Appointment Dengan Doktor

12 Aug 2009 - FBC @ 10:00 hrs

24 Aug 2009 - 4th Chemoterapy @ 09:00 hrs

Sunday, June 15, 2008

Syarah Audio BELITAN IBLIS, completed!!

Bismillah. Alhamdulillah dan selawat dan salam keatas junjungan baginda Rasulullah SAW.

Memang sudah lama aku tidak update blog ni. Bukan apa, cuma aku penuhi peluang free aku dengan menghabiskan kerja-kerja meng'upload'kan sepenuhnya syarah audio kitab BELITAN IBLIS oleh Ibnu Jauzi yang disyarahkan oleh yang dikasihi al-Fadhil Ustaz Mat Esa Deraman. Ianya mengandungi 169 siri audio yang dirakamkan menggunakan MP3 player, dalam format WAV. Penggumpulannya dijalankan oleh sahabat-sahabat yang mengikuti kuliah tersebut sedari mula hingga akhir.

Kuliah bagi kitab BELITAN IBLIS ini bermula pada 23 APRIL 2005 dan berakhir pada 22 APRIL 2007 (genap 2 tahun pengajian). Usaha ini di'dedicated'kan to all yang mengikuti keseluruhan kuliah, yang separuh jalan dan yang tidak berkesempatan langsung. Maka dengan adanya option sebegini, tidak ada alasan bagi kita untuk tidak berkesempatan untuk menimba ilmu khazanah islam. Semuanya atas mahu kita. Kalau kita mampu meluangkan masa 90 minit untuk layan euro2008, kenapa kita tidak mampu luangkan 45 minit untuk mendengar kuliah ini? InsyaAllah.. mudah-mudahan kita sentiasa dibawah petunjuk-Nya.
Klik di BELITAN IBLIS untuk meng'ekses' ke laman ceramah tersebut. Kita boleh mendengarnya secara online. Kitab ini mensyarahkan bagaimana liciknya iblis laknatullah membelit orang beriman. Dapatkan sendiri kitabnya dan dengar pula huraiannya dari audio tersebut. Memang best!! 6 bintang!.
Wasalam

No comments:

Links to My Slide Picture and MOV

Untuk tidak memberatkan blog ini, semua slide boleh di'exses' melalui links di sini. Sila klik tajuk yang berkenaan.

> Kembara Madinah - Main Pasir (MOV)

> Kembara Madinah - Badar Battlefield (MOV 1) (MOV 2)

> Kembara Madinah - Uhud Battlefield (MOV)

> Kembara Madinah - Kebun Kurma

> Kembara Madinah - Mesjid Quba' (MOV)

> Kembara Madinah - Ladang Unta (MOV)

> Mesjid Nabawi As-Sareef (MOV 1) (MOV 2)
Bismillahirrohmaanirrohim

Ya Allah, Tunjukilah Kami jalan Yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang Yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang Yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang Yang sesat.

WASIAT IMAM AL-GHAZALI

3 perkara yang dengannya kita mampu untuk berzuhud:
1. Tidak mengejar kesenangan dunia yang tidak dimiliki.

2. Membahagikan kesenangan dunia yang kita miliki.

3. Tidak mengkehendaki dunia dalam hatinya dan tidak pula mengusahakannya.


" Tiada daya untuk meninggalkan maksiat dan tidak ada kekuatan untuk mengerjakan ketaatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Luhur dan Maha Agung"