Appointment Dengan Doktor

12 Aug 2009 - FBC @ 10:00 hrs

24 Aug 2009 - 4th Chemoterapy @ 09:00 hrs

Monday, March 3, 2008

PERSAMAAN YANG HILANG

Bismillah
Assalamualaikum semua.

Ketahuilah bahawa generasi awal islam adalah terdiri dari individu-individu yang mereka seperti kita. Para sahabat juga individu macam kita. Dikalangan mereka ada golongan kanak-kanak, remaja dan tua. Ada yang merdeka mahupun yang hamba. Ada yang miskin juga yang kaya. Golongan pahlawan, para ilmuan juga yang bersifat orang awam kebanyakkan seperti pemarah, garang, kasar dan sebagainya.

Bagaimanapun mereka digabungkan dengan satu persamaan yang dengannya mereka menjadi satu kumpulan yang dipuji oleh Allah dan menjadi contoh tauladan kepada seluruh umat sesudahnya. Mereka mempunyai persamaan dalam keimanan dengan iman yang tulen dan kecintaan yang mendalam kepada Rasulullah.

Ya, persamaan inilah yang sudah tidak kita miliki lagi. Malah kita berpecah kerananya walaupun kita didalam satu bumbung islam yang sama. Orang islam berbalah dalam hal yang bernama islam itu sendiri. Iman kita hilang ketulenannya. Kecintaan kita kepada Rasulullah, palsu belaka. Orang islam sendiri yang menolak islam malah berkempen untuk menolaknya.

Kita tidak disatukan dibawah payung islam tapi disatukan di bawah payung melayu, iaitu payung PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU atau UMNO. Dasar perjuangan nasionalis yang beridealisma secular yang jelas-jelas bertentangan dengan islam. Menyokongnya maka secara automatic kita menolak islam yang dijuangkan oleh PAS yang satu-satunya wadah yang kita ada.

Pertanyaannya kenapa kita kehilangan persamaan yang dengannya generasi awal dipuji Allah? Entahlah aku pun tidak tahu macam mana nak buat. Siapalah aku untuk membetulkan setiap individu supaya bersatu dalam iman yang sebenar dan cinta Rasulullah yang mendalam?

Namun aku berpesan pada diri aku sendiri, juga kepada mereka yang berkehendak kepada pesanan suyapa:
1. Tanamkan minat untuk tahu tentang islam. Minat akan menjana keinginan untuk mengetahui/mengikuti sesuatu. Kerana minat dengan bola, maka pukul 3 pagi pun kita sanggup berjaga untuk tengok `live` match. Kerana minat artis, kita pun cenderung untuk tahu latar belakangnya lalu menirunya. Maka tanamkanlah minat tentang islam dengan membaca mahupun mendengar. Demikian, pasti kita akan cenderung kepada islam lalu meniru sunnah Rasulullah.



Suasana mesjid di waktu solat 5 waktu. Tidak ramai yang mampu untuk berminat.

2. Tingkatkanlah pengetahuanmu tentang ilmu islam dengan menghadiri majlis ilmu di mesjid-mesjid yang mengadakan kuliah pendek diantara waktu maghrib dan isyak. Selain mendapat kelebihan solat berjemaah, kita dapat menambahkan ilmu tentang islam. Ini lebih selamat daripada kita belajar sendirian atau di perguruan yang sesat.


3. Carilah kawan yang mempunyai minat yang sama denganmu. Jauhkan mereka yang tidak membantumu menjadi taat kepada Allah. Kawan yang benar adalah kawan yang menegur bila kita salah. Mengingat bila kita lupa. Macam itulah sebaliknya.

Bagaimanapun hal di atas tidak akan terjana selagi kita tidak terlebih dahulu mengetahui akan matlamat dan sebab kenapa kita wujud di sini. Selagi kita terlupa yang keberadaan kita di sini cuma suatu persinggah, maka kita akan terus dilalaikan dengan arus kehidupan yang menghanyutkan kita jauh dari islam.

Ingatlah bahawa kita ini dalam satu perjalanan untuk kembali menghadap Maha Pencipta yang menciptakan kita. Di depan kita ada satu alam yang kekal abadi. Samada syurga atau neraka tempat kita, ianya adalah bergantung pada amalan kita di sini. Pilihlah untuk ke syurga dengan beramal dengan amalan ahli-ahli syurga.

Lagi sekali kita diberi pilihan untuk memilih. Maka pilihlah syurga.

WaAllahua`klam.

No comments:

Links to My Slide Picture and MOV

Untuk tidak memberatkan blog ini, semua slide boleh di'exses' melalui links di sini. Sila klik tajuk yang berkenaan.

> Kembara Madinah - Main Pasir (MOV)

> Kembara Madinah - Badar Battlefield (MOV 1) (MOV 2)

> Kembara Madinah - Uhud Battlefield (MOV)

> Kembara Madinah - Kebun Kurma

> Kembara Madinah - Mesjid Quba' (MOV)

> Kembara Madinah - Ladang Unta (MOV)

> Mesjid Nabawi As-Sareef (MOV 1) (MOV 2)
Bismillahirrohmaanirrohim

Ya Allah, Tunjukilah Kami jalan Yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang Yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang Yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang Yang sesat.

WASIAT IMAM AL-GHAZALI

3 perkara yang dengannya kita mampu untuk berzuhud:
1. Tidak mengejar kesenangan dunia yang tidak dimiliki.

2. Membahagikan kesenangan dunia yang kita miliki.

3. Tidak mengkehendaki dunia dalam hatinya dan tidak pula mengusahakannya.


" Tiada daya untuk meninggalkan maksiat dan tidak ada kekuatan untuk mengerjakan ketaatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Luhur dan Maha Agung"