Appointment Dengan Doktor

12 Aug 2009 - FBC @ 10:00 hrs

24 Aug 2009 - 4th Chemoterapy @ 09:00 hrs

Friday, February 29, 2008

MENOLAK HUDUD, BERMUSUH DENGAN ALLAH

Bismi Allah

Assalamualaikum

Sesungguhnya Allah telah memuliakan manusia berbanding makhlukNya yang lain dengan perlantikannya sebagai khalifah dimuka bumi ini. Selain kemudahan menggunakan pelbagai kenderaan di darat dan di laut juga rezeki dari benda yang baik-baik. Semuanya dirakamkan Allah di dalam al-Quran diperbagai tempat.

Namun manusia diamanahkan oleh Allah akan tugas-tugas yang perlu dilaksanakan bagi merealisasikan penghormatan sebagai makhluk yang dimuliakan justeru sebagai khalifah yang memakmurkan mukabumi ini.

Uuntuk itu, kepentingan keperluan asasi manusia perlu dijaga dan dipelihara dengan baik daripada anasir-anasir yang merosakkannya. 5 keperluan asasi tersebut:


1 Agama
2 Nyawa
3 Akal
4 Keturunan
5 Harta

Maka agama islam didatangkan untuk memelihara 5 elemen tersebut dengan mengariskan pelbagai undang-undang. Termasuk dalam undan-undang ini ialah HUDUD dan TA`ZIR keatas sesiapa sahaja yang cuba menggugat 5 elemen tersebut.

Perlaksanaannya menjamin kebahagiaan yang manusia impi-impikan. Malangnya manusia yang bernama islam itu sendiri yang berdolak-dalih untuk melaksanakannya. Ia engkar terhadap tuhannya. Malah ada yang mempersendakannya.

Apa itu Hudud?
Hudud adalah hukuman yang telah ditetapkan kadarnya oleh syarak. Ianya tidak boleh ditambah atau dikurangkan. Hudud dikenakan keatas 6 jenis jenayah iaitu:

1. Zina
2. Tuduhan Zina
3. Mencuri
4. Minum minuman memabukan
5. Merompak (hirabah)
6. Murtad

Yang aku pelik sangat ialah kenapa orang islam di sini khususnya takut sangat untuk melaksanakan Perundangan Islam keseluruhannya? Bila mencuri, potong tangan, dikata `negara akan kehilangan seorang tenaga kerja`. Dia mempertahankan penjenayah lebih daripada 5 elemen tadi… kan pelik tuuuu. Pulak tu perkataan bodoh tersebut keluar dari mulut orang yang tahu agama.

Perhatikan amaran-amaran dari hadis-hadis Nabi SAW:
Riwayat Abu Daud dan Tharoni, daripada Ibnu Umar Nabi SAW bersabda, `Sekiranya ada orang yang menghalang daripada dijalankan hudud Allah, maka dia berperang dengan Allah, bermusuh dengan Allah`.

`Akan kamu lalui satu zaman yang mana kamu mengenali pemimpin kamu dan kamu kena lawan mereka. Sesiapa yang membenci golongan tersebut, ia selamat. Sesiapa yang lawan golongan engkar ini, maka ia lebih selamat. Sesiapa yang redha, jadi pengikut, penyokong kepada pemimpin ini, kamu tidak akan selamat'.

Maka marilah kita membenci dan melawan sesiapa yang menjadi musuh Allah ini. Buktikan kebencian kita secara baik dengan memilih calon-calon yang memperjuangkan islam yang sebenarnya iaitu mereka yang bersungguh-sungguh hendak perjalankan undang-undang Allah di tanah air kita ini, pada pilihanraya 2008 ini. InsyAllah.

Wassalam.

Penamaan calon Kawasan Pasir Gudang. Pak Sayed lagi...

Thursday, February 28, 2008

AMBILLAH ISLAM KESELURUHANNYA

Bismi Allah.
Assalamualaikum.

Minggu pilihanraya semakin hangat bahangnya. Masing-masing berkempen untuk parti masing-masing dengan selogan-selogan barunya. Sebagai orang islam, tidak perlulah kita berpecah kepala memikirkan geng mana satu yang nak dipangkah/sokong/ikut.

Tunjukkan kecintaan kita pada Allah dengan menyokong geng-geng yang nak perjuangkan islam secara sempurna. Yang hendak memertabatkan kalimah "tiada tuhan selain Allah" di seantero dunia. Mudah-mudahan ianya menjadi bukti kesungguhan kita bahawa kita mencintai Allah dan Rasulnya. Bukan sekadar cinta dimulut tapi perbuatan kita sentiasa memurkakan Allah. Bukan sekadar menyebut "aku beriman" TAPI perbuatan tidak ada bezanya dengan orang kafir.

Akan datang satu zaman dimana umat Muhammad SAW pada waktu paginya islam, tapi dipetangnya dia kafir. Disiangnya islam, malamnya kafir. Kita islam dalam hal ibadah tapi kafir dalam hal mu'amalah. Kita beriman pada kitab Allah tapi tidak mempercayai isinya. Kalau percaya pun cuma percaya gitu-gitu saja, amalkannya, jauh sekali. Macam itulah keadaan kita sekarang ni. Kita mengaku islam, tapi tidak betul-betul mengenali islam. Maka ramai yang terjerumus dengan fahaman Sekularisma, Nasionalisma dan macam-macam isma lagi.

Marilah kita kenali agama kita yang merupakan satu cara hidup yang memang sempurna. Memang perfectnya islam itu.

GAMBARAN ISLAM SECARA RINGKAS:

1. AQIDAH (Fundamental Belief or Foundations of faith)
Iman kepada Allah
Iman kepada Malaikat
Iman kepada al-Quran
Iman kepada Rasul-rasul
Iman kepada Hari Akhirat
Iman kepada Qadha dan Qadar


2. SYARI’AH (Divine Code of Life or Divine of Laws)

2A. IBADAH (Social affairs transaction, regulations)
>Thoharah (Purification)
>Solat (Prayer)
>Zakat (Poor Dues)
>Puasa (Fasting)
>Haji (Pilgrimage)

2B. MU’AMALAH (Worship in the narrow sense of word)

2B1) Peribadi (Personel Laws)
> Perkahwinan
> Perwarisan
> Lain-lain

2B2) Am (Personal Laws)
> Hukum Perniagaan
> Hukum Jenayah
> Hukum Pemerintahan
> Hukum Perhubungan Antrarabangsa

3. AKHLAK (Morality, Good Behaviour)

3A. Akhlak Terhadap al-Khaliq
> Taat, Ubudiyyah, Tawakkal, Taqwa, Zikrullah, Ikhlas, Sabar dan Keredhaan Allah

3B. Akhlak Terhadap makhluk

3B1) Akhlak terhadap manusia iaitu diri sendiri, tetangga dan masyarakat.
> Keadilan, Kejujuran, Ukhuwwah, Syura, Ta’awun, Musawah, al-takaful al-ijtima dan Ihsan.

3B2) Akhlah terhadap bukan manusia.
> Tidak melakukan fasad, Rahman (mercy) dan Adil.

Secara ringkasnya begitulah kerangka islam. Kalau diumpama sebagai satu anggota badan, maka macam itulah standard kesempurnaannya. Tanpa salah satu dari elemen tersebut, maka cacatlah ia. Oleh yang demikian, dengan menolak atau meninggalkan salah satu dari unsur tersebut, maka cacatlah agama kita.

Islam bukan sekadar aqidah. Bukan sekadar syariah. Bukan sekadar tasawwuf. Tapi ianya meliputi keseluruhannya. Meninggalkan salah satu darinya, cacatlah dia. Kalau cacat, maka termasuklah kita didalam golongan OKU.


WaAllahu'aklam

Tuesday, February 26, 2008

Kiamat Sudah Dekat

“MAKLUMAT INI DARI USTAZ HARUN DIN,BELIAU BACAKAN ARTIKEL TTG FAKTA BAHAWA PLANET MARIKH (PLANET TERDEKAT DGN BUMI) TELAH MENGALAMI PUSINGAN TERBALIK PADA BULAN SEPTEMBER LEPAS.INI MENUNJUKKAN BAHAWA PLANET YANG BERHAMPIRAN DENGAN PLANET MARIKH JUGA AKAN MENGALAMI KEJADIAN YANG SAMA.MAKA AKAN TERJADILAH KEJADIAN MATAHARI AKAN TIMBUL DARI ARAH BARAT YANG JUGA MERUPAKAN TANDA-TANDA BESAR KIAMAT .PADA MASA ITU JUGALAH PINTU TAUBAT AKAN DI TUTUP.KATA PARA ASTRONOMI PLANET,BUMI HANYA TUNGGU MASA SAJA.MAKLUMAT INI TIDAK DIDEDAHKAN SECARA MELUAS DAN TELAH DI HENTIKAN PENYEBARANNYA OLEH 'NASA' KERANA IA MENGUNGTUNGKAN UMMAT ISLAM.AMBILLAH PERHATIAN!”

Salam...

Aku rasa semua manusia sudah tahu akan hampirnya hari kiamat yang banyak dikhabarkan melalui firman-firman Allah SWT juga yang dikhabarkan melalui rasulnya, Nabi Muhammad SAW. Natijahnya, kelahiran baginda Rasulullah itu sendiri merupakan tanda akhir zaman. Lalu kita pun tertunggu-tunggu kedatangannya. Pokoknya ianya PASTI berlaku. Jadi apa respon kita? Adakah kita sekadar tahu lalu tidak mengambil tindakan untuk bersedia menghadapi hari BESAR tersebut?

Pada satu hari nabi didatangi seorang lelaki lalu bertanya:
"Ya Rasulullah.. bila kiamat?" Kemudian nabi tanya dia balik: " Apa persediaanmu untuk menghadapinya? " Dia jawap: " Sesungguhnya amalan aku sedikit ya Rasulullah... tapi aku mencintaimu ya Rasululluh" Nabi SAW jawap: "Kamu akan dibangkitkan bersama dengan orang yang kamu cintai"

Jadi sebagaimana nabi SAW tanya pada lelaki tersebut, macam tu lah kita kena tanya pada diri kita. Apa persiapan kita? Bukan sekadar tahu.. tapi tak buat persediaan pun! Rugilah kita kalau dah tahu, tapi tak nak bersedia. Tapi kalau hal keduniaan, jauh2 hari kita dah sedia. Contohnya, anak kita nak UPSR darjah 6 nanti, tapi darjah 1 lagi kita dah antar dia tution. Sedangkan kiamat tu anytime... langsung kita tak bersedia. Malangnya kita..

Kemudian nabi kata, kita ni akan dibangkitkan bersama orang yang kita cintai. Siapa orang yang kita jadikan ikutan kita? Artis? Pemain bola? Atau orang2 soleh? Para nabi? Pilihlah dengan siapa kita nak dibangkitkan nanti. Sesungguhnya bila kita cintai artis, kita suka pada hiburan lalu kita tak suka pada ilmu. Bila kita suka orang soleh, para nabi, maka kita akan benci pelaku-pelaku maksiat, orang fasik, munafik.

Ketahuilah.. sebaik2 perkataan ialah kallamullah. Sebaik2 ikutan ialah nabi Muhammad SAW. Maka cintailah Allah dengan taat perintahNya dan jauhi laranganNya. Cintailan nabi dengan memegang sunnahnya.

Wallahu Aklam.
Berpesan-pesanlah kita dengan haq.

Monday, February 25, 2008

Pesanan Aku Untuk Aku

Bismi Allah al-Rahman al-Rahim

Segala puji bagi Allah, rabb sekelian alam dengan sebenar-benar pujian. Selawat dan salam ke atas baginda Nabi Muhammad S.A.W juga kepada keluarga, para sahabat dan pengikut-pengikutnya.

Wahai aku, ketahuilah bahawa tidak diciptakan aku ini melainkan untuk menyembah Yang Maha Pencipta. Jangan sekali-kali engkau lalaikan akan sebab keberadaan engkau di alam ini! Matlamat dan tujuan engkau cuma satu... iaitu menuju akhirat dan engkau di beri dua pilihan iaitu syurga ataupun neraka. Ketahuilah bahawa pilihan engkau itu mengikut amalan engkau waktu di alam dunia. Pilihan beramal juga ada dua, iaitu yang baik atau sebaliknya. Amalan baik, syurgalah tempatnya. Amalan jahat, nerakalah tempatnya. Maka perhatikanlah amalanmu itu sebaik-baiknya.

Allah berfirman (al-Kahfi 107):

Sesungguhnya orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, disediakan bagi mereka Syurga-syurga Firdaus, sebagai tempat tetamu (yang serba mewah).

Wahai aku, sesungguhnya secara umumnya semua manusia mengimpikan syurga. Tanyalah pada semua manusia samada yang beriman, yang fasik, yang munafik dan yang kafir. Pasti mereka menjawab sebagaimana yang engkau jawab. Iaitu berkehendakkan syurga. Betul tak?

Wahai aku, sedarlah bahawa ayat diatas Allah menyebut bahawa syurga itu adalah untuk orang-orang yang BERIMAN dan BERAMAL SOLEH. Maka siapa itu orang yang beriman dan beramal soleh tersebut?

Secara fitrahnya, manusia tidak boleh lari dari pengharapan, pergantungan terhadap tuhannya. Kepada siapa lagi nak dituntut ganjaran syurga yang diimpikan kalau bukan kepada Penciptanya? Sesungguhnya katahuilah bahawa Allah berfirman: surah ali-Imron ayat 18.

Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya Dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) Dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang Yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga Yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

dan sesungguhnya :

agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam

Ketahuilah bahawa Jesus, Uzair juga batu-batu berhala atau makhluk-makhluk lain tidak pernah mengaku atau menyuruh supaya manusia menyembah kepadanya. Namun Allah Taala menerangkan bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Dia. Diakui pula oleh para malaikat serta orang-orang berilmu. Dialah Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.

Al-Baqaroh (255) :

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang tetap hidup, Yang kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki Segala Yang ada di langit dan Yang ada di bumi. tiada sesiapa Yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan Dengan izinNya. Yang mengetahui apa Yang ada di hadapan mereka dan apa Yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa Yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. dan Dia lah Yang Maha tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha besar (kekuasaanNya).

Jelaslah bahawa perkara pertama iktiqad engkau ialah kalimah Tiada Tuhan Melainkan Allah.

bersambung...

Links to My Slide Picture and MOV

Untuk tidak memberatkan blog ini, semua slide boleh di'exses' melalui links di sini. Sila klik tajuk yang berkenaan.

> Kembara Madinah - Main Pasir (MOV)

> Kembara Madinah - Badar Battlefield (MOV 1) (MOV 2)

> Kembara Madinah - Uhud Battlefield (MOV)

> Kembara Madinah - Kebun Kurma

> Kembara Madinah - Mesjid Quba' (MOV)

> Kembara Madinah - Ladang Unta (MOV)

> Mesjid Nabawi As-Sareef (MOV 1) (MOV 2)
Bismillahirrohmaanirrohim

Ya Allah, Tunjukilah Kami jalan Yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang Yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang Yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang Yang sesat.

WASIAT IMAM AL-GHAZALI

3 perkara yang dengannya kita mampu untuk berzuhud:
1. Tidak mengejar kesenangan dunia yang tidak dimiliki.

2. Membahagikan kesenangan dunia yang kita miliki.

3. Tidak mengkehendaki dunia dalam hatinya dan tidak pula mengusahakannya.


" Tiada daya untuk meninggalkan maksiat dan tidak ada kekuatan untuk mengerjakan ketaatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Luhur dan Maha Agung"