Hari ini genap 11 hari aku berada di KSA. Alhamdulillah hari ini juga result medical check up dapat ditangan kami. Syukur alhamdulillah semuanya okey. Risau juga aku kalau kalau kantol medical check up... (baca Selanjutnya)
__________________________________________________________________________
Bismillah. Assalamualaikum. Alhamdulillah segala puji bagi Allah serta selawat dan salam keatas junjungan baginda Rasulullah SAW. Genap seminggu aku berada di tanah para anbia ini, kami berkesempatan untuk pergi menziarahi baginda di mesjid an-Nabawi. Kami bertolak di pagi khamis selepas Subuh. Dalam perjalanan tersebut kami sempat melawat beberapa tempat bersejarah seperti tempat Perang Badar, Perang Uhud, Mesjid Quba', Ladang Kurma, Ladang Unta dan Mesjid Qiblatain. Rombongan ini diketuai oleh seorang pelajar tahun akhir di Universiti Islam Madinah.
>Main Pasir di Bukit Pasir
>Badar Battlefield
Lebihkurang setengah jam perjalanan daripada bukit pasir tadi, kami tiba di Badar Battlefield. Disini terkuburnya syahid islam seramai 13 orang.
Lebihkurang setengah jam perjalanan daripada bukit pasir tadi, kami tiba di Badar Battlefield. Disini terkuburnya syahid islam seramai 13 orang.
Kemudiannya kami singgah mengeteh di pekan Badar. Bandar Koboi jer.
> Uhud Battlefield
Selepas isi perut dengan roti arab, kami meneruskan perjalanan ke Bukit Uhud. Tempat dimana berlakunya perang Uhud yang menyaksikan kekalahan tentera Muslimin pimpinan Rasulullah kepada tentera Musyrikin pimpinan Khalid al-Walid. Disinilah terbunuhnya Syaidina Hamzah bersama 70 syuhada yang lain.

Seterusnya kami menuju ke mesjid Quba' iaitu mesjid pertama yang Rasulullah dirikan. Sempat juga melakukan solat sunat didalamnya. Ganjarannya besar. Klik to akses viedo (Mesjid Quba').
>Kebun Kurma
Disini kami sempat membelibelah. Kurma nabi dijual dengan harga SAR 80/kg. Macam-macam ada... Tak tahu nak beli apa. Menurut cerita, kebun ini adalah milik asal Adurrahman Auf.Akhir sekali, ucapan terima kasih kepada Saudara Nazir yang menjadi organizer kembara ini. Juga kepada Ust Salah yang sudi meluangkan masa melayan kami.
Wassalam
No comments:
Post a Comment