Bismillah.
Kerajaan BN baru saja mengumumkan harga baru petrol dengan peningkatan RM0.78 seliter. SubhanaAllah. Satu kenaikan yang tersangat tinggi bagi aku. Yang pastinya selepas ini harga barang keperluan juga akan melambung. Maka kita punya overhead cost bulanan juga akan menaik, sedangkan gaji kita naik tak seberapa.
Bila dirunung-runungkan, mencongak-congak perbelanjaan untuk bahan api kereta aku, kereta aku sekarang full tanknya mencecah RM 121.50! berbanding RM 86.40 pada harga lama. Wow! dah macam pakai mazda RX7 rasanya. Itu bagi kereta yang tank kapasitinya 45 liter. Kalau Naza Ria? Merc? Perghhhh
Kereta aku (vios 1.5G) fuel consumptionnya lebih kurang 13.5 km/liter. Bermakna setiap 1 kilometer mencekik minyak sebanyak RM0.20 sekarang ni. Tergerak juga rasa nak memasang system NGV. Emm memang banyak keuntungan jangka panjangnya tu....
Pendek ceritanya, keseluruhan perbelanjaan kita akan meningkat... Nak marah kat sapa? Pak Lah? Tak, bukan Pak Lah, tapi orang yang memangkah Pak Lah. Macam aku memang layaklah rasa tidakpuas hati, pasal aku penyokong Tok Guru. Sapa yang sokong BN mesti tersenyum girang dengan kenaikan ini, dengan berpusu-pusu men'top up' fuel tank kereta masing-masing di stesen-stesen minyak seluruh negara.
Namun teringat pula aku kata-kata Ust Arshad Al-Banjari.. "harga barang naik tu satu hal. Ni amalan akhirat kita ni, bila nak dinaikkan?" Itulah yang ada pada diri orang yang benar-benar beriman. Mereka meletakkan keriasauannya hanya dalam urusan akhirat. Bimbang kalau-kalau Allah menarik segala nikmat yang dengannya memudahkan kita untuk beramal. Maka, janganlah kerana kos bahanapi sudah naik, kita pun dah tak nak berjemaah di mesjid. Istiqomahlah untuk terus berbuat sebaik-baik amal walaupun mahal. Sesungguhnya ganjaran yang Allah bagi turut bertambah. InsyaAllah. Namun aku tidak pernah redha dengan pemerintah yang membelakangkan hukum Allah. Takbir! Takbir! Takbir!
WaAllahuaklam
Appointment Dengan Doktor
12 Aug 2009 - FBC @ 10:00 hrs
24 Aug 2009 - 4th Chemoterapy @ 09:00 hrs
24 Aug 2009 - 4th Chemoterapy @ 09:00 hrs
Wednesday, June 4, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Links to My Slide Picture and MOV
Untuk tidak memberatkan blog ini, semua slide boleh di'exses' melalui links di sini. Sila klik tajuk yang berkenaan.
> Kembara Madinah - Main Pasir (MOV)
> Kembara Madinah - Badar Battlefield (MOV 1) (MOV 2)
> Kembara Madinah - Uhud Battlefield (MOV)
> Kembara Madinah - Kebun Kurma
> Kembara Madinah - Mesjid Quba' (MOV)
> Kembara Madinah - Ladang Unta (MOV)
> Mesjid Nabawi As-Sareef (MOV 1) (MOV 2)
> Kembara Madinah - Main Pasir (MOV)
> Kembara Madinah - Badar Battlefield (MOV 1) (MOV 2)
> Kembara Madinah - Uhud Battlefield (MOV)
> Kembara Madinah - Kebun Kurma
> Kembara Madinah - Mesjid Quba' (MOV)
> Kembara Madinah - Ladang Unta (MOV)
> Mesjid Nabawi As-Sareef (MOV 1) (MOV 2)
Bismillahirrohmaanirrohim
Ya Allah, Tunjukilah Kami jalan Yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang Yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang Yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang Yang sesat.
Ya Allah, Tunjukilah Kami jalan Yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang Yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang Yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang Yang sesat.
WASIAT IMAM AL-GHAZALI
3 perkara yang dengannya kita mampu untuk berzuhud:
1. Tidak mengejar kesenangan dunia yang tidak dimiliki.
" Tiada daya untuk meninggalkan maksiat dan tidak ada kekuatan untuk mengerjakan ketaatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Luhur dan Maha Agung"
1. Tidak mengejar kesenangan dunia yang tidak dimiliki.
2. Membahagikan kesenangan dunia yang kita miliki.
3. Tidak mengkehendaki dunia dalam hatinya dan tidak pula mengusahakannya.
" Tiada daya untuk meninggalkan maksiat dan tidak ada kekuatan untuk mengerjakan ketaatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Luhur dan Maha Agung"
1 comment:
salam dol!
ko yang dpt gaji besor pun merungut, apa lagi aku ni yg gaji tak besor mcm ko....anyway lps ni bole la aku slalu tompang hang gi masjid @ kuliah...
Post a Comment