Appointment Dengan Doktor

12 Aug 2009 - FBC @ 10:00 hrs

24 Aug 2009 - 4th Chemoterapy @ 09:00 hrs

Sunday, March 29, 2009

Jalan-Jalan Cari Makan

Bismillah..

Dah nak masuk bulan 4 ni... kesibukan berkerja semakin menjadi-jadi. Untuk info kawan-kawan semua... plant kita ni dalam peringkat OATT pakai C3 vapor dan N2 freeing. Kita dah introduce C3 vapor since last week untuk OATT pada operating pressure untuk C3R system. Emmm melambak leak pointnya... berpuluh leaks yang dijumpai. Biasalah...plant baru lah katakan....

Kalau kat Titan kita guna 'NAGA' untuk vaporizekan C3...tapi kat sini kita pakai C3 Stripper sebagai vaporizer. So, takde lah masalah macam kita start TPC 1 dulu...

Start Isnin ni (esok), schedulle kerja double coverage akan bermula. Aku akan berkerja malam straight sehingga dapat product. Emmm pengsanlah aku jawapnya... OT memang melambak! Mencecah 200 jam! kalau jadikan duit...nilainya 10 ribu tu...

Walaumacamana sibuk pun... aku sempat juga berjalan-jalan cari makan di Jeddah pada hari khamis yang lalu. Adapun motive utamanya ialah nak makan....pasal ada expo makan makanan Malaysia di Tabung Haji Jeddah. So, kitaorang bertolak dari rumah pada malam khamis, jam 10 malam dengan menaiki Chevrolet Suburban.

Sampai Jeddah, hampir 1 pagi... Singgah kejap di Jeddah Lane. Tengok Dino main bowling. Olehkerana dah lewat malam... tak dapatlah aku mencuba untuk test power main bowling. Hal bowling ni... si Dino dah macam rumah dia dah tu. Emm every week main bowling. Yang si Ijam 'Kundang Ulu' tu pulak... gila main badminton pulak! emm tak pelah asal bahagia... Kalau bersukan ni...biasanya, bini tak marah... Hehehe

Selepas penat tidur di hotel Intercontinental... selepas zohor, kita pun bertolaklah ke destinasi yang dituju... Tabung Haji Jeddah. Sampai jer..peniaga-peniaga tengah sibuk membuat persiapan. Terpaksalah tunggu... perut dah kebulur nih!!!

Haa nilah makanan yang mula-mula aku cari....LAKSA. Emm dah lama tak pekena laksa.

Lepas tu... pekena pulak cendol. Tengok tu... dapat makan cendol pun nak kerek. Hehehe...

Pas tu, makan pulak ketam dan udang bakar... Emmm pendek kata, aku memang dok melantak jer lah. Macam-macam ada. Mee bandung Muar, Mee Rebus, Yong Tau Fu, karipap, koci, MAMEE pun ada... Emm banyak sangat.....

Selepas kenyang perut... kita merayau pulak ke RED SEA MALL. Emm mall terbesar katanya di Jeddah ni... Kat sini aku tak tahu nak cari apa. Cuma jalan-jalan jer... Akhirnya aku pun sakit kepala.... Arghhh aku nak bantalllll....

Then balik hotel.... membuta.

Sekian Wassalam.

JMD@yanbuKSA.

Monday, March 16, 2009

2nd Half of March

> Kundang Ulu Man dan Keretanya
Kali ini aku nak bercerita pasal keteta pulak... Bukan apa cuma nak bagitau kat kawan-kawan disana bahawa Multazam 'Kundang Ulu' dah beli kereta sendiri. Perghh belum pun 1 tahun kerja di KSA ni, dia dah mampu pakai kereta sendiri. Bukan hutang tau... CASH beb!!! Anyway aku tumpang berbangga....

Continue Read: Kundang Ulu Man dan keretanya

___

> Rumah Baru
Selama lebih seminggu aku tidak update blog ni.. Selain sibuk dengan kerja, aku juga sibuk kerana berpindah rumah dari Radwa 3 ke As-Subh. So, malam tadi merupakan malam ke-3 aku tidur di bilik baru yang luasnya 2 kali ganda daripada bilik sebelumnya..

Continue Read: Rumah Baru

Tuesday, March 3, 2009

1st Half of March 2009

> Exchange Rate Tertinggi.
Febuari telah pun berlalu... Sekarang sudah pun bulan Mac. Ini menandakan aku sudah masuk bulan ke-7 di KSA... Hampir 1 tahun dah.. dan masuknya bulan Mac ini... exchange rate RM to USD mencapai 3.730 sedollar... merupakan kadar tertinggi semenjak aku disini...

Continue Read: Exchange Rate Tertinggi.



> Aku Dan Makan...
Semenjak kerja shift ni.. berat badan aku menurun 4 kilo dah... Nak kata kurang tidur...emm tak mungkin, pasal aku ni kuat tidur. Kalau kerja pagi, pas isyak....

Continue Read: Aku Dan Makan..

Links to My Slide Picture and MOV

Untuk tidak memberatkan blog ini, semua slide boleh di'exses' melalui links di sini. Sila klik tajuk yang berkenaan.

> Kembara Madinah - Main Pasir (MOV)

> Kembara Madinah - Badar Battlefield (MOV 1) (MOV 2)

> Kembara Madinah - Uhud Battlefield (MOV)

> Kembara Madinah - Kebun Kurma

> Kembara Madinah - Mesjid Quba' (MOV)

> Kembara Madinah - Ladang Unta (MOV)

> Mesjid Nabawi As-Sareef (MOV 1) (MOV 2)
Bismillahirrohmaanirrohim

Ya Allah, Tunjukilah Kami jalan Yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang Yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang Yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang Yang sesat.

WASIAT IMAM AL-GHAZALI

3 perkara yang dengannya kita mampu untuk berzuhud:
1. Tidak mengejar kesenangan dunia yang tidak dimiliki.

2. Membahagikan kesenangan dunia yang kita miliki.

3. Tidak mengkehendaki dunia dalam hatinya dan tidak pula mengusahakannya.


" Tiada daya untuk meninggalkan maksiat dan tidak ada kekuatan untuk mengerjakan ketaatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Luhur dan Maha Agung"