Appointment Dengan Doktor

12 Aug 2009 - FBC @ 10:00 hrs

24 Aug 2009 - 4th Chemoterapy @ 09:00 hrs

Thursday, June 5, 2008

Formula Kebahagiaan Sejati

Bismi Allah.
Alhamdulillah, bicara dari kitab taqarrub dikongsi semula. Kali ini membicarakan hal kebahagiaan. Mudah-mudahan memberi manfaat kepada semua.

Terdapat pelbagai-bagai tafsiran dan formula menggapainya tentang kebahagiaan yang selari dengan pegangan masing-masing. Hindu, Buddha, ahli falsafah Yunani, fahaman materialisme dan macam-macam lagi yang seumpamanya menterjemahkan hal kebahagiaan ini. Namum kita sebagai orang islam, mengembalikan rujukan tersebut kepada Allah dengan merenung dan mempelajari hikmah yang diajarkan melalui Rasulullah SAW.

Secara mudahnya, formula tersebut ialah sebagaimana firman Allah:
1. Demi Masa!
2. Sesungguhnya manusia itu Dalam kerugian -
3. kecuali orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan Dengan kebenaran serta berpesan-pesan Dengan sabar.

Ayat tersebut menjelaskan 4 perkara yang menghindarkan kita daripada kerugian dan kecelakaan justeru menjadi formula kepada kebahagiaan:
1. Iman
2. Amal soleh atau taqwa
3. Saling berpesan kepada kebenaran
4. Saling berpesan dengan kesabaran.

Faktor Iman
Iman menjadi faktor utama memungkinkan seseorang berbahagia sebagaimana firman Allah:
"Sesungguhnya berbahagialah orang-orang Yang beriman." (al-Mukminun:1)

"Dia lah Yang menurunkan semangat tenang tenteram ke Dalam hati orang-orang Yang beriman supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta Dengan iman dan keyakinan mereka Yang sedia ada;" (al-Fath:4)

"(Iaitu) orang-orang Yang beriman dan tenang tenteram hati mereka Dengan zikrullah". ketahuilah Dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia." (al-Ra'd:28)

Terdapat bayak lagi dalil yang menerangkan bahawa iman adalah faktor utama kepada kebahagiaan. Sebaliknya, tanpa iman, sesorang tidak mungkin menemukan kebahagiaan sejati. Firman Allah:
"Dengan Yang demikian, tidaklah ada Yang lebih zalim daripada orang Yang berdusta terhadap Allah, atau Yang mendustakan ayat-ayatNya. Sesungguhnya orang-orang Yang berdosa itu tidak akan berbahagia." (Yunus:17)

Faktor Amal Soleh dan taqwa
Kesan dari pancaran keimanan yang bersarang didada itu tadi akan menterjemahkan kepada tindakan amal soleh atau taqwa. Secara tidak langsung tindakan kita menjadi ukuran kepada keimanan dalam dada. Firman Allah:
"sesiapa Yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka Sesungguhnya Kami akan menghidupkan Dia Dengan kehidupan Yang baik (bahagia); dan Sesungguhnya Kami akan membalas mereka, Dengan memberikan pahala Yang lebih dari apa Yang mereka telah kerjakan." (al-Nahl:97)

"orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, beroleh kebahagiaan Yang amat mengembirakan dan tempat kembali Yang sebaik-baiknya." (al-Ra'd:29)

Jelaslah bahawa kebahagiaan yang dijanjikan bukan saja di dunia, malah di akhirat kelak kepada mereka yang beriman dan mengerjakan amalan soleh. Terdapat banyak lagi dalil-dalil yang membawa kepada maksud yang seumpamanya. Gandingan iman dan amalan soleh (taqwa) mesti seiring. Amal kebaikan tanpa iman atau sebaliknya, tidak termasuk didalam golongan tersebut.

Begitulah 2 faktor yang menjurus kepada kebahagiaan sejati. Dalam perbicaraan akan datang akan diterangkan pula 2 faktor yang lain. InsyaAllah.

WaAllauaklam

No comments:

Links to My Slide Picture and MOV

Untuk tidak memberatkan blog ini, semua slide boleh di'exses' melalui links di sini. Sila klik tajuk yang berkenaan.

> Kembara Madinah - Main Pasir (MOV)

> Kembara Madinah - Badar Battlefield (MOV 1) (MOV 2)

> Kembara Madinah - Uhud Battlefield (MOV)

> Kembara Madinah - Kebun Kurma

> Kembara Madinah - Mesjid Quba' (MOV)

> Kembara Madinah - Ladang Unta (MOV)

> Mesjid Nabawi As-Sareef (MOV 1) (MOV 2)
Bismillahirrohmaanirrohim

Ya Allah, Tunjukilah Kami jalan Yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang Yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang Yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang Yang sesat.

WASIAT IMAM AL-GHAZALI

3 perkara yang dengannya kita mampu untuk berzuhud:
1. Tidak mengejar kesenangan dunia yang tidak dimiliki.

2. Membahagikan kesenangan dunia yang kita miliki.

3. Tidak mengkehendaki dunia dalam hatinya dan tidak pula mengusahakannya.


" Tiada daya untuk meninggalkan maksiat dan tidak ada kekuatan untuk mengerjakan ketaatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Luhur dan Maha Agung"