gambar: Selamat Jalan... Lazim dengan Wishnya bertolak balik ke Kuantan pada jam 5:30 ptg.

Habis ngeteh, diaorang pun berundur diri untuk balik ke Kuantan. Emm lepak tuuu... balik hari! So, terima kasihlah bebanyak pada mereka kerana sudi menziarah aku di sini. Mudah-mudahan Allah balas mereka dengan ganjaran kebaikan di dunia dan akhirat. Amin.

InsyaAllah kalau panjang umur... aku pun nak berziarah kawan-kawan di sana.

Sekian Wassalam.

JMD@tmnscientex.PG

>>

Monday, July 20, 2009

Balik Cemplak dan Doa Selamat

Bismi Allah.

Dah lama aku tak balik Chemplak. Semenjak aku masuk wad pada 4 Jun yang lalu... sampailah 18 July lepas..barulah aku menjejakkan kaki ke kampungku. Itu pun kerana aku nak hantar mak aku balik...pasal ada hal. So, kami bertolak jam 3 setengah petang dan tiba di Chemplak lebih kurang jam 6 petang. Aku cuma jadi co-pilot... tu pun tido jer. Orang rumah akulah yang drive.
Gambar: Bersama 4 orang anak aku, Itulah aku sekarang ni...masih belum berisi. Kepala dah botak...

Pada keesokkan harinya bapak aku telah membuat majlis doa selamat dengan menjemput ahli blok 8 dan ahli-ahli mesjid selepas waktu asar. Majlis diketuai oleh Imam Ramlan Tunggal. Oleh kerana majlis tu dibuat secara tiba-tiba, bapak aku sempat menyediakan juadah mee hoon sup dan beberapa jenis kuih muih. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
Gambar: Hidangan yang disediakan..

Gambar: Antara yang hadir di majlis ringkas tu... Terima kasih bebanyak.
Selesai saja majlis...lebih kurang jam 6 suku, aku pun bertolak balik ke Pagir Gudang... juga orang rumah aku yang pandu.
Sampai sini saja. Sekian Wassalam

Thursday, July 16, 2009

Ribuan Terima Kasih Untuk Semua

Bismillah.

Pada Selasa 14 July 2009 yang lepas, aku di serbu oleh sahabat dari team D yang baru balik dari kerja malam... Punya lah ramai sampai jiran Indian kat area rumah aku tu ingat 'jangan-jangan ada kematian'. Yelah jiran-jiran aku tu pun tahu aku tengah macam ni... so, bila pagi-pagi gitu, tiba-tiba ramai orang kat rumah aku... dia pun jadi syak sesuatu. Heheh memang bagus jiran aku tu... perihatin!


Gambar: Tu dia.. hampir 99.99% anggota team D datang pada pagi itu. Terharu....

Haa rombongan tu dikepalai oleh de facto leadernya iaitu En Zulkifli Sarbini. Aku rasa hampir semua anggota team D, hadir. Yang aku tak kenal pun ada (anggota baru). Terima kasih kerana ingatan kalian. Apa taknya... kitaorang dah bersama selama lebih 10 tahun...dah macam adik beradik. Hari ni gaduh..besok baik. Hari ni baik... sok gaduh lagi. Emm macam tulah... bila dah mesra sangat. Senang cerita dah tak kisah dah...

Tak kurang dengan itu... ada pulak ole-ole dari mereka. Emm ribuan terima kasih saja yang dapat aku ucapkan kepada semua warga Titan yang menderma untuk aku ni. Allah jugalah yang membalasnya...insyaAllah.

Gambar: Envelope berisi wang hasil kutipan derma dari warga Titan. Terima kasih..

Belumpun geng-geng team D beredar... datang pulak sahabat dari Yanbu yang sedang bercuti iaitu Saudara Halim Bosek dan family, orang rumah Ahamd Sto dan Mr Sahir. Yang bestnya Halim datang dengan bergaya.... dengan Grandis baru tuuu. Cayalah... Aku baru berangan nak tukar kepada Odessey RB1 Abseloute... tup tup dapat penyakit pulak. So... pakai jerlah apa yang ada...

Halim ni pun datang dengan ole ole dari Yanbu... Terima kasih bebanyak kepada semua kawan-kawan Yansab di LLDPE, HDPE dan geng maintenence (Pok Lah). Sebaik-baik balasan adalah dari Allah jua.


Gambar: Haa nilah dia angpow dari Yansab. Terima kasih bebanyak...

Finally... lagi sekali aku ucap terima kasih kepada semua kawan-kawan di mana pun berada kerana sumbangan dan doa kalian. Aku pun berdoa... mudah-mudahan terus diberi petunjuk dan kekuatan dalam menghadapi ketentuanNya. Amin...

Sekian Wassalam

JMD@tmnscientex.PG

Tuesday, July 14, 2009

2nd Kemoterapi - 13 July.

Bismillah.

Alhamdulillah pada 13 Julai yang lepas aku selesai membuat 2nd kemoterapi. Macam biasa, mula-mula kena ambil darah untuk buat full analisis...nak tengok kandungan sel darah putih aku. Cuma kali ini tidak ada pula Echocardiology test. Aku tanya... "emmm tak perlu lagi bila yang first check tu okey" kata nurse tu.

Kemudian, doktor akan bagi brief apa nak buat hari ini... dan apa kesan yang aku rasa dengan first kemo tu. So..aku ceritalah apa yang aku alami. Pada awal 2 minggu selepas kemo tu...aku rasa memang tip top. Siap boleh pegi Tesco lagi. Tapi bila 2 atau 3 hari sebalum 2nd kemo...aku mula hilang selera makan...and finally aku muntah-muntah dan badan aku jadi lemah sehingga aku masih perlukan kerusi roda pada hari 2nd kemo tu...

So..doktor kata.."yang itu bukan kesan dari kemoterapi..kerana dose dibuat tu tidak memberi kesan macam tu". So, dia suspect kemungkinan sel tu jenis sel yang 'fast grow'. Pas tu dia ada tanya samada aku ada makan suppliment lain, vitamin ker atau apa-apalah...? Memang ada. So, dia suspect suppliment tu mempercepatkan pertumbuhan sel-sel termasuklah sel kanser tu. Emmm mungkin juga. Ada logiknya tu... So untuk kali ini aku cuma makan ubat doktor saja... itu pun bila perlu!


Gambar: Hari 2nd kemo ni... aku bantai tidur saja masa dia masukkan ubat tu.. tahu-tahu dah habis.
So dossage hari ini cuma 3 botol plus 1 botol air. Kalau 1st kemo sampai 5 botol plus 1 air. Selepas dimasukkan air selama beberapa minit, aku diberikan 4 jenis ubat iaitu: stroid, gastrik, alahan dan tahan muntah. Pas tu baru dia on ubat kemo, avastin dan apa tah satu lagi tu..

Alhamdulillah.. balik saja dari kemo... malam tu juga selera makan aku datang semula. Emm macam-macam yang aku rasa nak makan... Rojak mee mamak, kuetiau hailam emm dan macam-macam lagi. Esoknya aku dah boleh pegi pusat bandar.

Gambar: Antara nurse yang berkerja di Oncology and Radiotherapy Dept. Emm memang bagus-bagus semuanya.

Sebelum aku akhiri post kali ini aku nak ucap ribuan terima kasih kepada En Junaidi (x-Titan Tj Langsat) yang juga bekas pesakit kenser, yang datang bersama wifenya semata-mata nak menjenguk aku di klinik okologi, JSH pada hari aku buat kemo tempohari. Banyak tips dan pengalaman yang dia berikan. Sekarang dia sedang bercuti. Oh yer dia sekarang berkerja di Arab Saudi juga iaitu di Jubail, dengan company Tasnee. Alhamdulillah dia dah sehat sepenuhnya.

Sekian Wassalam

JMD@tmnscientex.PG

P/s: Correction namanya ialah Saudara Jamali. Terima kasih kerana membetulkannya.

Saturday, July 4, 2009

Kesan Chemotherapy

BismiAllah.

Hari ini merupakan hari ke-12 selepas chemo. Semalam sewaktu aku berwuduk, bila aku gosok-gosok air kat dagu, berguguranlah janggut hensem aku ke lantai. Alamak...senang sangat dia tanggal. Hari ini pulak, semua bulu dah boleh tercabut bila ditarik. Mudah sangat...kecuali bulu kaki yang masih kukuh bertapak. Kalau lepas mandi tu, bila dilap dengan tuala, berterabur bulu-bulu dilantai. Alamak bakal jadi togellah aku jawapnya.

Manakala kesan yang lain...cuma kadang-kadang ada rasa mual. Macam nak muntah. Yang lain-lain, alhamdulillah... belum lagi kot.
Gambar: Janggut aku yang mula keguguran.

Tentang ubatan, ramai yang memberi saranan supaya makan itulah inilah. Ada yang kata keladi tikus, transfer factor, minum jus daun durian belanda dan macam-macam lagi samada style homopathy atau tah apa-apa. Buat masa ini aku cuma telan ubat doktor iaitu:
1. Etoricoxib 120 mg (1 tablet/day) - Ni ubat untuk apa...aku pun tak tahu.
2. Tramadol 50 mg (3 capsul/day) - Yang ni pun aku tak tahu untuk apa.

Selain itu aku juga mengamalkan minum minyak habbatus sauda dengan madu arab, 2 kali sehari. Itu saja.


Gambar: Minyak Habbatus Sauda dan Madu Arab. Dua-duanya dari arab.

Oh yer untuk pengetahuan, aku bukan buat rawatan chemo saja. Ianya dirangkaikan sekali dengan Carboplatin, Taxol dan Monoclonal Avastin. Kira power sikitlah kot. Entahlah...

Oklah cukup untuk post kali ini. InsyaAllah..

Sekian Wassalam.

JMD@tmnscientex.PG

Tuesday, June 30, 2009

Cerita Aku Dalam Sebulan

Bismillah.

Hari ini genap sebulan aku berada di tanahairku. Kalau plan asalnya..memanglah bercuti (2 minggu jer) ...nak bawak anak jalan-jalan....tapi lain pulak jadinya. Jalan-jalan ke hospital pulak jadinya. Kali ini aku postkan beberapa gambar aku semenjak aku jadi pesakit ni. Kalau nak ikutkan malas aku nak postkan gambar-gambar ni...bukan pasal apa...pasal hensemnya dah kurang dah. Dah tinggal tulang jer. Anyway setidak-tidaknya, kawan-kawan jauh aku dapat tengok aku sekarang ni.

> Ni gambar aku di malam pertama di wad Putri Speciallist. Tak de keje lain... membuta jer.

> Bersama Nizam Arjuna. Antara yang terawal ziarah aku di hospital.

> Ni kat HSI. Sementara tunggu giliran untuk jumpa doktor Roslan...sempat baring kat peha mak aku. Bukan nak manja-manja...tapi tak larat beb. Masa tu memang tak boleh duduk atau berdiri lama-lama. Termengah-mengah. Sampai jer giliran... dia kata, hari ini cuma boleh buat appointment jer. Jumpa doktor pada 24 haribulan nanti. Arghhh tension spital kerajaan ni... So esoknya my family decide nak gi JSH pulak...jumpa Dr Radzi. Alhamdulillah terus dia bagi date untuk buat chemothrapy tu.

> Ni gambar first time buat chemo tu. Suspen jugak mula-mulanya tu. Apabenda dia nak buat kat aku? Tengok muka tu pun macam ye tak ye je tu. Aku kena habiskan 5 botol ubat tu!

> Mula-mula tu memang steady... masuk botol ke 3 aku dah mula tumbang. Tak larat nak layan rasa yang bermacam-macam. Masuk botol ke-4 aku suruh nurse tu stop kejap...pasal tiba-tiba aku rasa sesak nafas. Lepas setengah jam...baru sambung semula. Dia kata tu memang normal...

> Tengok tu nak jalan pun tak larat. Tak penah terlintas difikiran yang aku ni one day akan disorong pakai wheelchair. Tapi tulah hakikatnya. Kita ni manusia yang lemah... anytime Allah boleh tarik nikmat yang selama ini kita dapat. Sesungguhnya ini ujian... InsyaAllah mudah-mudahan Allah berikan kekuatan. Memang banyak dugaan untuk beramal dalam keadaan macam ni... Rasa malas menjadi-jadi.

> Haa ni gambar terbaru...di halaman rumah aku. Sikit bertenaga...tapi masih belum berisi. Dah macam mat gian! Muka kempot, tulang belulang timbul. Sabar jer lah... Mudah-mudahan berkat doa kawan-kawan (jauh dan dekat), mak bapak, adik beradik, anak bini dan semua yang mengenali aku...insyaAllah...diberi kesihatan seperti dulu.

Emm ni saja post kali ini.

Friday, June 26, 2009

Rambut Gugur?

Bismi Allah.

Alhamdulillah, hari ini merupakan hari ke-4 selepas 1st chemotherapy. So far aku rasa seperti biasa...cuma pada hari ke-2 kesan kesakitan otot dan sendi agak ketara. Rasa tersangatlah letih! Memang pantang letak kepala...mesti terlelap.

Setakat ni tak de pulak rasa nak muntah. Selera makan pulak sekarang ni semakin menjadi-jadi. Kadang-kadang sampai overload. Senak perut macam makan banyak selepas berbuka puasa. Tersandar kat katil...kekenyangan. Kalau kelmarin aku bergulung tahan sakit perut kerana kelaparan...tak boleh makan. Kali ini lain pulak dah.

Keguguran rambut? Lum pulak. Cabut-cabut juga rambut kontot aku ni... ehhh masih degil lagi...terpacak lagi! Heheh biasalah rambut 'jeng' orang kata. Bulu-bulu lain pun masih ok.

Sakit tekak? Emm memang agak teruk. Suara pun kadang-kadang hilang terus. Kadang-kadang ada darah pada kahak di waktu pagi. Mesti tekak aku cedera kot, luka.

Kesimpulannya masuk hari ke-4 ni aku semakin bertenaga. Alhamdulillah. Berkat doa kawan-kawan. Kawan handai pun masih tak putus-putus ziarah aku. Terima kasih bebanyak....Semua ni penuh bermakna bagi aku. Begitu juga sahabat Yanbu yang selalu update perkembangan aku samada melalui sms, call atau melalui blog. Cuma kadang-kadang sahabat Arab yang call di waktu yang tak sesuai. Tapi tak pelah... diaorang bukan tahu pun.

Oklah takat sini dulu. Selamat haji gaji pada geng-geng Yansab!!!

Sekian Wassalam.

JMD@tmnscientex.PG

Monday, June 22, 2009

Kemoterapi #1 - 22jun09 : JOHOR SPECIALLIST

Bismi Allah.

Gambar: Aku yang sentiasa ditemani isteri dan ibunda tercinta. Inilah sekarang 41.8 kg jer dah!

Alhamdulillah setelah 2minggu setengah aku mula-mula ke hospital tempohari...baru hari ini aku mula mendapat rawatan kanser secara serious memalui kaedah chemotherapy. Sebelum buat chemo ni, ada macam-macam yang kita kena buat iaitu:

1. Kena ambil sample darah.

2. Kena buat echo - Echo ni ujian jantung. Dia buat macam ultrasound tuuu....

So, apabila result darah ok, jantung pun ok... barulah boleh proceed buat chemo tu... Sebelum tu doktor akan beri penerangan tentang side effect daripada chemo tu. Macam-macam ribu kesan..

Pas tu barulah dia buat chemo tu. Oleh kerana ini yang 1st time gaknya, jadi, ubatnya punyalah banyak. 6 botol silih berganti masuk dalam badan aku. Sakit? Tak sakit pun. Cuma kadang-kadang kita rasa sesak nak bernafas. Tu saja.

Anyway alhamdulillah aku sudah menjalani chemo yang pertama. Orang cakap effectnya tunggu 3 atau 4 hari nanti. Baru boleh tengok rambut gugur, janggut gugur, kuku jadi hitam, muntah-muntah, susah berak dan bermacam-macam lagi yang aku dengar orang cerita. Emmm suspend juga!!

Oklah buat masa ini. Oh yer terima kasih kepada semua kawan-kawan yang yang tak putus-putus menjenguk aku. Hari-hari ada saja yang ziarah. Aku amat menghargainya.....

Sekian Wassalam.

JMD@tnmscientex.PG

Friday, June 19, 2009

Cerita Dari Hospital 2

Bismi Allah.

Semenjak balik dari Puteri Specialist minggu lepas... tak de apa rawatan yang aku terima selain 2 jenis ubat.. sementara menunggu result biopsy tu siap. So, pada 17 Jun lalu, selepas menerima surat dan report dari Dr di Puteri, aku pergi pulak ke Hospital Sultan Ismail.

Pas penat beratur, si minah pendaftaran tu kata, hari ini awak cuma boleh buat appoinment date jer... Arggg menyirap jer aku dengar. Lagi pun Dr Roslan tak de.

Semalam selepas gagal ke HSI wife aku arrange pulak untuk ke Johor Speciallist Hospital untuk berjumpa dengan Dr Radzi...juga pakar kanser untuk mendapat consultantcy. Alhamdulillah....semalam dapat juga aku berjumpa Dr pakar kanser tu. So, dia terangkanlah secara detail report dari biopsy dan CT scan tu.

Berikut antara perkara tersebut:
1. Kes aku ni di tahap 3b kata dia. - Aku tak paham sangat apa tu 3b...

2. Jantung aku ada air kata dia. - Pun aku tak paham maksud dia.

3. Rawatan yang sesuai ialah chemotraphy yang akan di buat sebanyak 6 cycles...iaitu setiap 3 minggu. So aku kena MC selama 4 bulan kata dia.

Cerita pasal cost, rawatan kanser ni memang mahal. Dia ada banyak pilihan. Yang termahal ialah 10k setiap cycles. Yang biasa-biasa 7k setiap cycles. Kalau 6 cycles dah berapa? Puluhan ribu tu!!

Oklah takat sini saja... aku dah letih. Maklumlah paru2 dah tak kuat. Ambik wuduk pun mengah! Emmm sabar jer... insyaAllah.

Salam to semua yng mengingati aku.

Sekian

JMD@tmnscientex.PG

Links to My Slide Picture and MOV

Untuk tidak memberatkan blog ini, semua slide boleh di'exses' melalui links di sini. Sila klik tajuk yang berkenaan.

> Kembara Madinah - Main Pasir (MOV)

> Kembara Madinah - Badar Battlefield (MOV 1) (MOV 2)

> Kembara Madinah - Uhud Battlefield (MOV)

> Kembara Madinah - Kebun Kurma

> Kembara Madinah - Mesjid Quba' (MOV)

> Kembara Madinah - Ladang Unta (MOV)

> Mesjid Nabawi As-Sareef (MOV 1) (MOV 2)
Bismillahirrohmaanirrohim

Ya Allah, Tunjukilah Kami jalan Yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang Yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang Yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang Yang sesat.

WASIAT IMAM AL-GHAZALI

3 perkara yang dengannya kita mampu untuk berzuhud:
1. Tidak mengejar kesenangan dunia yang tidak dimiliki.

2. Membahagikan kesenangan dunia yang kita miliki.

3. Tidak mengkehendaki dunia dalam hatinya dan tidak pula mengusahakannya.


" Tiada daya untuk meninggalkan maksiat dan tidak ada kekuatan untuk mengerjakan ketaatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Luhur dan Maha Agung"