Appointment Dengan Doktor

12 Aug 2009 - FBC @ 10:00 hrs

24 Aug 2009 - 4th Chemoterapy @ 09:00 hrs

Saturday, March 29, 2008

Ustaz Azhar Idros di Seri Alam

Bismillah.





Aku bersama pendakwah terkenal dari Terengganu iaitu Ustaz Azhar Idros sewaktu majlis Maulid Nabi di Surau al-Husna, Seri Alam.



Berbual-bual dengan Ustaz. Beliau bukan saja seorang pendakwah hebat, malah meminati seni fotografi. Nak tengok hasil minatnya, boleh lawati http://ustazazhar.fotopages.com. Hebat!!!

Sila klik LAIN-LAIN CERAMAH di kuliah download untuk ceramah beliau di Mesjid Al-Munawarah, Jalan Ciku (kuliah subuh) dan di Mesjid Cahaya Baru (Ceramah Maulid Nabi)


Wassalam

Tuesday, March 25, 2008

SELAMAT PENGANTIN BARU

Bismillah..

Tahniah kepada sahabat kita yang dah tambah seorang lagi bini. Haiii aku bila lagi nih?


Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.(Riwayat Muslim).

Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki. (Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani, Anas bin Malik).

Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya, sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya (meminta maaf). (Riwayat dari Hassan).

Wanita yang taat pada suami, semua burung-burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristigfar baginys selama ia masih taat pada suaminya dan diredainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya.

Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama, maka Allah memasukkanya dalam syurga lebih dahulu dari suaminya(sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan mengadapnya.

Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya, memberi minum Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kubur menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta mencatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-mustaqim.

Tu cerita yang sedap-sedap je... Yang tidak berlaku adil macam mana bro?

Wassalam

Thursday, March 20, 2008

DUNIA UNTUK AKHIRAT

Bismillah

Assalamualaikum.. Dah lama aku tidak menulis... Seronok sangat dengan kemenangan BA pada pilihanraya yang lepas... So hari ini aku nak cerita pasal harta dunia. Mudah-mudahan ada manfaat dengannya. Oh hari ini hari Maulid Nabi!

Dari Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda:
Sesiapa yang mengejar dunia dengan tujuan mengelak daripada meminta-minta dan dengan tujuan menjaga anak isterinya daripada memakan harta curi, harta samun dan sebagainya, dan dengn tujuan menjaga hubungan dengan jiran tetangga, dia akan bertemu dengan Allah di akhirat kelak dengan wajah yang berseri-seri umpama bulan purnama’

Tidak semua urusan dunia itu membawa keburukan kepada umat. Hadis tersebut menyuruh kita mencari dunia asalkan niat kita tidak lari dari sebagaimana yang disebut iaitu supaya tidak meminta-minta daripada sesiapa juga untuk membantu mereka yang memerlukan, pasti akan diredhai Allah SWT.

Mencari dunia bukanlah untuk bermegah. Firman Allah SWT;

1. kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat Dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), -
2. sehingga kamu masuk kubur.
3. jangan sekali-kali (bersikap demikian)! kamu akan mengetahui kelak (akibatnya Yang buruk semasa hendak mati)!
4. sekali lagi (diingatkan): jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! kamu akan mengetahui kelak akibatnya Yang buruk pada hari kiamat)!
5. Demi sesungguhnya! kalaulah kamu mengetahui - (Apa Yang kamu akan hadapi) - Dengan pengetahuan Yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara Yang menjadi bekalan kamu untuk hari Akhirat).
6. (ingatlah) Demi sesungguhnya! - kamu akan melihat neraka Yang marak menjulang.
7. selepas itu - Demi sesungguhnya! - kamu (Wahai orang-orang Yang derhaka) akan melihatnya Dengan penglihatan Yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)!
8. selain dari itu, Sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang Segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)!

Itulah balasan neraka Jahim kepada yang berniat mencari harta untuk bermegah dan menunjuk-nunjuk dengan apa yang dimiliki.

Hamba dunia

Kita akan jadi hamba kepada dunia jika mencari harta untuk kepentingan dunia semata sekalipun hartanya diperolehi melalui cari yang halal. Ini kerana masa dan tenaganya digunakan sepenuhnya untuk mencari dunia sehingga tidak memperdulikan amal ibadahnya. Maka mencari harta dunia untuk dunia adalah mengundang ancaman ketakutan bila bertemu Allah kelak.

Segala apa di atas dunia adalah milik mutlak Allah. Ianya hanya dipinjamkan sementara kepada manusia, maka ia perlu dikongsikan sesama mereka yang memerlukan. Jadi, dalam hal harta dunia, kita perlu:
1- Mencari harta yang halal.
2- Memasang niat yang baik iaitu:
. supaya tidak meminta-minta
. untuk menyara keluarga
. untuk membantu yang memerlukan

Itulah kriteria untuk diikuti untuk selamat kelak. Begitulah keadaan para sahabat yang hartawan. Mereka zuhud dan tidak mengumpul harta untuk bermegah-megah. Harta mereka dipergunakan untuk perjuangan menegakkan islam. Mereka sanggup keluarkan apa saja yang mereka miliki untuk kepentingkan umat islam.

Sesungguhnya segala sesuatu bertitik tolak daripada akidah yang diasakan kesedaran yang mendalam mengenai pahala-dosa yang akan dihitung kelak.

‘Aun bin Abdullah berkata: “Dunia dan akhirat di dalam hati bagaikan dua sisi timbangan. Jika sisi salah satunya lebih berat, sisi yang lainnya akan lebih ringan”.

Jika kita melebihkan dunia maka hal akhirat kita akan kurang.

WaAllahu’aklam

Sunday, March 9, 2008

APA NAK JADI DENGAN MELAYU ISLAM?

Salam...
Keputusan pilihanraya sudah pun kita tahu. Tahniah kepada warga Kelantan yang masih memilih kepimpinan ulamak. Juga kepada orang Kedah. BN sudah jadi geng pembangkang di 5 buah negeri.
Aku melihat bahawa PAS perlu mem'produce' individu-individu seperti Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang bersifat zuhud lagi alim.
Gambar dibawah menunjukkan sikap bukan islam terhadap kepimpinan ulamak. Tunjukkan akhlak mulia, nescaya semua orang suka.



Wassalam









Thursday, March 6, 2008

DOA TOK GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

"Wahai Tuhan Kami, berilah kami perasaan takut kepadamu yang dapat menghalang kami dari kemaksiatan dan berilah kami ketaatan kepadamua yang menyampaikan kami ke syurgamu, dan berilah dan berilah keyakinan yang memudahkan kami menghadapi bencana di dunia."

"Wahai tuhan kami berilah kami kenikmatan pendengaran, penglihatan dan kekuatan tubuh badan selama hidup kami dan jadikanlah dia mewarisi kami dan berilah pembalasan kepada orang yang menzalimi kami. Dan tolonglah kami terhadap orang yang memusuhi kami.Dan janganlah engkau jadikan bencana bagi kami dalam ugama kami dan janganlah jadikan keduniaan sebesar-besar cita-citanya dami dan tidak sampai batasan ilmu kami. Dan janganlah Engkau biarkan orang yang tidak menaruh kasihan balas terhadap kami, dapat menguasai ke atas kami."

"Wahai Tuhan kami, kami pohon perlindungna dengan nur kesucian engkau dan berkat kebersihan dan keagungan sifat jalal engkau, dari setiap yang datang waktu malam kecuali yang datang dengan baik." "Wahai tuhan kami, engkaulah penolong kami, maka kepada engkau kami mohon pertolongna. Wahai tuhan kami, engkaulah tempat kami menyelamatkan diri, maka kepada engkaulah kami pohon selamat. Wahai tuhan bagilah kelemahan dan kehinaan yang mana segala tengkuk pembesar dunia."

"Dan tunduk kepadanya segala urusan dan kebesaran raja-raja Firaun, selamatkan kami dari penghinaan dan hukuman siksamu, ketika malam atau siang, ketika kami tidur atau berada di suatu tempat. Tiada tuhan bagi kami melainkan engkau demi kebesaran wajah engkau dan kemuliaan kesucian engkau, hindarkanlah kami dari segala kejahatan hamba-hamba engkau, berilah kemudahan kepada kami dengan limpah kurnia dari engkau wahai tuhan yang maha pemurah."

"Wahai Tuhan sama ada engkau lembutkan hati-hati mereka untuk kami sebagaimana kamu lembutkan besi untuk Nabi Daud, dan kamu menundukkan mereka seperti seperti kamu tundukkan bukit bukau, gunung ganang untuk Nabi Sulaiman atau pun kamu lipat balik rancnagan jahat mereka supaya berpatah balik ke atas mereka sendiri , dan kamu hancur leburkan pakatan mereka dan kacau bilaukan kumpulan mereka dan goncangkan pendirian mereka dan Ya Allah turunkan bendera mereka rapat ke bumi, Wahai Tuhan yang tetap hidup yang mentadbir urusan makhluknya, Wahai Tuhan yang mempunyai keagungna dan kemuliaan, sesungguhnya Engkau berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu."

"Ya Allah Tuhan kami, limpahkanlah rahmat ke atas junjungna kami Nabi Muhammad S.A.W yang dengannya dapat emngubati hati dan menjadikan penawar, menyihatkan badan yang menyembuhkannya, menjadi cahaya bagi pandangan mata dan menyinarkannnya dan limpahkanlah rahmat dan kesejahteraan kepada keluarga dan para sahabat baginda sekalian."

BERMUHASABAHLAH...

Bismi Allah

Lebih 1400 tahun sudah Rasulullah meninggalkan kita. Peredaran masa membawa kita ke satu zaman yang mengelirukan lantas menghanyutkan mengikut arus yang menyeleweng hingga kita tersesat jauh dari landasan yang sebenar. Aku mengajak supaya kita memperbaiki diri dengan bermuhasabah lalu mengembalikan diri di landasan yang benar sebagaimana yang digariskan oleh al-Quran dan tunjukkan oleh Rasulullah juga para sahabatnya.

Muhasabah diri.

Syeikh Abdul Kadir al-Jailani berkata: Apabila kamu bertemu seseorang, maka,

>Lihatlah kelebihan yang ada padanya dan katakanlah pada dirimu sendiri dengan berkata “Mudah-mudahan jadilah dia disisi Allah lebih baik daripada aku dan semoga Allah mengangkat darjatnya”.

>Sekiranya dia lebih muda daripada kamu, katakanlah pada diri kamu sendiri, “Dia belum lagi menderhaka kepada Allah,sedangkan aku sudah banyak mendehaka kepada Allah. Tidak ragu lagi dia lebih baik daripada aku

>Sekiranya dia lebih tua daripada kamu, katakanlah: “Dia adalah orang yang lebih dahulu menyembah dan berbakti kepada Allah daripada aku

>Sekiranya dia orang alim, maka katakanlah “Dia telah diberikan Allah apa yang aku tidak dapat dan dia mengetahui apa yang aku tidak tahu

>Sekiranya dia seorang yang jahil, maka katakanlah, “Dia adalah orang yang menderhaka kepada Allah kerana kejahilannya, sedangkan aku menderhaka kepada Allah dalam keadaan aku mengetahui. Aku tidak mengetahui bagaimana kesudahanku dan kesudahannya”.

>Sekiranya dia seorang yang kafir, maka katakanlah, “Aku tak tahu, mungkin akhirnya dia memeluk islam dan mati dalam keadaan husnul khotimah dan mungkin aku jadi kafir dan mati dalam keadaan su`ul khotimah.”

Begitulah seharusnya kita apabila melihat seseorang. Sentiasa bertawaduk dan bermuhasabah diri. Sudah menjadi lumrah insan yang bernama manusia tidak terlepas dari melakukan dosa. Samaada sengaja atau tidak. Hanya para nabi dan Rasul sahaja yang bersifat maksum yang terpelihara dari melakukan dosa yang kecil mahupun besar.

Bermuhasabah ialah mencermin diri dengan menilai dan memeriksa niat, percakapan, perlakuan dan perbuatan seharian dalam meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Setiap kesilapan, segera diperbetulkan dan setiap kebaikan diteruskan dan dipertingkatkan. Adalah menjadi kewajiban kita untuk sentiasa memohon ampun dan memperbaiki diri kearah yang lebih baik dengan bertaubat kepada Allah.

Ingatlah bahawa setiap amalan akan diperhitungkan nanti.

Wassalam

PAHITNYA KEBENARAN

Bismi Allah

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Masud: “Hendaklah kamu berpegang dengan kebenaran. Hendaklah kamu bercakap dan bertutur suatu yang benar kerana yang benar itu akan memimpin kamu kepada kebaikan. Dan kebaikan itu akan membimbing kamu ke syurga. Sentiasalah seseorang itu bercakap benar dan berusaha untuk mencari kebenaran sehingga ia ditulis disisi Allah sebagai as-Siddiq.

Jaga-jagalah kamu dari sifat bohong. Sesungguhnya bohong itu membawa kamu kepada perkara keji dan jahat. Perkara keji dan jahat itu memimpin kamu kearah neraka. Dan sentiasalah seseorang itu berbohong dan berusaha untuk berbohong, melainkan ditulis disisi Allah sebagai Pendusta Besar.”.

Maka hendaklah kita sentiasa berusaha untuk mencari kebenaran kerana kebenaran itu selalunya ditutupi oleh kabus. Apabila kita tidak berusaha untuk mencari kebenaran, kabus itu akan kian menebal sehingga kita tidak dapat lagi melihat kebenaran tersebut.

Sifat orang beriman, ia akan sentiasa mencari kebenaran dalam segala hal, samaada aqidah, muamalah atau akhlak. Kebenaran yang haq itu adalah apa yang terdapat pada al-Quran dan apa yang dibawa oleh Rasullullah. Maka mencari kebenaran memerlukan ilmu, mengkaji dan menganalisa berdasarkan sumber tersebut. Kita tidak boleh lari dari kebenaran yang haq tersebut.

Sesungguhnya kebenaran itu amat berat. Tidak senang untuk berpegang pada kebenaran, kerana kebenaran itu amat pahit.

Wassalam.

Monday, March 3, 2008

PERSAMAAN YANG HILANG

Bismillah
Assalamualaikum semua.

Ketahuilah bahawa generasi awal islam adalah terdiri dari individu-individu yang mereka seperti kita. Para sahabat juga individu macam kita. Dikalangan mereka ada golongan kanak-kanak, remaja dan tua. Ada yang merdeka mahupun yang hamba. Ada yang miskin juga yang kaya. Golongan pahlawan, para ilmuan juga yang bersifat orang awam kebanyakkan seperti pemarah, garang, kasar dan sebagainya.

Bagaimanapun mereka digabungkan dengan satu persamaan yang dengannya mereka menjadi satu kumpulan yang dipuji oleh Allah dan menjadi contoh tauladan kepada seluruh umat sesudahnya. Mereka mempunyai persamaan dalam keimanan dengan iman yang tulen dan kecintaan yang mendalam kepada Rasulullah.

Ya, persamaan inilah yang sudah tidak kita miliki lagi. Malah kita berpecah kerananya walaupun kita didalam satu bumbung islam yang sama. Orang islam berbalah dalam hal yang bernama islam itu sendiri. Iman kita hilang ketulenannya. Kecintaan kita kepada Rasulullah, palsu belaka. Orang islam sendiri yang menolak islam malah berkempen untuk menolaknya.

Kita tidak disatukan dibawah payung islam tapi disatukan di bawah payung melayu, iaitu payung PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU atau UMNO. Dasar perjuangan nasionalis yang beridealisma secular yang jelas-jelas bertentangan dengan islam. Menyokongnya maka secara automatic kita menolak islam yang dijuangkan oleh PAS yang satu-satunya wadah yang kita ada.

Pertanyaannya kenapa kita kehilangan persamaan yang dengannya generasi awal dipuji Allah? Entahlah aku pun tidak tahu macam mana nak buat. Siapalah aku untuk membetulkan setiap individu supaya bersatu dalam iman yang sebenar dan cinta Rasulullah yang mendalam?

Namun aku berpesan pada diri aku sendiri, juga kepada mereka yang berkehendak kepada pesanan suyapa:
1. Tanamkan minat untuk tahu tentang islam. Minat akan menjana keinginan untuk mengetahui/mengikuti sesuatu. Kerana minat dengan bola, maka pukul 3 pagi pun kita sanggup berjaga untuk tengok `live` match. Kerana minat artis, kita pun cenderung untuk tahu latar belakangnya lalu menirunya. Maka tanamkanlah minat tentang islam dengan membaca mahupun mendengar. Demikian, pasti kita akan cenderung kepada islam lalu meniru sunnah Rasulullah.



Suasana mesjid di waktu solat 5 waktu. Tidak ramai yang mampu untuk berminat.

2. Tingkatkanlah pengetahuanmu tentang ilmu islam dengan menghadiri majlis ilmu di mesjid-mesjid yang mengadakan kuliah pendek diantara waktu maghrib dan isyak. Selain mendapat kelebihan solat berjemaah, kita dapat menambahkan ilmu tentang islam. Ini lebih selamat daripada kita belajar sendirian atau di perguruan yang sesat.


3. Carilah kawan yang mempunyai minat yang sama denganmu. Jauhkan mereka yang tidak membantumu menjadi taat kepada Allah. Kawan yang benar adalah kawan yang menegur bila kita salah. Mengingat bila kita lupa. Macam itulah sebaliknya.

Bagaimanapun hal di atas tidak akan terjana selagi kita tidak terlebih dahulu mengetahui akan matlamat dan sebab kenapa kita wujud di sini. Selagi kita terlupa yang keberadaan kita di sini cuma suatu persinggah, maka kita akan terus dilalaikan dengan arus kehidupan yang menghanyutkan kita jauh dari islam.

Ingatlah bahawa kita ini dalam satu perjalanan untuk kembali menghadap Maha Pencipta yang menciptakan kita. Di depan kita ada satu alam yang kekal abadi. Samada syurga atau neraka tempat kita, ianya adalah bergantung pada amalan kita di sini. Pilihlah untuk ke syurga dengan beramal dengan amalan ahli-ahli syurga.

Lagi sekali kita diberi pilihan untuk memilih. Maka pilihlah syurga.

WaAllahua`klam.

Links to My Slide Picture and MOV

Untuk tidak memberatkan blog ini, semua slide boleh di'exses' melalui links di sini. Sila klik tajuk yang berkenaan.

> Kembara Madinah - Main Pasir (MOV)

> Kembara Madinah - Badar Battlefield (MOV 1) (MOV 2)

> Kembara Madinah - Uhud Battlefield (MOV)

> Kembara Madinah - Kebun Kurma

> Kembara Madinah - Mesjid Quba' (MOV)

> Kembara Madinah - Ladang Unta (MOV)

> Mesjid Nabawi As-Sareef (MOV 1) (MOV 2)
Bismillahirrohmaanirrohim

Ya Allah, Tunjukilah Kami jalan Yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang Yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang Yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang Yang sesat.

WASIAT IMAM AL-GHAZALI

3 perkara yang dengannya kita mampu untuk berzuhud:
1. Tidak mengejar kesenangan dunia yang tidak dimiliki.

2. Membahagikan kesenangan dunia yang kita miliki.

3. Tidak mengkehendaki dunia dalam hatinya dan tidak pula mengusahakannya.


" Tiada daya untuk meninggalkan maksiat dan tidak ada kekuatan untuk mengerjakan ketaatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Luhur dan Maha Agung"