Appointment Dengan Doktor

12 Aug 2009 - FBC @ 10:00 hrs

24 Aug 2009 - 4th Chemoterapy @ 09:00 hrs

Sunday, April 19, 2009

Kereta Lagi... Sapa pulak nih!!

Bismillah...

Assalamualaikum semua. Post kali ini... cerita pasal kereta lagi. Dan juga.. lagi.. bukan kereta aku. Kereta kawan jer.. Maklumlah orang gaji dah besar.. Apa terlintas kat kepala nak dibeli... memanglah kena beli. Bagi aku.. aku lum teringin pulak nak beli kereta kat sini. InsyaAllah one day nanti... terbeli jugak kot.

Haaa kali ini kereta sport berjenama Chevrolet CAMARO telah menjadi milik kawan kita yang dulunya Senior Trainee Technicion masa di Titan. Tapi sekarang ni dia dah jadi expetriate field operator di sini. Emm maklumlah rezekinya berlipat kali ganda... So, namanya tak payahlah aku mention kat sini. Tapi... dialah antara x-titan yang berjaya bergaya disini. Kereta sport tuuu....

Kereta Chevrolet CAMARO ni memang takde satu pun berada di atas jalanraya kat Malaysia. Kalau dia bawak balik Malaysia nanti... dia jadi the one and only drive kereta tu.


Ianya merupakan kereta sukan 2 pintu yang diperkasakan dengan enjin 3.8 liter V6. Ianya dilahirkan pada tahun 2001. Emmm memang ganasss!!!! Tapi orangnya dah tak boleh nak mengganas sangat...pasal bini dia ada kat sini. Hehehee...

Tu saja pasal kereta. Ni si Bahrin KongKong perciter? Dah siap-siap ke belum? Pesan aku.. jaga diri baik-baik. Kat sana.. lagi hebat dari KL k. Bawak bini lagi baik! Tu saja..

Sekian Wassalam.

JMD@yanbuKSA.

Tuesday, April 7, 2009

Hari-Hari Kerja Daa...

Bismillah..

Emm dah lama tak update. Kesibukkan makin menjadi-jadi... biasalahhh tengah start uplah kata kan. So, malam tadi adalah malam ke-10 aku kerja malam. Entah sampai bila....aku pun tak tahu. Sementara tunggu basuh baju ni...sempatlah jugak aku update blog ni.

Bila straight kerja malam macam ni... aku dah tak de kehidupan dah. Balik kerja...membuta. Bangun petang...pergi kerja. Macam tulah hari-hari. Nak basuh baju pun malas... Nak ambik duit kat bank pun malas... Malah nak makan tengahhari pun...aku jadi malas. Skype ngan anak bini pun kadang-kadang ter'miss' jugak. Nasib baik anak bini aku memahami karrier suaminya...

So, 3 hari yang lepas, kami berjaya menyetat C3R compressor dengan jayanya. Adalah juga 3 or 4 kali tripped. Anyway...ianya dah berjaya di jalankan. Sekarang ni kami tengah prepare untuk C2R compressor pulak. Selain tu, C3 Splitter pun sedang di-liquid inventorykan untuk puts it on total reflux mode. Pendekkata...memang tengah sibuk giler!!!

Emm oklah takat sini dulu untuk info.

Sekian Wassalam.

JMD@yanbuKSA.

Links to My Slide Picture and MOV

Untuk tidak memberatkan blog ini, semua slide boleh di'exses' melalui links di sini. Sila klik tajuk yang berkenaan.

> Kembara Madinah - Main Pasir (MOV)

> Kembara Madinah - Badar Battlefield (MOV 1) (MOV 2)

> Kembara Madinah - Uhud Battlefield (MOV)

> Kembara Madinah - Kebun Kurma

> Kembara Madinah - Mesjid Quba' (MOV)

> Kembara Madinah - Ladang Unta (MOV)

> Mesjid Nabawi As-Sareef (MOV 1) (MOV 2)
Bismillahirrohmaanirrohim

Ya Allah, Tunjukilah Kami jalan Yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang Yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang Yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang Yang sesat.

WASIAT IMAM AL-GHAZALI

3 perkara yang dengannya kita mampu untuk berzuhud:
1. Tidak mengejar kesenangan dunia yang tidak dimiliki.

2. Membahagikan kesenangan dunia yang kita miliki.

3. Tidak mengkehendaki dunia dalam hatinya dan tidak pula mengusahakannya.


" Tiada daya untuk meninggalkan maksiat dan tidak ada kekuatan untuk mengerjakan ketaatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Luhur dan Maha Agung"