Appointment Dengan Doktor

12 Aug 2009 - FBC @ 10:00 hrs

24 Aug 2009 - 4th Chemoterapy @ 09:00 hrs

Tuesday, June 24, 2008

Paparan Minggu Ini

> Larangan hasad dengki dan cara mengatasinya.
"Apakah mereka cemburu kepada manusia di atas apa yang diturunkan kepadanya?". Ayat ini diturunkan kepada orang yahudi yang mendakwa mereka sebagai manusia pilihan, manusia terbaik. Mereka rasa tidak puas hati, cemburu setelah turunnya ayat: "Umat Muhammad adalah sebaik-baik umat kerana mereka menyeru kepada kebaikan (suruh buat baik) dan mencegah kemungkaran. Beriman sebenar-benarnya terhadap Allah". (read more)

____________________________________________________________________

> Larangan benci-membenci, memutus silaturrahim
"Janganlah kamu benci-membenci, berhasad-dengki, berpaling anggota badan antara satu sama lain dan janganlah kamu memutuskan silatur-rahim. Jadilah hamba Allah yang bersaudara dan tidak halal bagi kamu meninggalkan saudara kamu melebihi 3 hari"... (read more)

____________________________________________________________________

>Menyebut keburukan orang kafir
Menyebut keburukan orang kafir? Boleh atau tidak?(read more)

____________________________________________________________________

Wednesday, June 18, 2008

PAPAN UTAMA

> Laporan Titan Badminton Tournament 2008 - update 22 Jun 08
Straight to the point.. klik sini!

____________________________________________________________________

> Surat Berenti kerja. NEW!!
Oleh kerana ramai nak berhenti kerja kat Titan tercinta ni, aku dedicatekannya kepada sahabat-sahabat yang nak join Shell, Esso, Sabic dan lain-lain company. Dengannya kawan-kawan boleh copy dan paste dalam word dan print. Cuma pesanan dari aku, kalau nak berhenti pun, jangan condemn tempat kauorang cari makan sekarang ni. Paling kurang pun di sinilah tempat kauorang cari pengalaman kerja. Pengalaman itulah yang Shell, Sabic nilaikan. Kalau kauorang pengalaman potong sawit ke noreh getah ke, mati 8 kali pun Shell, Sabic tak nak. So appreciate it okey bro!...(Resignation Letter)
____________________________________________________________________________

> Tipu: Minyak Dunia Akan Habis?
Benarkah simpanan minyak dunia akan habis termasuk dalam negara kita. Teori pakar minyak mungkin begitu. Izinkan tulisan ini memberi pandangan kedua. Bagi negara-negara dan rakyat yang beraqidah yang yakin bahawa segala hasil mahsul di bumi ini adalah ciptaan Allah sepatutnya tidak mengasingkan kajian mereka dengan aqidah.Mengikut ilmu dangkal yang saya belajar sedikit-sedikit masa sekolah dulu, kononnya petroleum ini terhasil dari fosil tumbuhan dan haiwan yang mati BERJUTA-JUTA tahun dahulu. Betul ke?. (Baca selanjutnya)


____________________________________________________________________________


> Tanda Milik
Dari Ibnu Abbas, "Pasa satu hari Nabi SAW jumpa seekor keldai yang dimukanya terdapat tanda 'cop' sebagai tanda milik kepada si pemunya. Nabi melarang wajah binatang di'cop' sebagai tanda milik. Nabi menyuruh pemilik keldai itu merawat muka keldai tersebut .. (baca selanjutnya).
____________________________________________________________________

> Bersegera Menebus Kesalahan
Syuib menceritakan: "Kami ada 7 beradik dan memiliki seorang khadam. Seorang daripada kami melempang khadam tersebut. Lalu cerita ini sampai kepada Nabi SAW. Nabi menyuruh kami memerdekakan khadam tersebut sebagai tebusan/kafarah"....(baca selanjutnya).

____________________________________________________________________

> Larangan Dalam Agama - 9 Jun 2008
Kuliah hari ini bersambung dengan huraian hadis-hadis yang menerangkan larangan-larangan yang boleh mendatangkan dosa besar yang berlandaskan syarak. Perlu dinyatakan disini bahawa mengetahui segala larangan Allah adalah menjadi kewajiban kita sebagaimana perlunya kita mengetahui perintah-Nya. (baca selanjutnya)





Sunday, June 15, 2008

Syarah Audio BELITAN IBLIS, completed!!

Bismillah. Alhamdulillah dan selawat dan salam keatas junjungan baginda Rasulullah SAW.

Memang sudah lama aku tidak update blog ni. Bukan apa, cuma aku penuhi peluang free aku dengan menghabiskan kerja-kerja meng'upload'kan sepenuhnya syarah audio kitab BELITAN IBLIS oleh Ibnu Jauzi yang disyarahkan oleh yang dikasihi al-Fadhil Ustaz Mat Esa Deraman. Ianya mengandungi 169 siri audio yang dirakamkan menggunakan MP3 player, dalam format WAV. Penggumpulannya dijalankan oleh sahabat-sahabat yang mengikuti kuliah tersebut sedari mula hingga akhir.

Kuliah bagi kitab BELITAN IBLIS ini bermula pada 23 APRIL 2005 dan berakhir pada 22 APRIL 2007 (genap 2 tahun pengajian). Usaha ini di'dedicated'kan to all yang mengikuti keseluruhan kuliah, yang separuh jalan dan yang tidak berkesempatan langsung. Maka dengan adanya option sebegini, tidak ada alasan bagi kita untuk tidak berkesempatan untuk menimba ilmu khazanah islam. Semuanya atas mahu kita. Kalau kita mampu meluangkan masa 90 minit untuk layan euro2008, kenapa kita tidak mampu luangkan 45 minit untuk mendengar kuliah ini? InsyaAllah.. mudah-mudahan kita sentiasa dibawah petunjuk-Nya.
Klik di BELITAN IBLIS untuk meng'ekses' ke laman ceramah tersebut. Kita boleh mendengarnya secara online. Kitab ini mensyarahkan bagaimana liciknya iblis laknatullah membelit orang beriman. Dapatkan sendiri kitabnya dan dengar pula huraiannya dari audio tersebut. Memang best!! 6 bintang!.
Wasalam

Tuesday, June 10, 2008

MAINBOARD

> Minyak milik rakyat (post 10 Jun 2008)

Naib Presiden PAS, Dato' Paduka Husam Musa mendedahkan bahawa Petronas ditubuhkan oleh Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak Hussien pada tahun 1974 bagi memastikan harga minyak di negara ini sentiasa berada pada tahap rendah sekalipun harga minyak dunia meningkat... (baca seterusnya)

_____________________________________________________________________

> Pancing 'catch and release' (post 10 Jun 2008)

"Sesungguhnya Allah melaknat perbuatan mempermainkan atau berseronok keatas benda yang ada roh sebagai permainan". Ini bersabit dengan tindakan beberapa orang sahabat yang menjadikan burung sebagai sasaran memanahnya. Perbuatan ini ditegur!.. (baca selanjutnya)

____________________________________________________________________

> Larangan Meninggi Suara Terhadap Makbapak (post 10 Jun 2008)

Larangan meninggikan suara kepada mak bapak. Perbuatan memarahi mak bapak adalah perbuatan yang diketogorikan sebagai dosa besar. Islam melarang kita menengking atau berkasar terhadap mak bapak kita, walaupun mak bapak kita tu ahli maksiat. Ketidakpuasan hati anak-anak kepada mak bapaknya perlu dilakukan dengan berhemah, berhikmah. Sebagaimana Saad Abu Waqqas terhadap maknya dan Abu Hurairah terhadap ibunya. (baca selanjutnya)

____________________________________________________________________

Thursday, June 5, 2008

PAPAN UTAMA

>Shift 12 jam untuk Pakatan Technician (post 10 Jun 2008)
Bismillah. Hari ini Isnin Jun 9, 2008 menjadi hari bersejarah kepada Pakatan Technician (PT) apabila pihak HRD Titan telah mengumumkan bahwa tuntutan PT supaya mengembalikan kita kepada shift 12 jam berjaya akhirnya. Terima kasih kepada rakan-rakan yang sama-sama berjuang, juga kepada department head kita yang sebenarnya dipihak kita....(baca selanjutnya)

____________________________________________________________________________
>Ilmu - Amal - Ikhlas. post 9 Jun 08
Segala puji bagi Allah dan selawat keatas jujungan baginda Rasulullah SAW."Semua manusia dalam bahaya kecuali yang berilmu, yang berilmu pula dalam bahaya kecuali yang beramal dengan ilmunya dan yang beramal juga dalam bahaya kecuali mereka yang ikhlas amalannya".. (baca selanjutnya)
__________________________________________________________________________

>Kenaikan harga minyak since 1990 (post 8 Jun 2008)
Harga minyak sepanjang zaman.. (dalam masa 18 tahun - sejak 1990) sedari era Dr M hingga ke era Pak Lah... (baca selanjutnya)

>Perbuatan Yang Dilaknat (post 7 Jun 2008)
Kali ini perbahasan adalah tentang bab yang menerangkan pengharusan untuk kita melaknat pelaku maksiat dan pelaku bid'ah dengan syarat tidak menyebut nama pelakunya. Dibolehkan dengan menyebut perbuatannya saja. Firman Allah: "Laknat Allah sentiasa bersama orang-orang yang zalim". Ini membenarkan kita untuk sama melaknat perbuatan orang zalim. Kita tidak boleh iktiraf, sokong, lindungi sesuatu yang Allah sendiri melaknatnya. (Baca seterusnya)

>Taqarrub: Formula Kebahagiaan Sejati part 1
Terdapat pelbagai-bagai tafsiran dan formula menggapainya tentang kebahagiaan yang selari dengan pegangan masing-masing. Hindu, Buddha, ahli falsafah Yunani, fahaman materialisme dan macam-macam lagi yang seumpamanya menterjemahkan hal kebahagiaan ini. Namum kita sebagai orang islam,. (baca seterusnya)

>Padan Muka Kita.

Kerajaan BN baru saja mengumumkan harga baru petrol dengan peningkatan RM0.78 seliter. SubhanaAllah. Satu kenaikan yang tersangat tinggi bagi aku. Yang pastinya selepas ini harga barang keperluan juga akan melambung. Maka kita punya overhead cost bulanan juga akan menaik, sedangkan gaji kita naik tak seberapa... (baca seterusnya)

>Perbandingan harga minyak.

Kajian terbaru yang dibuat oleh AIRINC, Associates For International Research Inc. yang berpengkalan di Amerika antara Mac 17 hingga April 1, 2008 telah menunjukkan bahawa Malaysia adalah antara negara pengeluar minyak yang mempunyai harga minyak petrol domestik yang amat tinggi. ... (baca seterusnya)

Formula Kebahagiaan Sejati

Bismi Allah.
Alhamdulillah, bicara dari kitab taqarrub dikongsi semula. Kali ini membicarakan hal kebahagiaan. Mudah-mudahan memberi manfaat kepada semua.

Terdapat pelbagai-bagai tafsiran dan formula menggapainya tentang kebahagiaan yang selari dengan pegangan masing-masing. Hindu, Buddha, ahli falsafah Yunani, fahaman materialisme dan macam-macam lagi yang seumpamanya menterjemahkan hal kebahagiaan ini. Namum kita sebagai orang islam, mengembalikan rujukan tersebut kepada Allah dengan merenung dan mempelajari hikmah yang diajarkan melalui Rasulullah SAW.

Secara mudahnya, formula tersebut ialah sebagaimana firman Allah:
1. Demi Masa!
2. Sesungguhnya manusia itu Dalam kerugian -
3. kecuali orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan Dengan kebenaran serta berpesan-pesan Dengan sabar.

Ayat tersebut menjelaskan 4 perkara yang menghindarkan kita daripada kerugian dan kecelakaan justeru menjadi formula kepada kebahagiaan:
1. Iman
2. Amal soleh atau taqwa
3. Saling berpesan kepada kebenaran
4. Saling berpesan dengan kesabaran.

Faktor Iman
Iman menjadi faktor utama memungkinkan seseorang berbahagia sebagaimana firman Allah:
"Sesungguhnya berbahagialah orang-orang Yang beriman." (al-Mukminun:1)

"Dia lah Yang menurunkan semangat tenang tenteram ke Dalam hati orang-orang Yang beriman supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta Dengan iman dan keyakinan mereka Yang sedia ada;" (al-Fath:4)

"(Iaitu) orang-orang Yang beriman dan tenang tenteram hati mereka Dengan zikrullah". ketahuilah Dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia." (al-Ra'd:28)

Terdapat bayak lagi dalil yang menerangkan bahawa iman adalah faktor utama kepada kebahagiaan. Sebaliknya, tanpa iman, sesorang tidak mungkin menemukan kebahagiaan sejati. Firman Allah:
"Dengan Yang demikian, tidaklah ada Yang lebih zalim daripada orang Yang berdusta terhadap Allah, atau Yang mendustakan ayat-ayatNya. Sesungguhnya orang-orang Yang berdosa itu tidak akan berbahagia." (Yunus:17)

Faktor Amal Soleh dan taqwa
Kesan dari pancaran keimanan yang bersarang didada itu tadi akan menterjemahkan kepada tindakan amal soleh atau taqwa. Secara tidak langsung tindakan kita menjadi ukuran kepada keimanan dalam dada. Firman Allah:
"sesiapa Yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka Sesungguhnya Kami akan menghidupkan Dia Dengan kehidupan Yang baik (bahagia); dan Sesungguhnya Kami akan membalas mereka, Dengan memberikan pahala Yang lebih dari apa Yang mereka telah kerjakan." (al-Nahl:97)

"orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, beroleh kebahagiaan Yang amat mengembirakan dan tempat kembali Yang sebaik-baiknya." (al-Ra'd:29)

Jelaslah bahawa kebahagiaan yang dijanjikan bukan saja di dunia, malah di akhirat kelak kepada mereka yang beriman dan mengerjakan amalan soleh. Terdapat banyak lagi dalil-dalil yang membawa kepada maksud yang seumpamanya. Gandingan iman dan amalan soleh (taqwa) mesti seiring. Amal kebaikan tanpa iman atau sebaliknya, tidak termasuk didalam golongan tersebut.

Begitulah 2 faktor yang menjurus kepada kebahagiaan sejati. Dalam perbicaraan akan datang akan diterangkan pula 2 faktor yang lain. InsyaAllah.

WaAllauaklam

Wednesday, June 4, 2008

Padan muka kita

Bismillah.
Kerajaan BN baru saja mengumumkan harga baru petrol dengan peningkatan RM0.78 seliter. SubhanaAllah. Satu kenaikan yang tersangat tinggi bagi aku. Yang pastinya selepas ini harga barang keperluan juga akan melambung. Maka kita punya overhead cost bulanan juga akan menaik, sedangkan gaji kita naik tak seberapa.

Bila dirunung-runungkan, mencongak-congak perbelanjaan untuk bahan api kereta aku, kereta aku sekarang full tanknya mencecah RM 121.50! berbanding RM 86.40 pada harga lama. Wow! dah macam pakai mazda RX7 rasanya. Itu bagi kereta yang tank kapasitinya 45 liter. Kalau Naza Ria? Merc? Perghhhh

Kereta aku (vios 1.5G) fuel consumptionnya lebih kurang 13.5 km/liter. Bermakna setiap 1 kilometer mencekik minyak sebanyak RM0.20 sekarang ni. Tergerak juga rasa nak memasang system NGV. Emm memang banyak keuntungan jangka panjangnya tu....

Pendek ceritanya, keseluruhan perbelanjaan kita akan meningkat... Nak marah kat sapa? Pak Lah? Tak, bukan Pak Lah, tapi orang yang memangkah Pak Lah. Macam aku memang layaklah rasa tidakpuas hati, pasal aku penyokong Tok Guru. Sapa yang sokong BN mesti tersenyum girang dengan kenaikan ini, dengan berpusu-pusu men'top up' fuel tank kereta masing-masing di stesen-stesen minyak seluruh negara.

Namun teringat pula aku kata-kata Ust Arshad Al-Banjari.. "harga barang naik tu satu hal. Ni amalan akhirat kita ni, bila nak dinaikkan?" Itulah yang ada pada diri orang yang benar-benar beriman. Mereka meletakkan keriasauannya hanya dalam urusan akhirat. Bimbang kalau-kalau Allah menarik segala nikmat yang dengannya memudahkan kita untuk beramal. Maka, janganlah kerana kos bahanapi sudah naik, kita pun dah tak nak berjemaah di mesjid. Istiqomahlah untuk terus berbuat sebaik-baik amal walaupun mahal. Sesungguhnya ganjaran yang Allah bagi turut bertambah. InsyaAllah. Namun aku tidak pernah redha dengan pemerintah yang membelakangkan hukum Allah. Takbir! Takbir! Takbir!

WaAllahuaklam

Sunday, June 1, 2008

Perbandingan harga minyak.

Bismillah. Berikut adalah artkel yang aku copy and paste hasil tulisan Anakbapak tenteng bandingan minyak.

Kajian terbaru yang dibuat oleh AIRINC, Associates For International Research Inc. yang berpengkalan di Amerika antara Mac 17 hingga April 1, 2008 telah menunjukkan bahawa Malaysia adalah antara negara pengeluar minyak yang mempunyai harga minyak petrol domestik yang amat tinggi.

Berdasarkan harga RM1.92 seliter dan 1 gelen bersamaan 4 liter, maka harga minyak petrol negara ialah USD2.40 segelen. Ini meletakkan negara kita di nombor melebihi 35 antara negara-negara yang paling murah harga minyak petrol domestic.

Berikut adalah perbandingan harga-harga minyak petrol negara lain untuk perbandingan berdasarkan USD segelen:
1. Venezuela 12 cents
2. Iran 40 cents
3. Saudi Arabia 45 cents
4. Libya 50 cents
5. Swaziland 54 cents
6. Qatar 73 cents
7. Bahrain 81 cents
8. Egypt 89 cents
9. Kuwait 90 cents
10. Seychelles 98 cents
38. Malaysia $2.40
45. United States $3.45

Perhatikan betapa murahnya harga minyak di negara-negara pengeluar minyak lain seperti Venezuela , Iran , Arab Saudi dan Libya . Malah di negara yang bukan pengeluar minyak seperti Swaziland dan Seychelles pun harganya amat murah.

Anak Bapa: Persoalannya kenapa harga minyak negara kita sangat mahal sedangkan kita adalah negara pengekspot minyak dunia. Mudah…..kerana kita mempunyai pemimpin yang tidak cekap dan hanya mementingkan dirimereka dan puak mereka sahaja.

Thanks & Best Regards,

Anakbapak.

Wasalam

Links to My Slide Picture and MOV

Untuk tidak memberatkan blog ini, semua slide boleh di'exses' melalui links di sini. Sila klik tajuk yang berkenaan.

> Kembara Madinah - Main Pasir (MOV)

> Kembara Madinah - Badar Battlefield (MOV 1) (MOV 2)

> Kembara Madinah - Uhud Battlefield (MOV)

> Kembara Madinah - Kebun Kurma

> Kembara Madinah - Mesjid Quba' (MOV)

> Kembara Madinah - Ladang Unta (MOV)

> Mesjid Nabawi As-Sareef (MOV 1) (MOV 2)
Bismillahirrohmaanirrohim

Ya Allah, Tunjukilah Kami jalan Yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang Yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang Yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang Yang sesat.

WASIAT IMAM AL-GHAZALI

3 perkara yang dengannya kita mampu untuk berzuhud:
1. Tidak mengejar kesenangan dunia yang tidak dimiliki.

2. Membahagikan kesenangan dunia yang kita miliki.

3. Tidak mengkehendaki dunia dalam hatinya dan tidak pula mengusahakannya.


" Tiada daya untuk meninggalkan maksiat dan tidak ada kekuatan untuk mengerjakan ketaatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Luhur dan Maha Agung"