Appointment Dengan Doktor
24 Aug 2009 - 4th Chemoterapy @ 09:00 hrs
Sunday, July 27, 2008
4th week of July 2008
Cerita bergambar di majlis makan malam perpisahan Shahrul di Hotel Selesa, Pasir Gudang. (Baca selanjutnya).
____________________________________________________________________________
> New Born Baby on 23rd July 2008
Penantian kelahiran anak ke-4 kami. Ada sedikit gambar untuk sedara-sedara yang jauh yang tak sempat nak balik.... (klik to capaian)
Friday, July 18, 2008
3rd week of July
Bismi Allah. Alhamdulillah dapat juga aku menyiapkan artikal ini. Kebanyakkan kita kurang memahami hal riyak ini. Ada yang menyebut riyak, tapi salah mengertikannya. Biasanya disandarkan kepada maksud ujub, sombong, kibr, menunju-nunjuk. Walhal jauh dari maksud riyak itu sendiri. Selamat membaca.
"Yang sangat aku khuatirkan atas kamu ialah syirik yang kecil. Sahabat bertanya: "Ya Rasulullah apakah syirik yang kecil itu? Jawabnya, : "Riyak, Pada hari pembalasan kelak Allah berkata kepada mereka:'Pergilah kamu kepada orang-orang yang dahulu kamu beramal kerana mereka di dunia, lihatlah di sana kalau-kalau kamu mendapatkan kebaikan dari mereka'. .. baca selanjutnya.
____________________________________________________________________________
Bismi Allah.
Emm lama juga aku tidak update blog ni. Sepatutnya sudah diupdatekan seawal minggu ke-3 yang lalu. Bukan apa, aku masih mengambil sedikit ubat (deman, sakit badan dan batuk), maka kesannya... rasa 'ngelemer' yang amat. Asyik nak 'babam' jer. Nak keluar cari makan pun aku malas... hemm level health aku masih ditahap 70% jer ni..
Wassalam
___________________________________________________________________
> Rasa Aman dan Takut
Firman Allah swt dalam Hadis Qudsi:
"Aku tidak akan menghimpunkan dua macam ketakutan bagi hamba-Ku dan tidak pula akan mengumpulkan dua macam rasa aman baginya. Jika ia merasa aman daripada-Ku di dalam dunia, Aku akan berikan rasa takut kepada-Nya pada hari kiamat. Dan jika ia merasa takut kepada-Ku di alam dunia, Aku akan berikan kepadanya rasa aman pada hari kiamat"... baca selanjutnya
____________________________________________________________________
Saturday, July 5, 2008
2nd week of July
Bismi Allah. Assalamualikum.
Baru petang tadi aku bertonyeh tentang riba, tup-tup malamnya Ustaz mengupas sedikit sebanyak tentang riba ni. Macam tahu-tahu jer dia yang aku sedang cari bahan untuk itu bagi mengisi blog ni. Alhamdulillah... sedikit memudahkan aku. Tak payah nak buka dan mencari-cari kat mana dalil dan nasnya. Dia sebut cluenya jer, dah tahu mana aku nak cari rujukan. Itu yang aku respect sangat kat Ustaz kesayangan kami ni. Kebanyakkan permasalahan aku dia jawab tanpa aku tanya. Hebat tak hebat, tanya sama Nizam Arjuna, Lani, Lobo (kat Arab dah) dan ramai lagi.
Berikut antara isi kuliah: Apa bezanya riba dan jual beli? Tidakkah kedua-duanya sama saja iaitu mengambil untung? Bezanya adalah Allah menghalalkan jual-beli dan mengharamkan riba. That's it!! Ia umpama kita makan ayam yang orang islam sembelih dengan yang orang kafir sembelih... baca selanjutnya..
Selain itu, sempat juga aku jumpa Ustaz untuk bacakan doa pada air (air selusuh) untuk bini nombor satu aku yang tinggu hari jer nak bersalin..InsyaAllah. Doakan semuanya berjalan lancar...
___________________________________________________________________________
> Istihar perang dengan Allah dan Rasul-Nya? - Jumaat 11 July
Bismi Allah. Hari ini, aku terima call dari BIMB yang menyatakan permohonan loan rumah aku sudah diluluskan. Alhamdulillah, kerana aku berlaku taat perintah Allah supaya menjauhi riba dan saki bakinya. 5 tahun lebih aku bersubahat dengan perbankan kafir ni... namun aku tidak pernah redha. Dulu masa buat loan rumah, permohonan untuk bermuamalah dengan perbankan islam, fail kerana 'banyak sangat komitment' - kata pegawai bank tu. So, terpaksalah juga bersengkongkol dengan riba.
Bila Ust Zaharuddin, dalam satu ceramahnya beberapa tahun lalu kata, "Siapa yang buat pinjaman rumah dengan bank kafir, seolah-olah dia beli kubu untuk berperang dengan Allah dan Rasul-Nya ATAU beli kereta kebal (loan kereta) untuk berperang dengan Allah dan Rasul-Nya". Alamak!! berdiri bulu mendengarnya. Memangpun Allah dah beri warning yang tersebut di dalam al-Quran, al-Baqarah ayat 279. Maka sesiapa yang sudah mengetahui larangan ini, tidak boleh tidak, berusahalah untuk menukarnya.
Antara lain yang menjeratkan kita kepada riba ini ialah, credit card! Alhamdulillah.. memang sudah lama aku menggunakannya. Begitu juga dengan loan kereta.. pun aku pakai BIMB. Kalau option untuk memilah yang islam tu ada di depan mata, mesti kena ambil yang islamik. Macam itulah seharusnya... walaupun mahal, tapi setiap sennya ada pahala disisi Allah. Kalau kafir banking, murah tapi setiap sennya ada dosa disisi Allah. Mana kita nak? Tepuk dada tanya iman.
Sebagai orang beriman, kita perlu teliti. Pastikan setiap kelakuan kita ada ganjaran pahala disisi Allah... InsyaAllah.
WaAllahuaklam
___________________________________________________________________________
> Empat jenis insan - 10 July 2008
Bismi Allah. Berikut adalah ketogori 4 jenis insan, yang mana satu anda?
1. Orang Lalai - ialah insan yang tahu, tetapi dia tidak tahu bahawa dia tahu. Maka berikanlah dia peringatan.
2. Orang Bodoh dan Degil - ialah insan yang tidak tahu dan dirinya sendiri tidak tahu bahawa dia tidak tahu. Maka tinggalkanlah mereka.
3. Orang Jahil - iaitu insan yang tidak tahu dan dia tahu bahawa dia tidak tahu. Maka ajarilah mereka.
4. Orang Berilmu - iaitu insan yang tahu dan dia tahu bahawa dia tahu!. Maka ikutilah mereka.
WaAllahuaklam
___________________________________________________________________________
> Tinggal lagi 5 budak hensem - 9 July 2008
Bismi Allah. Hari ini bila aku menjelajahi blog-blog rakan yang sudah berada di KSA, teringatlah aku bahawa tinggal lagi 5 budak hensem yang masih belum berangkat dengan pelbagai halangan... atau mungkin juga ada yang sudah membatalkan terus hasratnya.
Sementara aku, menunggu-nunggu kelahiran cahaya mataku (insyaAllah diberikan nama Abdullah Abbas). Kalau ikut ramalan doktor, jangkanya minggu ke-3-ni... insyaAllah. Kalau tidak menunggu yang satu ini, insyaAllah aku dah bersama-sama mereka, paling tidak dipernerbangan yang lepas iaitu pada 7 July yang lalu. Anyway aku dah decided juga atas nasihat sahabat aku, LOBO dan mak bapak aku, supaya aku tunggu untuk menyambut kelahiran Abdullah Abbas dahulu, sebelum berhijrah. Ini adalah lebih baik daripada aku langsung tidak dapat melihat kelahirannya. Maklumlah, kalau dah kat sana, apa boleh buat? Silap-silap tak dapat cuti.... Melopong!
Jaafar, Yunus, Azali, Yazid, Majid, Rosle I, Zainuddin, Azhar Dollah, Yakob, Multazam dan Faharizal sudahpun selamat menjejakkan kaki di bumi Arab untuk bertugas berbakti sambil berkesempatan mengerjakan ibadah-ibadah yang tidak boleh dilakukan dilain-lain tempat dimuka bumi ini, iaitu umrah dan haji. Malah ganjaran pahalanya bagi amalan yang sama kita buat kat sini pun adalah lebih besar kalau dibuat kat sana (Mekah n Madinah). Kecenderungan untuk berbuat ibadah adalah tinggi berbanding disini. InsyaAllah...
Akhir sekali, siapakah 4 budak hensem yang lain tuuuu?
Wasalam.
____________________________________________________________________________
> Rahmat Allah
Riwayat Bukhari dan Muslim dari Abu Darda, "Apabila seorang hamba-Ku merencanakan (hamma) untuk melakukan satu kejahatan, janganlah kalian tuliskan satu dosa atasnya. Tetapi apabila dilaksanakan, barulah dituliskan satu kejahatan. Dan apabila ia merencanakan untuk melakukan satu kebaikan, lalu tidak dilaksanakannya, tulislah satu kebajikan. Tetapi jika dilaksanakan, maka tulislah sepuluh kebajikan." .. baca selanjutnya.
___________________________________________________________________________
> Sahih Bukhari 0049 Bab Ilmu.
Dari Abu Hurairah r.a katanya: "Pada suatu ketika Nabi saw sedang berbicara dengan orang banyak (memberi ceramah atau pengajian), tiba-tiba datang seorang Arab dusun menyanyakan kepada beliau: Bilakah datangnya kiamat? ....baca selanjutnya.
___________________________________________________________________________
> Hadis 0003 Sahih Bukhari, Awal turunnya wahyu.
Dari Aisyah r.a, katanya: "Wahyu yang mula-mula turun kepada Rasulullah saw, ialah berupa mimpi baik waktu beliau tidur. Biasanya mimpi itu terlihat jelas oleh beliau, seperti jelasnya cuaca pagi. Semenjak itu hati baginda tertarik hendak mengasingkan diri ke Gua Hira (kira-kira 4 km dari Mekah). Baca selanjutnya.
___________________________________________________________________________
> Nikmat kesihatan (7 July 2008)
Sesungguhnya 2 nikmat yang biasa sangat kita lalaikan ialah nikmat kelapangan waktu dan nikmat kesihatan. Bersegeralah melakukan amal ibadah sebelum kita disibukkan dan sebelum kita jatuh sakit. So hari ini dah kali kedua dalam tahun 2008 ini, aku jatuh sakit. Taklah teruk sangat, cuma demam, sakit-sakit badan, sakit kepala, batuk dan selsema. Emm semoga ianya jalan/cara menebus dosa-dosa aku...Kafarah dosa, insyaAllah.
Begitulah hakikatnya bila kita tiba-tiba terlantar tak bermaya... Duit banyak pun takde gunanya. Walaumacammanapun semoga ujian ini mampu memperbaiki diri, insyaAllah.
Oh ye, hari ini juga merupakan hari berangkatnya sahabat kita, Zainuddin bin Wahab dan beberapa orang lagi ke tanah para anbia. Semoga apa yang dihajati, tertunai mengikut niat masing-masing. Kalau kita mengimpikan semua impian tercapai, kita tidak akan mampu berbuat demikian. Kita tetap akan pertaruhkan salah satunya. Kalau yang merantau, pasti meninggalkan anak bini. Kalau dok berkepit ngan anak bini, pasti kita tidak dapat menikmati kelebihan merantau itu. Betul tak?
Bagaimanapun, sekiranya penghijrahan itu boleh mengubah kita menjadi manusia yang lebih baik, proceed brother... kerana keberkatan tahah Arab tu. Kat sanalah kita dapat tengok betapa manusia berpusu-pusu ke mesjid bila azan dilaungkan. Kalau kat sini, manusia tu juga yang buat tak tahu bila masuk waktu. Itulah kelebihannya.
Oklah lama pulak aku ngomel ni... tgh demam nih...
WaAllahuaklam
____________________________________________________________________________
> Shahih Bukhari : Bab Iman. Hadis no. 6 dan 7
Dari Ibnu Umar r.a, katanya Rasulullah saw bersabda: "Dasar (pokok-pokok) islam itu ada lima perkara:... baca selanjutnya
___________________________________________________________________________
>Shahih Bukhari : Bab Awal Turun Wahyu. Hadis no 1 dan 2
Sebagai menambah pengetahuan ilmu hadis, insyaAllah aku akan publish satu hari satu hadis dalam blog ini. Hadis-hadisnya aku ambil dari kitab Sahih Bukhari. InsyaAllah akan disusun mengikut bab-bab seperti dalam kitab tersebut. InsyaAllah...
Wednesday, July 2, 2008
1st week of July
Bismillah. Alhamdulillah kesyukuran kehadrat Allah SWT. Selawat salam keatas Junjungan baginda Rasulullah SAW, ahli keluarganya, para sahabatnya dan pengikutnya dari semasa ke masa hingga hari kiamat.
Sudah seminggu rasanya aku tidak update blog ni. Bukan apa.. agak sibuk dan kurang sihat sikit. Pulak tu aku keje shift petang, so tidak dapat attend kuliah, maka tidak dapat nak disharekan isi kandung kuliah. Pulak tu ada euro... tak sempat nak belek-belek buku untuk tambah-tambah ilmu. Selepas ini mungkin aku ada lebih masa untuk layan buku-buka aku yang dah banyak ni...kerana shift 12 jam sudah berjalan. So 4 hari kerja, 4 hari tak keje.. Emm banyak free tu. Tak tahu nak buat apa...
Wasalam.
____________________________________________________________________
> Pembahagian Neraka dan Penduduknya.
Berikut adalah pembahagian neraka dan siapakah yang akan mengisinya yang dipetik dari hadis panjang dari Anas bin Malik. Malaikat Jibrail datang menemui Rasulullah lalu menceritakan secara terperinci darihal neraka. Neraka itu mempunyai tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagian yang tertentu dari orang lelaki dan perempuan. Siapakah penduduk masing-masing pintu? Tanya Nabi kepada Jibrail. (read more)
____________________________________________________________________
Links to My Slide Picture and MOV
> Kembara Madinah - Main Pasir (MOV)
> Kembara Madinah - Badar Battlefield (MOV 1) (MOV 2)
> Kembara Madinah - Uhud Battlefield (MOV)
> Kembara Madinah - Kebun Kurma
> Kembara Madinah - Mesjid Quba' (MOV)
> Kembara Madinah - Ladang Unta (MOV)
> Mesjid Nabawi As-Sareef (MOV 1) (MOV 2)
Ya Allah, Tunjukilah Kami jalan Yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang Yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang Yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang Yang sesat.
WASIAT IMAM AL-GHAZALI
1. Tidak mengejar kesenangan dunia yang tidak dimiliki.
2. Membahagikan kesenangan dunia yang kita miliki.
3. Tidak mengkehendaki dunia dalam hatinya dan tidak pula mengusahakannya.
" Tiada daya untuk meninggalkan maksiat dan tidak ada kekuatan untuk mengerjakan ketaatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Luhur dan Maha Agung"