Appointment Dengan Doktor

12 Aug 2009 - FBC @ 10:00 hrs

24 Aug 2009 - 4th Chemoterapy @ 09:00 hrs

Sunday, June 1, 2008

Perbandingan harga minyak.

Bismillah. Berikut adalah artkel yang aku copy and paste hasil tulisan Anakbapak tenteng bandingan minyak.

Kajian terbaru yang dibuat oleh AIRINC, Associates For International Research Inc. yang berpengkalan di Amerika antara Mac 17 hingga April 1, 2008 telah menunjukkan bahawa Malaysia adalah antara negara pengeluar minyak yang mempunyai harga minyak petrol domestik yang amat tinggi.

Berdasarkan harga RM1.92 seliter dan 1 gelen bersamaan 4 liter, maka harga minyak petrol negara ialah USD2.40 segelen. Ini meletakkan negara kita di nombor melebihi 35 antara negara-negara yang paling murah harga minyak petrol domestic.

Berikut adalah perbandingan harga-harga minyak petrol negara lain untuk perbandingan berdasarkan USD segelen:
1. Venezuela 12 cents
2. Iran 40 cents
3. Saudi Arabia 45 cents
4. Libya 50 cents
5. Swaziland 54 cents
6. Qatar 73 cents
7. Bahrain 81 cents
8. Egypt 89 cents
9. Kuwait 90 cents
10. Seychelles 98 cents
38. Malaysia $2.40
45. United States $3.45

Perhatikan betapa murahnya harga minyak di negara-negara pengeluar minyak lain seperti Venezuela , Iran , Arab Saudi dan Libya . Malah di negara yang bukan pengeluar minyak seperti Swaziland dan Seychelles pun harganya amat murah.

Anak Bapa: Persoalannya kenapa harga minyak negara kita sangat mahal sedangkan kita adalah negara pengekspot minyak dunia. Mudah…..kerana kita mempunyai pemimpin yang tidak cekap dan hanya mementingkan dirimereka dan puak mereka sahaja.

Thanks & Best Regards,

Anakbapak.

Wasalam

3 comments:

Anonymous said...

Jais, lagi bagus kalau harga minyak ni tak ada subsidi. Memang la kita kena bayar mahal, tapi orang yg memang guna minyak banyak, biar depa kena bayar lagi mahal. Ini depa enjoy subsidi pulak. aku pakai kancil dengan kapchai aje. berapa sangat pun kalau harga minyak naik.

Anonymous said...

Anuar Amaji wrote: Setuju tu!! Lagipun berapa banyak la export minyak kita nie. Kat terengganu ni dah nak kering dah.. sedut air adalaa
kalau tak dah ada kilang penapisan baru dah kat sini. Gas pun boleh bertahan 30thn jer. anak cucu cicit kita balik ke zaman dulu lahh.

Anonymous said...

Sekarang minyak dah naik. Memang membebankan, tapi Alhamdulillah sebenarnya. Masyarakat kita dah boleh start berfikir macamana cara berjimat dan issue2 yg lebih penting (pendidikan anak2, pemakanan yg sihat etc) instead of berfikir yg lebih nak ikut nafsu..(bila nak pakai Aeras, extend rumah, beli tv 48", tukar handphone dsb). Subsidi minyak sebenarnya antara yg menyebabkan harga minyak dunia naik. Bila pengguna tak rasa harga minyak sebenar, mereka (termasuk kita la) akan guna minyak semaksimum mungkin dan pembaziran berlaku. Permintaan terhadap minyak akan terus bertambah dan harga minyak naik. Dua ekonomi terbesar sekarang, India dan China, masih lagi ada subsidi minyak dah orang di sana terus menggunakan minyak secara tak cermat.

- anonymus post pertama diatas

Links to My Slide Picture and MOV

Untuk tidak memberatkan blog ini, semua slide boleh di'exses' melalui links di sini. Sila klik tajuk yang berkenaan.

> Kembara Madinah - Main Pasir (MOV)

> Kembara Madinah - Badar Battlefield (MOV 1) (MOV 2)

> Kembara Madinah - Uhud Battlefield (MOV)

> Kembara Madinah - Kebun Kurma

> Kembara Madinah - Mesjid Quba' (MOV)

> Kembara Madinah - Ladang Unta (MOV)

> Mesjid Nabawi As-Sareef (MOV 1) (MOV 2)
Bismillahirrohmaanirrohim

Ya Allah, Tunjukilah Kami jalan Yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang Yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang Yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang Yang sesat.

WASIAT IMAM AL-GHAZALI

3 perkara yang dengannya kita mampu untuk berzuhud:
1. Tidak mengejar kesenangan dunia yang tidak dimiliki.

2. Membahagikan kesenangan dunia yang kita miliki.

3. Tidak mengkehendaki dunia dalam hatinya dan tidak pula mengusahakannya.


" Tiada daya untuk meninggalkan maksiat dan tidak ada kekuatan untuk mengerjakan ketaatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Luhur dan Maha Agung"