Hari ini merupakan hari ke-12 selepas chemo. Semalam sewaktu aku berwuduk, bila aku gosok-gosok air kat dagu, berguguranlah janggut hensem aku ke lantai. Alamak...senang sangat dia tanggal. Hari ini pulak, semua bulu dah boleh tercabut bila ditarik. Mudah sangat...kecuali bulu kaki yang masih kukuh bertapak. Kalau lepas mandi tu, bila dilap dengan tuala, berterabur bulu-bulu dilantai. Alamak bakal jadi togellah aku jawapnya.
Manakala kesan yang lain...cuma kadang-kadang ada rasa mual. Macam nak muntah. Yang lain-lain, alhamdulillah... belum lagi kot.
Gambar: Janggut aku yang mula keguguran.
Tentang ubatan, ramai yang memberi saranan supaya makan itulah inilah. Ada yang kata keladi tikus, transfer factor, minum jus daun durian belanda dan macam-macam lagi samada style homopathy atau tah apa-apa. Buat masa ini aku cuma telan ubat doktor iaitu:
1. Etoricoxib 120 mg (1 tablet/day) - Ni ubat untuk apa...aku pun tak tahu.
2. Tramadol 50 mg (3 capsul/day) - Yang ni pun aku tak tahu untuk apa.
Selain itu aku juga mengamalkan minum minyak habbatus sauda dengan madu arab, 2 kali sehari. Itu saja.
Gambar: Minyak Habbatus Sauda dan Madu Arab. Dua-duanya dari arab.
Oh yer untuk pengetahuan, aku bukan buat rawatan chemo saja. Ianya dirangkaikan sekali dengan Carboplatin, Taxol dan Monoclonal Avastin. Kira power sikitlah kot. Entahlah...
Oklah cukup untuk post kali ini. InsyaAllah..
Sekian Wassalam.
4 comments:
Walangkopo,
Kena rajin-rajin makan ubat. Tabahkan hati. InsyaAllah semua ok..
Kirim salam pada kak Eylla dan family yang lain..
Moga cepat baik..be strong k. Insyaallah
Jais,
Allah maha tahu tentang apa yang diberikan untuk hambanya. Walaupun aku tahu apa yang ko rasa tapi ko lebih tahu. Cuma doa aku semoga Allah mudahkan segala urusan ko dalam mengharungi dugaan ini dan moga juga kesembuhan insya Allah Jais.....Allah Kareem
insya allah,
moga2 2 produk tu mujarab seperti yang diwar2kan..
Post a Comment