Appointment Dengan Doktor

12 Aug 2009 - FBC @ 10:00 hrs

24 Aug 2009 - 4th Chemoterapy @ 09:00 hrs

Thursday, September 17, 2009

SELAMAT HARI RAYA, Eid Mubarak

Bismi Allah.
Assalamualaikum. Diam tak diam, dah tinggal 2 hari saja kita akan berpuasa dan terus meninggalkan bulan yang penuh keberkatan ini. Macamana dengan prestasi puasa, terawih dan lain-lain ibadah pada tahun ini? Adakah semakin baik dari yang lepas-lepas?

Baiklah, bercerita tentang aku pulak, selepas 4th kemo tempohari, keadaan aku agak tak menentu. Yang paling ketara aku cepat rasa mengah-mengah. So, kerananya aku tidak dapat bergerak sangat. Pergi toilet pun boleh mengah. Maka aku hentam tidor/baring jer.

Pada 14th Sept lepas aku sepatutnya menjalankan 5th kemo. Olehkerana keadaan aku yang agak lemah, berat yang semakin turun (skrg 35kg), aku mintak ditangguhkan sehingga lepas raya nanti. So, aku pun di x-ray. Doktor kata terdapat sedikit air diantara jantung dan paru-paru. Tapi taklah banyak sanyat. Dia bagi antibiotak jer.

Dalam beberapa minggu yang lepas, terdapat ramai sahabat-sahabat yang datang menziarah aku. Aku ucap terima kasih banyak-banyak kerana masih mengingati aku. Antara mereka ialah:
1. Hasruddin Roslani -x-UTM
2. Zabri, Surip, Sahak - x-natoleo
3. Irwan Wira n famly - x-Titan (BASF Kuantan)
4. Wahab Tahir dan Khairuzane - x-TITAN
5. Safawi dari Yanbu (Antar air zam-zam n kurma jer)
6. LOBO n family dari Yanbu.

Lagi sekali ribuan terima kasih pada mereka.

Sekian Wassalam.

JMD

Tuesday, August 25, 2009

CT Scan dan 4th Chemotherapy

BismiAllah.

Diam tak diam dah lama juga aku tak update blog ni. Bukan pasal apa...kebelakangan ni aku agak tidak berapa sihat. Dilanda mual, loya dan akhirnya muntah-muntah. So badan aku jadi tersanagt lemah. Hari ini (25 Aug 09), selepas complete 4ty chemotherapy...alhamdulillah agak bermaya sikit.

So semalam, 24 Aug aku telah menjalani ujian CT scan untuk memantau progress chemo yang sedang aku jalani. Lama juga baru nak siap... Jenuh menunggu. Setelah mendapat keputusan scan tu Dr Radzi membuat kesimpulan bahawa rawatan yang sedang aku jalani tu...memang bersesuaian. Dari scan tu, lebih kurang 50 - 60% sel kanser tu dah tak kelihatan...kira macam hilanglah kot. Alhamdulillah... dia kata insyaAllah aku boleh baik.

So, aku meneruskan chemotherapy yang pada 25 Aug tadi. Semuanya ok. Alhamdulillah..cuma cost kali ni agak mahal kerana termasuk dengan cost CT scan tu. Insurance (bini aku punya) pun dah menghampiri limit. Tengoklah macammana pulak lepas ni. Kemungkinan akan berpindah ke HSI, kerana lebih murah sikit...(tapi sebenarnya tak sama dose dengan yang aku buat sekarang ni). Pasal kalau nak yang 2 or 3 ribu punya kos pun JSH ada buat. Tapi Dr cakap, kesannya slow sikit....so kena buat banyak cycle pulak. Campur tolak...sama jugak! Emmm tengok ajelah macamana....

Gambar: Di bilik CT scan. Suspen jugak beb. Kene cucuk jarum kat tangan tu yang tak best tu. Tapi aweklah yang cucuk..

Cerita VIOS dan MyVi
Pada 17 Aug yang lalu, berlakulah acara penyerahan kereta Vios aku pada tokey kedai kat Tampoi... emm sedih jugak. Vios aku tu laku RM 51000 jer. So, dapatlah sikit cash untuk aku dumpkan pada MyVi. Nasib baik Vios aku tu laku..masih ada harga... kalau macam kereta KIA, Citra... jawab bagi kat kedai saja-saja..

Gambar: Pose Vios aku yang terakhir di depan rumah aku. Tulah dia muka cina yang beli kereta aku..

Gambar: Hilang JHN 4900...datang JLT 4900... Emm best jugak beb bawak MyVi ni.

Tadi 25 Aug, kereta MyVi aku dah siap. Ready to drive. Aku pun pergi lah ambiknya di Tmn Perling. Emm lagi syok bawak MyVi ni.. dia pakai timing chain jugak, ada overdrive, radio ada bluetooth, RM 60 dah full tank. Brek dia aje yang agak kureng...tapi boleh adjust kot. Apa-apa hal aku punya monthly expenses dah kurang banyak. Itulah matlamatnya...

Oklah setakat sini dulu untuk kali ini. Sekian wassalam.

JMD@tmnscientex.PG

Sunday, August 16, 2009

Jejak Kasih

Bismillah.
Semalam, Sabtu 15 August 2009.. tercatat sejarah...apabila bertemunya sahabat-sahabat aku yang sama-sama belajar di UTM (sesi 1988 - 1991) Diploma Kejuruteraan Kimia. Jutaan terima kasih atas kesudian mereka yang datang menziarahi aku. Kepada yang tidak berkesempatan.. insyaAllah aku sentiasa menunggu.

Antara yang menjenguk aku ialah.. Adi Rumi, Saad, Gadong, Zul Hamid, Dwen, Ijad, Azmi, Wan Rushdan dan Bor. Olehkerana kami dah tak pernah berjumpa selama lebih kurang 20 tahun...maka, macam-macamlah cerita lama dan baru yang diborakkan. Emm memang seronok. Kalau lagi ramai yang datang, lagilah lebih seronoknya....
Gambar: Barisan bekas student DKK 8891 UTM. Masing-masing dah boroi dah.. Aku jer yang kecut (tapi sebelum ni dah boroi jugak).


Gambar: Haa inilah figure terbaru Khairulazam bin Maksum @ Benn.

Pada sebelah paginya, Benn sempat menjenguk aku sebelum dia balik ke kampung. So, dia kirim salam pada semua dan mintak maaf kerana tidak dapat join dalam jejak kasih pada petang tu. InsyaAllah boleh bertemu dilain waktu... Untuk info, dia berkerja dan stay di Pasir Gudang.

Ohyer kepada kawan-kawan bekas pelajar DKK 8891, UTM bolehlah ke ruangan forum untuk kita terus berkomunikasi dan terus menjalin silaturrahim. Ruang ini disediakan oleh Gadong.

> Alumnis DKK88: http://www.hostingphpbb.com/forum/dkk88.html

Oklah sekian Wassalam.

JMD@tmnscientex.PG

Friday, August 14, 2009

Jarak 1 tahun Yang Berbeza

Bismi Allah.
Bulan ni..kalau tahun lepas, aku baru jer sampai ke Saudi Arabia. 14 August merupakan hari pertama aku berada di Arab.
TAHUN LEPAS (2008):
Gambar: Keadaan aku pada tarikh yang sama..tahun lepas. Hensem giler. Janggut lebat, muka pun tembab lagi. 57 kilo beb!!

TAHUN INI (2009):
Gambar: Sekarang... Janggut pun dah hilang dah. Cengkung giler.. Dah kurang hensem... 38 kilo jer!!!

Emm dah jauh beza kan? Sabar jerlah...

Oklah Sekian saja untuk memory aku...

Wassalam.

JMD@tmnscientex.PG

klik: http://walangkopo.slide.com/ untuk tengok gambar last year.

Wednesday, August 12, 2009

Blood check dan MyVi SE

Bismi Allah.

Tadi, aku selesai buat blood check. Alhamdulillah resultnya.. getting better. Highlighted composition cuma tinggal 4 jer. Kalau dulu... melambak yang di'highlighte'kan. Olehkerana semuanya okey...aku pun terus ler rayau-rayau kat zon bebas cukai. Saja jer jalan-jalan cari makan.

Gambar: Tu dia...aku siap dengan 'mask'.

Semenjak hari-hari ada kematian pasal H1N1 ni.. kenalah aku ambik langkah berhati-hati. Maklumlah antibodi aku tengah tak kuat nak melawan penyakit berjangkit nih... So, kenalah pakai face mask bila berada di kawasan yang agak sesak. Tadi di hospital pun, semua orang kena check suhu badan sebelum masuk ke kawasan hospital. Emm takut jugak yer tak?

Gambar: Sementara menunggu result darah... Lebih kurang 30 hingga 40 minit.

Melawat Perodua Tmn Perling.
Selesai aku rayau the zon... aku pun pergilah ke Perodua. Saja nak cari kereta baru. Kereta yang murah. Dah tak mampu nak bayar vios dah. So, for info... memang aku dah jual dah vios tu. Upacara handing overnya akan berlaku pada hari Isnin ini. Dah ada buyer dah.... Biasalah nak reduce expenses... gaji dah tak dak...kos rawatan aku mahal. So, aku need more money. Maka terpaksalah back off dulu sampai kesihatan aku kembali seperti sedia kala.
Gambar: MyVi SE jadi pilihan. Cun! 52K lebih kurang. Pearl white...
Finally MyVi yang terkenan dihati... Haa ni monthly below RM300. Ni, kalau aku dah tak de pun..insyaAllah bini aku mampu bayar. Berbanding vios yang monthlynya RM9++. Emm banyak lagi yang aku tengah berkira-kira untuk reduce expenses ni.

Gambar: Pandangan bontot MyVi...
Oklah stakat ni dulu untuk kali ini... Kepada kawan-kawan di Yanbu, aku rindu kalian!!!! Dah teringin nak pekena Laham Mandy nih... Kepada kawan-kawan DKK 8891... aku tunggu kedatangan rombongan kalian pada Ahad ini. Emmm suspen jugak nak bersua kawan-kawan yang sudah 20 tahun tak jumpa....
Sekian Wassalam.
>>

Tuesday, August 11, 2009

Lobsterlah pulak!

Bismi Allah.

Entah macamana tiba-tiba pada petang tu, tekak aku nak makan shark fin pulak. Memang dah lama tak pekena shark fin ni. Tapi kat mana aku nak dapatkannya? Kalau kat Singgah Selalu... jauh tu... kat Danga Bay!! Haa baru aku ingat. Kat Kong Kong ada. Aku pernah pekena shark fin kat sini beberapa tahun yang lalu.

So, tanpa banyak songel... petang tu, aku pun menuju ke Kong Kong, kampung Bahrin. Haa ada lagi pun restorannya.. Sampai jer kedai tu.. alamak lobster pun adalah! Teringin jugak nak pekene lobster. Memang tengah musim lobster nih. Ketam bangkang pun ada. Apa lagi...semuanya aku tapau.

Gambar: Tu diaa...lobster. Tengah musim kata dia.

Sementara tunggu order siap dimasak...sempatlah aku anak beranak berposing kat situ.


Gambar: Aku n anak-anak. Abdurrahman Sudais, Muawiyyah Sufyan, Syamil Amzar & Yasmin Nurzayan.


Gambar: Ketam bangkang masak telur masin. Nak best...masak black pepper!!

Gambar: Lobster masak cheese.. Perghh lemak gila... Ting-tong kepala aku pas pekene lobster nih.

Tulah...malam tu aku tak leh bangun. Lemak sangat kot lobster ni. Dah macam makan kambing rasanya...

Sekian wassalam

JMD@tmnscientex.PG

>>

Sunday, August 9, 2009

3rd Chemotherapy - 3 Aug 09

Bismillah.

Alhamdulillah... pada 3 August yang lalu aku selesai membuat kemoterapi aku yang ke-3. Olehkerana Dr Radzi tidak ada...dia diganti dengan Dr Azura dari HKL. So, minah ni agak slow sikit. Jam 1 petang baru aku dapat buat kemo tersebut. So...jam 6 petang baru selesai! Sampai rumah dah malam.

3rd kemo ni, aku rasa agak cepat sikit effectnya. Masuk hari ke-2 bulu-bulu dah mula gugur. Kalau sebelum ni, masuk minggu ke-2 barulah nampak kesannya. So far..alhamdulillah agak bertenaga sikit. Dah boleh pergi berjemaah di mesjid dah. Cuma lum pegi kuliah ustaz jer... InsyaAllah... coming soon.
Gambar: Macam biasa...mula-mula kena cucuk ubat dulu. Tadah ajer ler...


Gambar: Emm dah start masuk ubat...apa lagi.. tidur ler...

So, next appointment for blood check ialah Rabu, 12 August ni. Dan 4th kemo on 24th August nanti. Kalau tak salah...dah bulan puasa tu... Emm mudah-mudahan aku sempat berpuasa pada tahun ni. Tahun satu lagi? WaAllahuaklam... so, tahun ni kena buat yang tip top punya! Manalah tahu yang ini merupakan puasa terakhir aku? Yer tak?

Kalau bualan puasa ni...macam biasalah.. Ust Esa akan buat tazkirah selepas terawih. Haa pada yang berada di sekitar Pasir Gudang ni, jomlah kita berterawih di Surau al-Bararah, Kampung Cahaya Baru. Pasti best!!!

Oklah setakat sini dulu. Sekian Wassalam.

JMD@tmnscientex.PG

Tuesday, July 28, 2009

Peristiwa Satu Minggu

Bismi Allah.
Peristiwa 1: Ziarah Mahfiz di Hospital
Minggu lepas, selepas ngeteh dengan Haji Azhar di Kg. Melayu, aku pergi pulak ziarah Mahfiz di Hospital Penawar. Macam biasalah si Mahfiz tu... darahnya naiklah tu. Aku rasa dah 3 kali kot di dimasukkan ke wad kerana darah tingginya tu...
Gambar: Pesakit melawat pesakit. Ada ker jadi pesakit posing terkangkang cam tu... Hehheh...

Peristiwa 2: Kunjungan Selepas 20 tahun tak jumpa!
Minggu lepas aku dikunjungi sahabat lama dari Kuantan. SubhanaAllah!!! Seronoknya aku dapat jumpa kawan semasa di UTM, 20 tahun lalu. Terharu juga aku. Dia datang selepas mendapat tahu sakit aku ni melalui Nazri x-TPE yang datang menjengok aku bersama Mat Lazim, kelmarin.
Itulah dia Saat Norazman. Terima kasih bebanyak. Dia masih macam dulu...cuma rambutnya saja yang semakin membotak... macam rambut aku. hehehe jangan marah! So, dengan kedatangan dia tu... terbukalah cerita-cerita lama. Bertanya berita rakan-rakan yang lain. Emm kat sini sempat aku postkan beberapa gambar 20 tahun yang lalu.
Gambar: Saat Norazman, sekarang berkerja di Polyplastic, Kuantan.

Kemudian dari itu... ada ramai lagi sahabat-sahabat yang menalifon aku. Antaranya Gadong, Jipak, Mahmud, Azmi, TNC dan beberapa lagi. Terima kasih bebanyak kerana masih mengingati.

Gambar: Tahun 1991. Hari ambik diploma. Maksum mana?

Gambar: Dari belakang kanan: Gadong, Bob, Aku, Saat, Sirajuddin dan Mie. Duduk dari kanan: Hamid, Maksum, Mior dan Jipak.


Gambar: Tahun 1989.. hari last di Kampus Skudai. Pas tu kitaorang mengganas di kampus KL.

Peristiwa 3: Kunjungan Dari Yamen.

Minggu lepas juga aku dikunjungi oleh boss lama iaitu Yahya Ahmad Yon. Kunjungan ni agak emosional sikit. Kebetulan aku tengah tak larat kebelakangan ini. Bila kami berjumpa... kami berpelukan. Tanpa sedar... air mata mengalir. Maasha Allah... semuanya automatic. Begitu syahdu. Anyway, terima kasih kepada A.Y.Yay... dia sedang bercuti sekarang ni.

Keadaan Aku.

Keadaan aku sekarang ni.. alhamdulillah. Tapi.. 2 minggu lepas kemo ni.. aku rasa dah hilang semula selera makan. Dah start muntah-muntah. Keadaan macam ni yang tak sedap ni. Aku jadi lemah.. tak bermaya. Sabar jer lah.

Aku mula mengira, mencongak beberapa contigency plan bagi menghadapi beberapa kemungkinan kegawatan ekonomi. Banyak yang nak di ambik kira. Emm tak pelah... Aku PKlah sendiri...

Sekian Wassalam

JMD@tmnscientex.PG

>>

Wednesday, July 22, 2009

Kunjungan Dari Kuantan

Bismi Allah.

Siang tadi adalah hari ke-9 after 2nd chemotherapy aku, so kenalah pergi ke Johor Specialist Hospital untuk buat blood test. Kali ini aku ditemani oleh Bujang dan Zuraimi yang dengan sukarela hendak menghantar aku ke JSH. Terima kasih bebanyak pada mereka berdua.

Lebih kurang jam 10:15 am aku sampai dan terus menunggu giliran untuk ambil darah. Kali ini aku juga meminta MC untuk bulan August dan juga menyerahkan beberapa form insuran bertujuan untuk memohon pengecualian. Ingatkan free jer...rupanya kena bayar! Satu form kena caj RM 95/ perghhh... Duit saja spital ni! Dahlah sekali chemotherapy dia caj 10 ribu lebih... Urusan isi borang pun dia nak pow juga!!


Gambar: Haaa inilah dia gerangan yang berbaik hati... nak temankan aku ke Klinik Onkologi.

Lebih istimewa... hari ini aku dikunjungi sahabat lama x-Titan, dari Kuantan. Mereka ialah Mohd Lazim, Hamizan dan Nazri (x-TPE). Alamak!! sangat mengharukan aku kerana diaorang datang dari sana...semata-mata nak ziarah, bertanya khabar aku. Olehkerana kebetulannya aku berada di JSH, so diaorang terus menuju ke sana.

Rasanya hampir 10 tahun aku tidak berjumpa diaorang. So panjanglah ceritanya. Bertanya khabar kawan-kawan lain disana... emmm macam-macam cerita! So, dapatlah info tentang kawan-kawan di Kuantan yang dah lama berpisah.

Gambar: Ingat lagi tak? Dari kiri: Hamizan, Mat Lazim, Aku dan Nazri di Lobby Oncology Dept.

Selain itu dapat juga info kawan-kawan x-UTM aku yang berada disana melalui diaorang. Diantaranya Saad Norazman (polyplastic), Mohd Zafir Junid (x-manager polyplastic), Suhaimi (bonzer) Saad (BASF), Norhisham Razali (BASF) dan beberapa lagi geng DKK (1988-1991) UTM. So kepada mereka yang terbaca blog ni... contectlah aku beb... Kat Pasir Gudang ni cuma aku dengan Ben 'Maksum' jer. Si Bor pun dah lama aku tak nampak.

Gambar: Ngeteh di Soto Power Pak Abu di Taman Scientex... sebelum diaorg bertolak balik.

Settle urusan aku di hospital (result darah aku... Alhamdulillah no problem... sel darah putih masih on spec), kitaorang pun pergilah makan-makan. Kemudian menuju pulak ke Pasir Gudang. Singgah di rumah Bujang dan beborak sekejap di rumah aku.

Gambar: Selamat Jalan... Lazim dengan Wishnya bertolak balik ke Kuantan pada jam 5:30 ptg.

Habis ngeteh, diaorang pun berundur diri untuk balik ke Kuantan. Emm lepak tuuu... balik hari! So, terima kasihlah bebanyak pada mereka kerana sudi menziarah aku di sini. Mudah-mudahan Allah balas mereka dengan ganjaran kebaikan di dunia dan akhirat. Amin.

InsyaAllah kalau panjang umur... aku pun nak berziarah kawan-kawan di sana.

Sekian Wassalam.

JMD@tmnscientex.PG

>>

Links to My Slide Picture and MOV

Untuk tidak memberatkan blog ini, semua slide boleh di'exses' melalui links di sini. Sila klik tajuk yang berkenaan.

> Kembara Madinah - Main Pasir (MOV)

> Kembara Madinah - Badar Battlefield (MOV 1) (MOV 2)

> Kembara Madinah - Uhud Battlefield (MOV)

> Kembara Madinah - Kebun Kurma

> Kembara Madinah - Mesjid Quba' (MOV)

> Kembara Madinah - Ladang Unta (MOV)

> Mesjid Nabawi As-Sareef (MOV 1) (MOV 2)
Bismillahirrohmaanirrohim

Ya Allah, Tunjukilah Kami jalan Yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang Yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang Yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang Yang sesat.

WASIAT IMAM AL-GHAZALI

3 perkara yang dengannya kita mampu untuk berzuhud:
1. Tidak mengejar kesenangan dunia yang tidak dimiliki.

2. Membahagikan kesenangan dunia yang kita miliki.

3. Tidak mengkehendaki dunia dalam hatinya dan tidak pula mengusahakannya.


" Tiada daya untuk meninggalkan maksiat dan tidak ada kekuatan untuk mengerjakan ketaatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Luhur dan Maha Agung"