Al-Faatihah.. untuk bapa mertuaku yang menhembuskan nafas terakhirnya pada jam 4 petang (Malaysia) = 11 pagi (KSA). Sesungguhnya kematian itu janji pasti yang akan dilalui oleh setiap makhluk-Nya yang bernyawa. Tiada jalan untuk menghindarinya... malah dia mendatangi kita.
Persiapan aku untuk mengerjakan umrah pada awal pagi esok, Khamis 28 Aug 2008, dikejutkan dengan berita kematian bapa mertuaku, Selamat bin Jaapar melalui SMS dari isteri tercinta di tanahair. Justeru aku terus membuat panggilan telefon... Sah.
Sebenarnya, arwah sudah berada di hospital beberapa minggu yang lepas dan di tempatkan di ICU di hospital Keluang. 2 hari yang lepas, arwah dikeluarkan dari ICU... hari ini... beliau dijemput untuk menghadap Allah. Sesungguhnya kepada-Nya jualah kita akan dikembalikan.
Rasa terkilan juga kerana aku tidak dapat menghadirkan diri untuk bersama-sama dengan adik-beradik yang lain bagi menguruskan jenazahnya. Inilah dugaan dan cubaan nya. Kalau dah berada di jauhan begini, hal kematian begini memang kita hanya mampu untuk berdoa serta menghadiahkan bacaan quran buat beliau semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang soleh. InsyaAllah.
Sebenarnya, kemungkinan sebegini memang sudah aku rangkakan... bahawa sekiranya berlaku kematian, itu sajalah yang kita mampu lakukan. Nak balik untuk melawat... memang tak sempat. Kalau ada jet persendirian... sempat kot?. So aku redha.. dan keluarga aku pun memahaminya. InsyaAllah aku tahu apa yang boleh aku buat dari kejauhan ini.
Wasalam.
No comments:
Post a Comment