Appointment Dengan Doktor

12 Aug 2009 - FBC @ 10:00 hrs

24 Aug 2009 - 4th Chemoterapy @ 09:00 hrs

Monday, October 27, 2008

4th Week of October

> Video Clip kontroversi
Atas permintaan rakan-rakan yang kat sini dan juga di sana... aku linkkan saja video yang menjadi kontoversi ni. Belum pun 10 jam dipublishkan disini... blog ni menjadi sesak dan hampir-hampir trafik jam...lalu digantikan dengan clip Madu 3 (pun sudah di'remove'kan). Bukan nak menyinggung sesiapa pun samada yang hidup atau yang sudah mati. It's dedicate to me myself and I. So, sesiapa yang nak tengok, silakan. Yang takut nak tengok, skip saja lah..
(Klik disini.....)

___________________________________________________________________



> Cerita Ceriti: Routine Workdays
Dalam segmen cerita-ceriti kali ini, aku ingin berkongsi tentang rutin harian kitaorang dihari berkerja di sini, dari datang kerja hinggalah balik kerja. Bagaimanapun ianya lebih kepada kami di Olefin deparment. Yang Polymer department...aku tak tahu, tapi lebih kurang macam ni jugalah kot... (Baca Selanjutnya)


___________________________________________________________________


> Aktiviti Riyadah
Diam tak diam, aku telahpun menjalani 11 minggu kehidupan di sini.. Pelbagai pengalaman yang telahpun aku lalui. Dari hari menandatangani kontrak kerja, medical check-up, buat ID badge, minta PPE, dapat iqamah...(Baca Selanjutnya)

___________________________________________________________________


> Motivasi Di hari Gaji
Beberapa tahun yang lalu, aku pernah bertanya kepada seorang kawan aku yang sudah beberapa tahun berkerja di luar negara, dengan pertanyaaan: "Din, macamana? Dah kaya lum?". Dengan malu-malu dia menjawab, "Kaya lum lagi...tapi... (Baca Selanjutnya)


___________________________________________________________________

Saturday, October 18, 2008

3rd week of October


> Dalam Kenangan 2
Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pulak tempat tak jatuh... yer tak? Macam tu hakikatnya memory.. Lagi pahit, lagi segar dalam ingatan... So dalam hayat aku, saat itulah yang sentiasa aku ingat....eh apa ni? Melalut dah ni.. kliklah untuk proceed baca...



__________________________________________________________________


> Cerita-Ceriti 4: Kereta Aku
Ruangan cerita-ceriti kali ini aku nak berkongsi cerita tentang kereta aku. Untuk menyenangkan aku pergi kerja, balik kerja dan ronda-ronda, kanalah aku memiliki sebuah kereta. Hehehe bukan aku beli...tapi sewa daaa. ..(Baca Selanjutnya)




___________________________________________________________________


> Makan Besar
Sempena menyambut/merayakan kemenangan Radwa 3 dalam perlawanan vollyball tempohari, kami telah mengadakan 'party' makan-makan. Ini merupakan kali ke-2 kami mengadakan party sedemikian.... dan masih merancang untuk melakukannya 2 atau 3 kali lagi. Kerana baki duit hadiah tersebut masih banyak.... (Baca Selanjutnya)





___________________________________________________________________


> Cerita-Ceriti 3: Cerita Makan
Kali ni aku nak kongsi cerita tentang hidangan makanan tengahari aku di sini. Dimulakan dengan tempat makan iaitu kantin, disini terdapat 2 kantin (yang aku tahu ler) iaitu yang paling dekat ialah di PMC, dan yang jauhnya pulak ialah di Ibnu Rushd. (Baca Selanjutnya)



___________________________________________________________________


> Juara Beach Vollyball
Seperti yang telah diduga, akhirnya menjadi kenyataan apabila team Radwa 3 muncul bergaya sebagai juara vollyball pantai di malam majlis aidilfitri anjuran malaysianyabu dengan mengalahkan team consulat di perlawanan akhir, lalu membawa pulang cash SR 1000...(Baca Selanjutnya). Ada eccess ke movie di youtube!!!



___________________________________________________________________


> Sambutan Aidilfitri Malaysianyanbu di Dolphin Resort
Semalam, seperti yang telah dirancang, telah berlangsung majlis sambutan aidilfitri oleh Malaysianyanbu yang telah diadakan di Dolphin Beach Resort. Majlis tersebut telah dijalankan dengan jayanya, walaupun pada peringkat kutip duit untuk menyertainya telah banyak menimbulkan kontroversi dikalangan kami... (Baca Selanjutnya)


------------------------------------------------------------------------------------------------

Thursday, October 9, 2008

2nd Week of October

> Bapak Ahadin's Open House.
Hari ini merupakan hari ke-16 Syawal (KSA) dan saki baki suasana hari rayanya mula terasa bila ada jemputan rumah terbuka. Masa tulah kita nak lantak nasi empit, laksa, rendang, serunding dan macam-macam kueh muih raya...(Baca Selanjutnya)

poblogspotwalangkopoblogspotwalangkopoblogspotwalangkopoblogspotwalangkopoblogspwalangk


> 2 Bulan di KSA... next mission.
Esok 13 Oct 2008, genaplah 2 bulan keberadaan aku di Kingdom of Saudi Arabia. So far, alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar. Iqamah dah ada, bank akaun dah ada, gaji sulung dah dapat, translation dokumen untuk bawak anak bini ke sini aku dah buat dan lesen memandu pun aku dah ada...(Baca Selanjutnya).


walangkopoblogspotwalangkopoblogspotwalangkopoblogspotwalangkopoblogspotwalangkopoblogsp

> Cerita-Ceriti 2 .
Olehkerana hari ini line agak ok, dapatlah aku upload sedikit gambar-gambar untuk tatapan. Sedikit info bergambar tentang plant dan control room. Emm klik jerlah...(Baca Selanjutnya)

walangkopoblogspotwalangkopoblogspotwalangkopoblogspotwalangkopoblogspotwalangkopoblogsp

Tuesday, October 7, 2008

1st Week of October

> Berhari raya tanpa aku.
Aidilfitri 2008 ini merupakan hari raya yang merakamkan sejarah bagi aku khususnya dan bagi keluarga aku amnya. Inilah pertamakalinya aku tidak menyambutnya bersama-sama-ahli keluarga yang lain. Anyway, thanks bebanyak kerana mereka memahaminya...(Baca Selanjutnya)


> Selamat Tinggal Ramadhan Kareem
Alhamdulillah genap sudah kita menjalani ibadah puasa yang menjadi kefardhuan kepada kita. Dengan demikian tamatlah sudah 'offer/grand sale' yang ditawarkan di dalam bulan yang mulia tersebut. Dimana setiap amal yang kita buat akan digandakan ganjarannya. Gandaan yang tidak dapat kita perolehi di bulan-bulan lain. Yang sunat diganjarkan seumpama yang wajib. Sedang yang wajib tentulah berlebih lagi gandaannya.... (Baca Selanjutnya)

Sunday, September 28, 2008

4th Week of September

> Cerita Tentang Control Room
Kali ini aku nak share sedikit cerita tentang control room. Tak boleh cerita lebih-lebih beb. Rahsia kerajaan ni. Cukuplah sedikit maklumat supaya kauorang tahu bahawa ianya memang canggih dan gah. Biasalah plant orang banyak duit...(Baca Selanjutnya)


> Kad Raya Untuk Semua
Bismillah. Assalamualaikum.Alhamddulillah, tinggal beberapa hari saja lagi kita akan meninggalkan Ramadhan justeru terus merayakan kemenangannya di awal Syawal...(Baca Selanjutnya).


> Percutian Panjang Bermula
Hari ini 24hb Sept, ramai sahabat-sahabat kita yang dapat bercuti telah berlepas meninggalkan kami disini untuk berhari raya ditanahair. Hari yang ditunggu akhirnya tiba bagi diaorang yang dah ada tiket ditangan. Sememangnya semenjak bermulanya puasa lagi diaorang sudah sibuk bercerita pasal nak balik kampung.... (Baca Selanjutnya)

END

Sunday, September 21, 2008

3rd Week of September 2008

>Selamat Hari Lahir.
Hari ini 23 September 2008 = 23 Ramadhan 1429 merupakan hari lahir isteri dan ibu kepada anak-anak aku. Bersamaan pula dengan National Day bagi Kingdom of Saudi Arabia. Maka kami disini pun diberi satu hari public holiday..(Baca Selanjutnya).


Mencari Lailatulqadar
10 akhir Ramadhan kembali lagi. Masih lagi kita diberi kesempatan untuk diberi peluang meraih ganjaran besar yang tidak ditawarkan kepada umat selain umat Nabi Muhammad SAW. Inilah antara kelebihan umat Nabi akhir zaman ini. Alhamdulillah, kita diantara manusia yang diberi peluang tersebut... (Baca Selanjutnya)


Cerita-Ceriti 21 Sept 2008
Emm dah lama juga tak update blog ni. Bolehlah dikatakan sibuk dengan kerja dan kehidupan seharian. Biasalah.. bila dah duduk membujang ni, kenalah basuh baju sendiri, lipat baju, memasak dan macam-macam lagi nak kena buat. Nak ngeteh lagiii... Haiii sibuk sesangatlah.... (Baca Selanjutnya)


Cerita Pasal Bank di KSA
Bercerita pasal bank, kat sini pelik sikit bankers-bankersnya. Tak macam bankers di Malaysia. Kat sekitar sini, apu yang aku perhatikan ada bermacam-macam jenama bank. Diantaranya ialah, samba, sabb, ar-rajhi... lagi apa yek....susah pulak aku nak sebut... (Baca Selanjutnya)


X-TITAN DI SABIC, YANBU
Semalam kami buat perhimpunan bagi semua kakitangan-kakitangan x-titan di YANSAB yang bertujuan semata-mata nak ambil gambar. Nak 'menunjuk-nunjuk'kan muka yang kami kat sini sehat, ceria dan seronok selalu. Bagaimanapun terdapat juga 5, 6 orang x-titan yang segan nak 'menunjuk-nunjuk'kan muka untuk bergambar bersama.... (Baca Selanjutnya)


Friday, September 12, 2008

2nd Week of September.

> Mengeteh di Yanbu (Balad)

Selepas sebulan di tanah Arab ni, akhirnya kami jumpa juga 'warung' roti canai dan teh tarik di sini. "Warung' tu terletak di pekan Yanbu yang bernama BISMI CAFETERIA... (Baca Selanjutnya)

oooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo

> Genap Sebulan di KSA

Hari ini 13 Sept, 2008 menandakan aku sudah genap sebulan meninggalkan tanah air, meninggalkan anak bini, lalu merantau disini. So far, alhamdulillah... semuanya berjalan lancar. Baik kesihatan, perkerjaan, persahabatan dan lain-lain hal lagi... alhamdulillah... (Baca Selanjutnya)

oooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo

> Lesen Memandu: Cakap Melayu kepada Cakap Arab daa..

Tak tahu nak cerita apa... so aku ceritalah pulak pasal translate lesen memandu Malaysia kepada Arabic, di Bandar Yanbu (lebih krg 20 km dari area rumah aku). So, macam tulah rupa transtationnya. Dia buat diatas A4 paper dengan chop pengesahan. Bayaran yang dikenakan ialah SR 35. Ingatkan macamanalah rupa translation tu ye tak?.. (Baca Selanjutnya)

ooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo

> Beli Kereta.
Certa pasal kereta, akhirnya sahabat kita tu sambar BMW 328, E46 model. Berkuasa 2.8 liter, dengan 6 silinder enjin., sport rim 18 in". Memang ganas. Selepas kami test drive, woww!! excellent. Memang menerujakan!! Harganya 31K Saudi Riyal...(
Baca Selanjutnya)

OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO

> Anak Dara Pak Arab

Kali ini aku nak bercerita tentang anak dara Pak Arab. Dah sebulan aku di sini, emm memang susah nak terserempak dengan anak dara Pak Arab. Biasanya kalau ternampak pun, bila berselisih kereta dengan bapak dia kat sebelah...(Baca Selanjutnya)

OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO

> Murah Rezeki

Itu dia hasil titik peluh salah seorang dari kami yang berkerja dirantauan. Bolehlah dikatakan berbaloi dengan perngorbanan berjauhan dengan anak bini... (Baca Selanjutnya)

OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO

> Terima Kasih Untuk ARO.

Bismillah. Alhamdulillah segala puji bagi Allah dan selawat salam kepada Rasulullah SAW. Kurang 2 hari, genap sebulan aku meninggalkan tanah air demi mencari rezeki di sini. Kerinduan pada anak isteri tersayang...sudah pasti!. Seperkara lagi ialah rindunya aku pada kuliah-kuliah usatz Mat Esa Deraman. Bagaimanapun.. setinggi-tinggi terima kasih kepada saudaraku A Rahman Othman kerana sudi menguploadkan Tazkirah Ramadhan pada tahun ini di dalam esnips yang aku sediakan. Tidak lupa juga kepada Tuan Haji Suhaimi Sulaiman yang selalu memberi pelbagai info.

Lagi sekali terima kasih untuk beliau. Setidak-tidaknya aku masih boleh mengikuti kuliah ustaz, selain kerinduan mendengar suaranya. Sesiapa yang jumpa ustaz, sampaikan salam aku padanya. Berikut adalah links untuk akses TAZKIRAH RAMADHAN 2008.

OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO

> JEDDAH: Jalan-Jalan Cari Kereta

10 Sept, sempena dah dapat iqamah, aku pun pergilah ke Jeddah dengan mission untuk beli kereta. Doel, Nizam n aku bertolak selepas asar... kurang lebih jam 4:45 petang. Jarak Yanbu dan Jeddah lebih kurang 3 ratus lebih km yang mengambil masa selama 3 jam driving kereta berkuasa 2.0L kebawah..... (Baca Selanjutnya).

OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO

> Iqamah Dah Siap

Bismillah.. Tadi 10 Sept 2008, Alhamdulillah iqamah yang ditunggu-tunggu telah pun siap. Seingat aku, kami submit dokumen untuk buat iqamah ini pada 24 Aug, sebaik laporan medical check up kami terima. Dan ianya sampai ketangan kami pada 10 Sept. Maka prosesnya memakan masa selama 2 minggu dan 4 hari... (Baca Selanjutnya)

oooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo

Sunday, September 7, 2008

1st Week of September

> Cerita Tentang Plant
Tadi, sabtu 6 sept merupakan minggu ke-4 aku di YANSAB. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Untuk pengetahuan, aku di'assign'kan di area cold box, Demethanizer, Cooling Water System, Oily Water Sewer, Clean Strom Water dan Fire Monitor & Hydrant sebagai area khusus... (baca selanjutnya)

___________________________________________________________________
> Ziarah Rasulullah 2
Alhamdulillah. Pada hari khamis 4 sept yang lalu, kami sekali lagi mengunjungi Rasulullah SAW. Kami bertolak jam 9 pagi dan tiba di Mesjid an-Nabawi as-Shareef pada jam 11 pagi. Terus memasuki mesjid menunggu masuknya waktu zohor pada jam 12:30....(baca selanjutnya)

___________________________________________________________________
> Cerita Tentang Rumah Kami
Cerita tentang rumah... tak perlulah diulang cerita banyak-banyak kali. Aku 'link'kan saja dengan blog Saudara Mohd Zikhan ie owner Aku..Kau..Dia blogspot, kerana kami serumah...tapi bukan sebilik... Baca Selanjutnya.

___________________________________________________________________
> Cerita Tentang Berpuasa di KSA
Semalam 1 September, kami mula berpuasa di tanah Arab. Untuk hari pertama, puasa kami bermula pada jam 4:48 pagi bilamana terbitnya fajar sehingga terbenamnya matahari pada jam 6:47 ptg. Lebih kurang saja jangkamasanya dengan berpuasa di Malaysia. Kami bersahur ala-kadar saja.. (baca selanjutnya.)

Monday, September 1, 2008

4th week of August

> Berteraweeh di Radwa 3 (31 Aug 08)
Malam tadi pengalaman pertama kami bersolat teraweeh di KSA, si mesjid Radwa 3. Kalau di Malaysia, first teraweeh ni mesti melimpah sampai keluar mesjid. Tapi di sini attendencenya sama saja ramainya...kerana orang Arab memang istoqomah solat berjemaah.. (baca seterusnya)


> YANSAB ID badge (31 Aug 08)












Baca selanjutnya

> Ramadhan Kareem (30 Aug 08)
InsyaAllah esok kita mula bertaraweh lagi. Tanda munculnya bulan Ramadhan yang dimuliakan Allah SWT. Bulan yang penuh dengan 'BIG SALE' bagi setiap amalan di bulan ini tidak sama ganjaran yang diberikan di dalam bulan-bulan lainnya. Maka tidak bijaklah kita sekiranya kita mempersia-siakan 'OFFER' ini. Ayuh berebut-rebutlah... (baca seterusnya)

___________________________________________________________________
> Tetamu Allah ( 28, 29 Aug 08)
Alhamdulillah pada 28 August yang lalu, dapat juga aku mengerjakan ibadah umrah untuk yang pertama kali dalam hidup aku. Pengalaman yang tersangat indah apabila menatap kaabah tersergam di depan mata... (baca selanjutnya)

___________________________________________________________________
> Al-Faatihah Untuk Bapa Mertua (27 Aug 08)
Al-Faatihah.. untuk bapa mertuaku yang menhembuskan nafas terakhirnya pada jam 4 petang (Malaysia) = 11 pagi (KSA). Sesungguhnya kematian itu janji pasti yang akan dilalui oleh setiap makhluk-Nya yang bernyawa..... (baca selanjutnya)

___________________________________________________________________
>Medical Checkup Result (24 Aug 08)
Hari ini genap 11 hari aku berada di KSA. Alhamdulillah hari ini juga result medical check up dapat ditangan kami. Syukur alhamdulillah semuanya okey. Risau juga aku kalau kalau kantol medical check up... (baca Selanjutnya)

___________________________________________________________________
>Kembara Madinah al-Munawwarah (20, 21 Aug 08)
Genap seminggu aku berada di tanah para anbia ini, kami berkesempatan untuk pergi menziarahi baginda di mesjid an-Nabawi. Kami bertolak di pagi khamis selepas Subuh. Dalam perjalanan tersebut kami sempat melawat beberapa tempat bersejarah seperti tempat Perang Badar, Perang Uhud, Mesjid Quba'.... (baca seterusnya)

____________________________________________________________________

Links to My Slide Picture and MOV

Untuk tidak memberatkan blog ini, semua slide boleh di'exses' melalui links di sini. Sila klik tajuk yang berkenaan.

> Kembara Madinah - Main Pasir (MOV)

> Kembara Madinah - Badar Battlefield (MOV 1) (MOV 2)

> Kembara Madinah - Uhud Battlefield (MOV)

> Kembara Madinah - Kebun Kurma

> Kembara Madinah - Mesjid Quba' (MOV)

> Kembara Madinah - Ladang Unta (MOV)

> Mesjid Nabawi As-Sareef (MOV 1) (MOV 2)
Bismillahirrohmaanirrohim

Ya Allah, Tunjukilah Kami jalan Yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang Yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang Yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang Yang sesat.

WASIAT IMAM AL-GHAZALI

3 perkara yang dengannya kita mampu untuk berzuhud:
1. Tidak mengejar kesenangan dunia yang tidak dimiliki.

2. Membahagikan kesenangan dunia yang kita miliki.

3. Tidak mengkehendaki dunia dalam hatinya dan tidak pula mengusahakannya.


" Tiada daya untuk meninggalkan maksiat dan tidak ada kekuatan untuk mengerjakan ketaatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Luhur dan Maha Agung"