Dah nak masuk bulan 4 ni... kesibukan berkerja semakin menjadi-jadi. Untuk info kawan-kawan semua... plant kita ni dalam peringkat OATT pakai C3 vapor dan N2 freeing. Kita dah introduce C3 vapor since last week untuk OATT pada operating pressure untuk C3R system. Emmm melambak leak pointnya... berpuluh leaks yang dijumpai. Biasalah...plant baru lah katakan....
Kalau kat Titan kita guna 'NAGA' untuk vaporizekan C3...tapi kat sini kita pakai C3 Stripper sebagai vaporizer. So, takde lah masalah macam kita start TPC 1 dulu...
Start Isnin ni (esok), schedulle kerja double coverage akan bermula. Aku akan berkerja malam straight sehingga dapat product. Emmm pengsanlah aku jawapnya... OT memang melambak! Mencecah 200 jam! kalau jadikan duit...nilainya 10 ribu tu...
Walaumacamana sibuk pun... aku sempat juga berjalan-jalan cari makan di Jeddah pada hari khamis yang lalu. Adapun motive utamanya ialah nak makan....pasal ada expo makan makanan Malaysia di Tabung Haji Jeddah. So, kitaorang bertolak dari rumah pada malam khamis, jam 10 malam dengan menaiki Chevrolet Suburban.
Sampai Jeddah, hampir 1 pagi... Singgah kejap di Jeddah Lane. Tengok Dino main bowling. Olehkerana dah lewat malam... tak dapatlah aku mencuba untuk test power main bowling. Hal bowling ni... si Dino dah macam rumah dia dah tu. Emm every week main bowling. Yang si Ijam 'Kundang Ulu' tu pulak... gila main badminton pulak! emm tak pelah asal bahagia... Kalau bersukan ni...biasanya, bini tak marah... Hehehe
Selepas penat tidur di hotel Intercontinental... selepas zohor, kita pun bertolaklah ke destinasi yang dituju... Tabung Haji Jeddah. Sampai jer..peniaga-peniaga tengah sibuk membuat persiapan. Terpaksalah tunggu... perut dah kebulur nih!!!
Lepas tu... pekena pulak cendol. Tengok tu... dapat makan cendol pun nak kerek. Hehehe...
Pas tu, makan pulak ketam dan udang bakar... Emmm pendek kata, aku memang dok melantak jer lah. Macam-macam ada. Mee bandung Muar, Mee Rebus, Yong Tau Fu, karipap, koci, MAMEE pun ada... Emm banyak sangat.....
Selepas kenyang perut... kita merayau pulak ke RED SEA MALL. Emm mall terbesar katanya di Jeddah ni... Kat sini aku tak tahu nak cari apa. Cuma jalan-jalan jer... Akhirnya aku pun sakit kepala.... Arghhh aku nak bantalllll....
Then balik hotel.... membuta.
Sekian Wassalam.
1 comment:
Walangkopo,
Tu lah.. jalan tak ingat dunia.. hehe..
Post a Comment