Appointment Dengan Doktor

12 Aug 2009 - FBC @ 10:00 hrs

24 Aug 2009 - 4th Chemoterapy @ 09:00 hrs

Thursday, March 6, 2008

BERMUHASABAHLAH...

Bismi Allah

Lebih 1400 tahun sudah Rasulullah meninggalkan kita. Peredaran masa membawa kita ke satu zaman yang mengelirukan lantas menghanyutkan mengikut arus yang menyeleweng hingga kita tersesat jauh dari landasan yang sebenar. Aku mengajak supaya kita memperbaiki diri dengan bermuhasabah lalu mengembalikan diri di landasan yang benar sebagaimana yang digariskan oleh al-Quran dan tunjukkan oleh Rasulullah juga para sahabatnya.

Muhasabah diri.

Syeikh Abdul Kadir al-Jailani berkata: Apabila kamu bertemu seseorang, maka,

>Lihatlah kelebihan yang ada padanya dan katakanlah pada dirimu sendiri dengan berkata “Mudah-mudahan jadilah dia disisi Allah lebih baik daripada aku dan semoga Allah mengangkat darjatnya”.

>Sekiranya dia lebih muda daripada kamu, katakanlah pada diri kamu sendiri, “Dia belum lagi menderhaka kepada Allah,sedangkan aku sudah banyak mendehaka kepada Allah. Tidak ragu lagi dia lebih baik daripada aku

>Sekiranya dia lebih tua daripada kamu, katakanlah: “Dia adalah orang yang lebih dahulu menyembah dan berbakti kepada Allah daripada aku

>Sekiranya dia orang alim, maka katakanlah “Dia telah diberikan Allah apa yang aku tidak dapat dan dia mengetahui apa yang aku tidak tahu

>Sekiranya dia seorang yang jahil, maka katakanlah, “Dia adalah orang yang menderhaka kepada Allah kerana kejahilannya, sedangkan aku menderhaka kepada Allah dalam keadaan aku mengetahui. Aku tidak mengetahui bagaimana kesudahanku dan kesudahannya”.

>Sekiranya dia seorang yang kafir, maka katakanlah, “Aku tak tahu, mungkin akhirnya dia memeluk islam dan mati dalam keadaan husnul khotimah dan mungkin aku jadi kafir dan mati dalam keadaan su`ul khotimah.”

Begitulah seharusnya kita apabila melihat seseorang. Sentiasa bertawaduk dan bermuhasabah diri. Sudah menjadi lumrah insan yang bernama manusia tidak terlepas dari melakukan dosa. Samaada sengaja atau tidak. Hanya para nabi dan Rasul sahaja yang bersifat maksum yang terpelihara dari melakukan dosa yang kecil mahupun besar.

Bermuhasabah ialah mencermin diri dengan menilai dan memeriksa niat, percakapan, perlakuan dan perbuatan seharian dalam meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Setiap kesilapan, segera diperbetulkan dan setiap kebaikan diteruskan dan dipertingkatkan. Adalah menjadi kewajiban kita untuk sentiasa memohon ampun dan memperbaiki diri kearah yang lebih baik dengan bertaubat kepada Allah.

Ingatlah bahawa setiap amalan akan diperhitungkan nanti.

Wassalam

No comments:

Links to My Slide Picture and MOV

Untuk tidak memberatkan blog ini, semua slide boleh di'exses' melalui links di sini. Sila klik tajuk yang berkenaan.

> Kembara Madinah - Main Pasir (MOV)

> Kembara Madinah - Badar Battlefield (MOV 1) (MOV 2)

> Kembara Madinah - Uhud Battlefield (MOV)

> Kembara Madinah - Kebun Kurma

> Kembara Madinah - Mesjid Quba' (MOV)

> Kembara Madinah - Ladang Unta (MOV)

> Mesjid Nabawi As-Sareef (MOV 1) (MOV 2)
Bismillahirrohmaanirrohim

Ya Allah, Tunjukilah Kami jalan Yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang Yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang Yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang Yang sesat.

WASIAT IMAM AL-GHAZALI

3 perkara yang dengannya kita mampu untuk berzuhud:
1. Tidak mengejar kesenangan dunia yang tidak dimiliki.

2. Membahagikan kesenangan dunia yang kita miliki.

3. Tidak mengkehendaki dunia dalam hatinya dan tidak pula mengusahakannya.


" Tiada daya untuk meninggalkan maksiat dan tidak ada kekuatan untuk mengerjakan ketaatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Luhur dan Maha Agung"