Appointment Dengan Doktor

12 Aug 2009 - FBC @ 10:00 hrs

24 Aug 2009 - 4th Chemoterapy @ 09:00 hrs

Saturday, August 30, 2008

Ramadhan al-Kareem

Bismillah. Assalamualaikum..
InsyaAllah esok kita mula bertaraweh lagi. Tanda munculnya bulan Ramadhan yang dimuliakan Allah SWT. Bulan yang penuh dengan 'BIG SALE' bagi setiap amalan di bulan ini tidak sama ganjaran yang diberikan di dalam bulan-bulan lainnya. Maka tidak bijaklah kita sekiranya kita mempersia-siakan 'OFFER' ini. Ayuh berebut-rebutlah.

Ramadhan ini memberi kesan kepada aku apabila buat pertamakalinya aku akan berpuasa di rantauan. Emm tidak tahu lagi macam mana... Dengarnya seronok berpuasa di Saudi Arabia ni. Kalau di tahun-tahun yang lepas, aku akan bertaraweh di Surau al-Bararoh. Setiap hari akan diisi dengan tazkirah Ramadhan oleh Ustaz kesayangan kami al-Fadhil Ustaz Mat Esa Deraman. Tahun ini pasti lebih meriah apabila surau tersebut telah pun diperbesarkan... Emmm aku rindu suasana itu...

Keutamaan Bulan Ramadhan
Terdapat banyak kelebihan dan keberkahan bulan ini yang diantaranya:
1. Bulan al-Quran
“Bulan Ramadhan itulah bulan yang di dalamnya diturunkan al-Qur'an yang menjadi petunjuk bagi manusia, dan menjadi keterangan-keterangan dari petunjuk itu dan membezakan di antara yang hak dengan yang bathil. Maka barang siapa di antara kamu melihat bulan itu hendaklah ia berpuasa.” (Surah al-Baqarah, 2: 185)

2. Dibelenggunya Syaitan, Ditutup pintu-pintu Neraka dan Dibuka pintu-pintu Syurga
“Jika telah datang awal malam bulan Ramadhan, diikatlah para syaitan dan jin-jin yang jahat, ditutup pintu-pintu neraka tidak ada satu pintu pun yang dibuka, dan dibukalah pintu-pintu syurga tidak ada satu pun yang tertutup, menyerulah seorang penyeru: “Wahai orang yang ingin kebaikan lakukanlah, wahai orang yang ingin keburukan kurangilah, Allah mempunyai orang-orang yang dibebaskan dari neraka, ianya terjadi pada setiap malam. (Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi (682) dari Ibnu Majah (1642) dan Ibnu Khuzaimah (3/188) dari jalan Abi Bakar bin Ayyash dari al-A'masy dari Abi Hurairah. Dan sanad hadis ini hasan.

3. Lailatul-Qadar
"Sesungguhnya kami telah menurunkannya(al-quran) pada malam qadar. Dan tahukan kamu apakah malam kemuliaan itu?. Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun para malaikat dan Ruh (Jibrail) dengan izin Tuhannya untuk mengatur semua urusan. Sejahteralah malam itu sampai terbit fajar."

4. Diwajibkan Berpuasa
Dan dari Ibnu Abi Laila dia berkata: “Sahabat Nabi saw telah menyampaikan kepada kami: “Ketika turun kewajiban puasa di bulan Ramadhan terasa memberatkan mereka, barangsiapa yang tidak mampu dibolehkan meninggalkan puasa dan memberi makan seorang miskin, sebagai keringanan bagi mereka, kemudian hukum ini dihapuskan oleh ayat: “Berpuasa itu lebih baik bagi kalian”. Akhirnya mereka disuruh berpuasa. (Diriwayatkan oleh al-Bukhari secara mu'allaq (8/181, al-fath), dimaushulkan oleh al-Baihaqi di dalam Sunannya (4/200) sanadnya hasan)

Bermula dari saat itu menjadilah ibadah puasa sebagai salah satu kewajiban umat Islam, dan menjadi salah satu rukun agama berdasarkan sabda Rasulullah Shalallahu 'alaihi wasalam (yang ertinya):“Islam dibangunkan di atas lima perkara: Syahadah Laa ilaha illallahu, wa anna Muhammad Rasulullah, mendirikan solat, menunaikan zakat, dan menunaikan haji ke baitul haram, serta puasa di bulan Ramadhan”. (Diriwayatkan oleh al-Bukhari (1/47), Muslim (16) dari Ibnu Umar)

WaAllahuaklam

Friday, August 29, 2008

Tetamu Allah

Bismillah. Assalamualaikum..

Alhamdulillah pada 28 August yang lalu, dapat juga aku mengerjakan ibadah umrah untuk yang pertama kali dalam hidup aku. Pengalaman yang tersangat indah apabila menatap kaabah tersergam di depan mata.

Perjalanana kami bermula pada jam 10 malam (rabu mlm khamis). Konvoy kali ini disertai seramai lebih kurang 30 orang iaitu 4 buah kereta dan sebuah SUBURBAN. Destinasi pertama kami ialah di Juhfah iaitu tempat kami mula berihram. Terletak lebih kurang 2 jam setengah perjalanan dari Yanbu. Di situ kami pekena teh dan makan-makan.

Mengeteh di Juhfah sebelum mengenakan pakai ihram.

Selepas mengenakan pakaian ihram, kami meneruskan perjalanan sambil bertalbiah di sepanjang jalan ke Mekah. Perjalanan mengambil masa 1 jam setengah daripadi Juhfah. Kami sampai di Mesjid al-Haram pada jam 3 pagi. Suasana agak kurang crowded. Memasuki mesjid... perhatian aku mencari Kaabah. SubhanaAllah ianya tersergam di depan aku. Kami terus mengerjakan umrah dengan bertawaf. Selesai saie, tepat masuknya waktu subuh. Kemudian aku mengambil kesempatan untuk berjalan meniknati suasana mesjid.

Posing selepas selesai mengerjakan umrah.

Keletihan menidurkan aku di bilik hotel intercontinental yang betul-betul berhadapan dengan masjidil Haram. Sekian saja untuk kongsi pengalaman kali ini. InsyaAllah. Gambar belum sempat di editkan.

Klik sini untuk gambar slide.

Wassalam

Wednesday, August 27, 2008

Al-Faatihah untuk Bapa Mertuaku.

Bismillah.
Al-Faatihah.. untuk bapa mertuaku yang menhembuskan nafas terakhirnya pada jam 4 petang (Malaysia) = 11 pagi (KSA). Sesungguhnya kematian itu janji pasti yang akan dilalui oleh setiap makhluk-Nya yang bernyawa. Tiada jalan untuk menghindarinya... malah dia mendatangi kita.

Persiapan aku untuk mengerjakan umrah pada awal pagi esok, Khamis 28 Aug 2008, dikejutkan dengan berita kematian bapa mertuaku, Selamat bin Jaapar melalui SMS dari isteri tercinta di tanahair. Justeru aku terus membuat panggilan telefon... Sah.

Sebenarnya, arwah sudah berada di hospital beberapa minggu yang lepas dan di tempatkan di ICU di hospital Keluang. 2 hari yang lepas, arwah dikeluarkan dari ICU... hari ini... beliau dijemput untuk menghadap Allah. Sesungguhnya kepada-Nya jualah kita akan dikembalikan.

Rasa terkilan juga kerana aku tidak dapat menghadirkan diri untuk bersama-sama dengan adik-beradik yang lain bagi menguruskan jenazahnya. Inilah dugaan dan cubaan nya. Kalau dah berada di jauhan begini, hal kematian begini memang kita hanya mampu untuk berdoa serta menghadiahkan bacaan quran buat beliau semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang soleh. InsyaAllah.

Sebenarnya, kemungkinan sebegini memang sudah aku rangkakan... bahawa sekiranya berlaku kematian, itu sajalah yang kita mampu lakukan. Nak balik untuk melawat... memang tak sempat. Kalau ada jet persendirian... sempat kot?. So aku redha.. dan keluarga aku pun memahaminya. InsyaAllah aku tahu apa yang boleh aku buat dari kejauhan ini.

Wasalam.

Saturday, August 23, 2008

Kembara Madinah

> Medical Check up Report
Hari ini genap 11 hari aku berada di KSA. Alhamdulillah hari ini juga result medical check up dapat ditangan kami. Syukur alhamdulillah semuanya okey. Risau juga aku kalau kalau kantol medical check up... (baca Selanjutnya)

__________________________________________________________________________
Bismillah. Assalamualaikum. Alhamdulillah segala puji bagi Allah serta selawat dan salam keatas junjungan baginda Rasulullah SAW. Genap seminggu aku berada di tanah para anbia ini, kami berkesempatan untuk pergi menziarahi baginda di mesjid an-Nabawi. Kami bertolak di pagi khamis selepas Subuh. Dalam perjalanan tersebut kami sempat melawat beberapa tempat bersejarah seperti tempat Perang Badar, Perang Uhud, Mesjid Quba', Ladang Kurma, Ladang Unta dan Mesjid Qiblatain. Rombongan ini diketuai oleh seorang pelajar tahun akhir di Universiti Islam Madinah.


>Main Pasir di Bukit Pasir
Di sinilah persinggahan pertama kami setelah beberapa minit berjalan. Bukit pasir yang disekelilingnya bukit-bukit berbatu. Sempatlah aku panjat suku daripadanya. Penat beb. Mengah. Tengok tu.. sejauh mata memandang... Kat Pasir Gudang ke Kong-Kong ke... tak de beb.Setelah penat mendaki bukit pasir tersebut kami menuju ke arena perang Badar. Iaitu peperangan pertama Muslimin.

>Badar Battlefield
Lebihkurang setengah jam perjalanan daripada bukit pasir tadi, kami tiba di Badar Battlefield. Disini terkuburnya syahid islam seramai 13 orang.
Berposing dibatu tanda senarai mereka yang syahid di dalam pertempuran Badar. Ust Salah ada memberi sedikit penjelasan dari peristiwa Badar tersebut. Sili klik sini (Badar 1) untuk akses video. Dan klik (Badar 2) utuk penjelasan bagaimana tektik dan strategi perperangan tersebut.
Kemudiannya kami singgah mengeteh di pekan Badar. Bandar Koboi jer.

> Uhud Battlefield
Selepas isi perut dengan roti arab, kami meneruskan perjalanan ke Bukit Uhud. Tempat dimana berlakunya perang Uhud yang menyaksikan kekalahan tentera Muslimin pimpinan Rasulullah kepada tentera Musyrikin pimpinan Khalid al-Walid. Disinilah terbunuhnya Syaidina Hamzah bersama 70 syuhada yang lain.

Gambar makam Syaidina Hamzah. Ianya berkepung kerana sebelum ini ramai yang ambil batu-batu dan etc untuk buat tangkal atau azimat. Gambar bawah pula, menunjukkan bukit yang Rasulullah tempatkan pasukan standby yang akhirnya melanggar perintah lalu turun ke bettlefield. Rasulullah diserang disekelilingnya dan berperisaikan tubuh-tubuh sahabat yang seramai 11 orang. Dalam perperanganan ini, Rasulullah juga menerima luka-luka, berdarah dikepala, lalu pengsan. Akses ke movie (Bukit Uhud).

> Mesjid Quba'
Seterusnya kami menuju ke mesjid Quba' iaitu mesjid pertama yang Rasulullah dirikan. Sempat juga melakukan solat sunat didalamnya. Ganjarannya besar. Klik to akses viedo (Mesjid Quba').

Sampai sini ramai pelancung yang datang. Hari pun dah semakin panas. Nak bergambar banyak-banyak pun malas... Sempat jalan-jalan di kawasan depan mesjid saja. Kemudiannya kami menuju kebun kurma.

>Kebun Kurma
Disini kami sempat membelibelah. Kurma nabi dijual dengan harga SAR 80/kg. Macam-macam ada... Tak tahu nak beli apa. Menurut cerita, kebun ini adalah milik asal Adurrahman Auf.

Pose istemewa bersama Lobo dan Nordin. Dua-duanya x-Titan. Akhirnya bertemu di Saudi Arabia. Siapa sangka?

Pokok kurma ajwa. Selepas puas membeli-belah kami terus menuju ke Madinah. Singgah solat zohor di mesjid di kampung berdekatan. Begitulah sedikit sebanyak cerita kembara Madinah ini. Mudah-mudahan ada sedikit manfaat. InsyaAllah.

Akhir sekali, ucapan terima kasih kepada Saudara Nazir yang menjadi organizer kembara ini. Juga kepada Ust Salah yang sudi meluangkan masa melayan kami.

Wassalam

Mesjid An-Nabawi As-Shareef

Bismillah dan Assalamualaikum. Alahdulillah pada 21aug08, kami dapat juga memjenjakkan kaki di kota Madinah al-Munawwarah. Kami tiba dan terus check in di Madinah Hilton setengah jam sebelum masuk waktu asar. Inilah welcoming pose di depan Madinah Hilton, berlatarbelakangkan Mesjid An-Nabawi As-Shareef.
Selepas berwuduk, aku terus menuju ke dalam mesjid yang tersergam didepan mata... yang sebelum ini cuma dapat diligat melalui gambar-gambar. Maha Suci Allah.. tak sangka aku menjadi tetamu kepada salah satu dari 3 mesjid yang mempunyai kelebihannya.
Oleh kerana waktu asar sudah hampir, aku tidak sempat memasuki mesjid melalui babussalam. Aku terus mencari bahagian yang paling depan. Mencari kawasan Raudah.. namun, tak dapat beb. Dah lewat...manusia sudah memenuhi tempat yang paling depan dan yang mempunyai kelebihan yang banyak.

Selesai solat asar, aku menuju ke kawasan Raudah. Alhamdulillah dapat juga aku memasuki kawasan tersebut dan berdoa. Gambar di atas itu adalah salah satu lampu yang terdapat di Raudah. Raudah ini terletak diantara makam Rasulullah dan mimbar. Karpetnya pun berlainan warnanya...iaitu berwarna hijau.
Kemudiannya terus menuju ke makam Rasulullah, Abu Bakr dan Umar. Memberi salam kepada baginda dan 2 sahabatnya. Diwaktu maghrib, aku keluar awal untuk mendapatkan tempat yang lebih afdhal. Alhamdulillah aku dapat bersolat maghrib di pinggir Raudah...dan terus menunggu sehingga isyak. Alhamdulillah..aku dapat dipilih untuk bersolat fardhu isyak di dalam Raudah... Pengalaman yang indah tuuu... Selepas solat sunat dan berdoa di Raudah, lagi sekali aku menziarahi Rasulullah, sebelum keluar untak makan-makan dan shopping di sekitar mesjid.
Ini suasana selepas subuh di Nabawi. Sentiasa dipenuhi manusia. Aku mengambil kesempatan untuk berjalan-jalan di sekitar mesjid. Sempat juga mengambil gambar-gambar menarik di sekitarnya. Berposing di salah satu pintu masuk ke masjid Nabawi... Suruh Bangla ambikkan.

Ini di belakangnya. Kubah hijau itulah (dibawahnya) terletaknya makam Rasululluh. Selepas penat merayau-rayau, aku singgah pekene kebab..

Waktu solat Jumaat. Posing sewaktu menunggu masuk waktu solat Jumaat. Snap by Nordin.

Pekena air zam-zam yang disediakan di dalam mesjid. Fuhhh kega... Selepas solat Jumaat aku ronda-ronda pulak di sekitar dalam mesjid. Kami akan bertolak balik selepas Asar....so kena memuaskan hati dengan persekitaran mesjid. Tah bila dapat pegi lagi...

Waktu asar, aku mencari tempat yang berdekatan dengan Raudah. Bersedia untuk ucap selamat tinggal kepada Rasulullah... mudah-mudahan berkesempatan bertemu lagi disini atau di akhirat nanti. InsyaAllah.

Selepas ucap selamat tinggal, aku memasuki babulJibrail iaitu pintu yang dimasuki oleh Jibrail sewaktu menyampaikan wahyu kepada baginda.

Antara gambar yang diambil dari dalam mesjid. MasyaAllah....

Last snap sebelum meninggalkan / check out hotel.
Berposing dengan HUMMER di depan Madinah Hotel... Kemudiannya kami terus meninggalkan An-Nabawi, menuju ke Qiblatain...
InsyaAllah akan dikongsikan pengalamannya nanti.
Wassalam

Tuesday, August 19, 2008

First Week in KSA

> Pindah ke-2
Pagi ini aku bertolak ke tempat kerja jam 7 pagi menaiki Chevrolet, Suburban. Kat Malaysia memang tak jumpa. Terus ke PMC. Sarapan di kantin....makan ala barat. Masuk office tak tahu nak buat apa daaa... (baca seterusnya)

_____________________________________________________________
> Contract Signing
Pada pagi ini kami terus dibawa oleh driver menuju ke Ibnu Rushd office untuk menandatangani contract. Lebihkurang jam 9 pagi kami tiba dilokasi. Emm tak banyak cerita apa yang diaorang tulis dalam kontrak tu...kita sign ajalah... (baca selanjutnya)

__________________________________________________________________________
> First Jumaat di KSA
Hari ini merupakan hari ke-2 aku di KSA dan jumaat pertama di KSA. Aku bangun awal sikit kerana malam tadi aku bantai tidur saja... Badan pun masih macam dedar je... (baca selanjutnya)

______________________________________________________________
> First day in KSA
Oleh kerana kami sampai pada pagi khamis (off day), maka kami tidaklah terus diheret ke tempat kerja. Ada 2 hari untuk berehat-rehat. So ini adalah hari pertama aku di KSA.. (baca selanjutnya)

___________________________________________________________________
> Hijrah: Selamat Datang ke KSA
Rombongan dari TITAN pada kali ini adalah seramai 8 orang semuanya.. terdiri dari Rahaizat, Mohd Zain, Khalid, Aku, Hamdan, Safawi, Dino dan Sanusi (tukang amik gambar diatas). Posing di KLIA sebelum berangkat ke Jeddah. Kami berangkat ke Jeddah pada jam 3:40 ptg waktu Malaysia.... (baca selanjutnya).

Sunday, August 17, 2008

13 Aug 2008 : Hijrah

Bismillah. Assalamualaikum.. Aug 13 jadi sejarah apabila aku berhijrah ke Saudi Arabia untuk bertugas di sana. Hati siapa yang tidak sedia apabila meninggalkan keluarga untuk berjauhan untuk jangka waktu yang agak lama...Inilah saat aku meninggalkan Muawiyyah Sufyan di pagi 13 Aug. Dia sedang nyenyak tidur. Aku cium sepuas-puasnya. Selepas ini tah bila aku dapat berbuat demikian...

Di Senai air port. Bersama anak-anak dan isteri kesayangan. Dah naik bengkak mata isteri kesayangan bersama puteri sulungku kerana menangisi penghijrahan. Kalau tak betul-betul kering hati... tak mampu untuk melangkah....(macam Bahrin).

Antara ahli keluarga yang mengiringi aku di Senai airport. Terima kasih kepada mak dan bapak aku kerana mengizinkan aku berhijrah serta mengiringkan doa keselamatan buat kami. Tidak ketinggalan juga abang dan adik aku. Thanks!

Antara rakan yang hadir. Terima kasih to Bahrin. Kami tunggu di sana, di sana, di sana....

Juga kepada Nizam Arjuna. Terima kasih bebanyak. Oklah dah malam sangat dah ni.. Sok sambung lagi...

Tuesday, August 12, 2008

Farewell Lunch dan Dinner 12 Aug 2008

Bismillah dan Assalamualaikum.
Pertama-tamanya aku ucap ribuan terima kasih buat Muhammad Shah kerana meng'organize'kan majlis makan-makan tengahhari di... apa nama tempat tu haa? Sorrylah lupa nama tempat tu... tapi lokasinya dekat dengan rumah organizernya. Juga kepada rakan-rakan yang sudi meluangkan masa untuk memeriahkannya.

Kepada de facto leader kami, saudara Zulkifli Sarbini 'Makkal Sakhti', tak de bahasa nak di bahasakan... terlalu banyak sumbangannya buat aku sepanjang aku di Titan. Cuma aku minta maaf kalau-kalau ada buatan dan kata-kata yang menyinggung.

Begitu juga kepada rakan-rakan kerja yang lain yang sentiasa beri kerja sama dalam aktiviti seharian kita demi memastikan plant operation dalam keadaan selamat.

Akhirkata kepada semuanya... I MISS YOU SO MUCH. Keep in touch!!!

Wassalam

Pada sebelah malamnya pula, jadual kuliah terakhir aku untuk disini... tak sempat khatam juga kuliah Fekah Imam Syafie Jilid 8 dan Kitah ROH Ibnu Qayyim aku nih.. Anyway aku mintak rakan yang lain dapat menguploadkan rakaman kuliah-kuliah ustaz supaya aku dapat terus mengikutinya. InsyaAllah. Amacam boleh tak Saudara NIZAM Arjuna?

Selepas kuliah sempat juga aku mengajak guru kesayangan kami ini untuk memeriahkan majlis dengan sedikit pesanan dan amanat buat aku dirantauan. InsyaAllah. Terima kasih buat guru kesayangan kami kerana jasanya membimbing, membentuk diri dan curahan ilmunya yang tidak dapat hendak dibalas. Allah jualah yang mampu membalasnya. Doa kesejahteraan untuk beliau sekeluarga.

Terlalu banyak jasanya. Tak mampu nak aku catatkan satu persatu. Anyway insyaAllah segala bimbingannya menjadi panduan kepadaku. I MISS U SO MUCH!!

Wassalam

Sunday, August 10, 2008

2nd Week of August

> Catatan 11 August 2008.
Alhamdulillah. Tadi kami mengunjungi pejabat imigresen di Pekan Rabu untuk buatkan passpot anak-anak dan bini aku. Jam 2 petang kami sampai, 4 setengah petang siap 5 bijik passport. Emm not bad. Biasalah preparation untuk bawa anak-bini ke sana. InsyaAllah next year!

Pas tu sempat juga bini aku berborak dengan Kak Mah (bini Lobo daa). Wahh dia bakal pindah ke sana by end of this year. Alhahdulillah... aku tumpang suka. Dengar citer Bro Lobo dapat cuti berhari raya kat sini. Emm maklumlah, dia otai dah kat sana... Tahniah to Bro Lobo!

Wassalam
________________________________________________________________________-

Dalam ingatanKat dalam pantry waktu makan..

Hey brother!! I miss you semuaaa.........Antara krew team D
Mat Sah mana?
Mat Sah, Kak Ros, Rashit dan Sarul

Haa ni awek mana pulak nih? Awek aku ler.... ha ha ha. Tak caya? Tanyalah dia!


___________________________________________________________________

> My Badge.
Inilah ID Badge aku. Dah naik kusam.. pasal dah lama sangat kerja dengan TITAN agaknya iaitu sedari 01/01/1993 to 01/08/2008 iaitu bersamaan dengan 15 thn 8 bulan. Kalau tunggu beberapa hari lagi... (baca seterusnya..)

__________________________________________________________________________

> Kerja Mengemas Selesai
Alhamdulillah.. kerja-kerja mengemas halaman rumah aku selesai juga akhirnya. Emm ambil masa 2 hari juga tu.. Demam juga aku satu hari... demam keletihan... (baca seterusnya...)


Monday, August 4, 2008

1st Week of August

> Anak-anak kami. klik here.

___________________________________________________________________

> Hutang Haji/Umrah
Sekarang ni kecoh pasal berhutang untuk kerjakan haji atau umrah diperkatakan. Di media perdana, radio-radio sibuk dengan isu ini/ Yang menariknya 2 orang menteri di jabatan perdana menteri memberikan respon yang bercanggahan antara satu sama lain. baca seterusnya.

___________________________________________________________________

> Mari Mengemas : catatan 6 Aug 08
Hari ini tinggal 6 hari saja lagi sebelum aku berangkat ke KSA. Antara kerja yang aku perlu selesaikan ialah mengemas sekitar rumah dan memotong rumput di halaman... baca selanjutnya.

___________________________________________________________________________

> Benci kezaliman : hadis Rasulullah saw
Dari Ibnu Mas'ud r.a, Nabi saw bersabda: "Tiadalah dari seorang nabi yang diutus Allah kepada suatu umat sebelum aku, melainkan dari umatnya in mempunyai penolong (hawairyyun) dan sahabat yang mereka berpegang teguh pada sunnahnya dan mengikuti perintahnya. Kemudian sesudah mereka muncul generasi-generasi penerus yang mereka mengatakan sesuatu yang mereka sendiri tidak melakukannya, dan melakukan sesuatu yang mereka tidak diperintahkan.. baca seterusnya.

___________________________________________________________________
> Satu Coretan
Bismillah.
August 2008 membuka tirainya dengan perletakan jawatan aku di TITAN PETCHEM (M) SDN BHD. Tender date aku bermula 1st Aug hingga 30th Aug. Setelah ditolak campur dengan baki annual leave sebanyak 14 hari, maka hari itu juga last day aku di TITAN. Bagaimanapun HRD request aku supaya dapat datang at least 3 hari berkerja dan unuse annual leave tersebut akan dibayar kemudiannya. So, 7 Aug suppose to be my last day. Tapi kan boleh 'adjust'!!

Maka teka teki penghijrahan ke KSA terjawab secara automatik. Suara-suara yang sebelum ini mendakwa, aku tidak jadi berhijrah, kini terjawab. Macam biasalah... ada rakan-rakan yang menggalak. Ada yang sebaliknya. Macam-macam bunyi yang dapat di dengar... berdasarkan andaian dan pertimbangan masing-masing. Sebenarnya seawal hari interview lagi hati aku dah bulat nak pergi... kerana kami boleh! Kalau setakat nak pergi interview, pas tu buat medical check up... baik tak payah! Buang masa, buang duit, buang darah,buang buang buang.... Tapi, mungkin juga dia minat macam tu... Emmm tak salah.

So, 1st week og August ni, aku disibukkan dengan persiapan. Persiapan yang kat sini, juga yang kat sana. Emm banyak juga yang perlu disettlekan untuk yang ditinggalkan. Yang penting alat komunikasi. Contect person list. Wasiat dan macam-macam lagi... Alhamdulillah, Allah menganugerahkan aku dengan isteri yang berhati besar (tak ngelemer ler) sebagai isteri dan ibu kepada anak-anak kami. InsyaAllah dia mampu menguruskan keluarga kami tanpa aku disisi. Talian hayat terdekatnya pun ada di sini... iaitu abang dia. So kurang sikit ler risau aku nih...

Macam mana pula dengan aku dirantauan nanti? Talian hayat yang ada... cuma kawan saja! Alhamdulillah kerana aku punya kawan yang terbaik di sana. InsyaAllah. Emm susah juga nak menyesuaikan diri untuk menjadi orang bujang ni. Makan, pakai, sakit pening ... nak mengada-ngada dengan sapa? Nak ngelon ngan sapa?

Semoga Allah memberi kekuatan dan petunjuk-Nya kepada kami. Amin

Wassalam
__________________________________________________________________________

> Selamat Tinggal
Semalam 31 July 2008 hari Rabu, jam 3 petang, aku meletakkan jawatan berkerja di Titan Petchem (M) Sdn Bhd setelah bersamanya sedari 1 Jan 1993..... baca selanjutnya.

___________________________________________________________________________
> Satu penantian
Penantian menunggu kelahiran sudah berlalu. Alhamdulillah, kami dikurniakan cahaya mata lelaki ke-3. Semuanya berjalan lancar. Kini penantian kedua menjadi debaran yang berikutnya... iaitu penantian tiket untuk ke Yanbu. InsyaAllah kalau mengikut rancangan awal sebagaiman yang telah dimaklumkan kepada thinkplus, aku bersedia untuk departure on ... baca selanjutnya.

Links to My Slide Picture and MOV

Untuk tidak memberatkan blog ini, semua slide boleh di'exses' melalui links di sini. Sila klik tajuk yang berkenaan.

> Kembara Madinah - Main Pasir (MOV)

> Kembara Madinah - Badar Battlefield (MOV 1) (MOV 2)

> Kembara Madinah - Uhud Battlefield (MOV)

> Kembara Madinah - Kebun Kurma

> Kembara Madinah - Mesjid Quba' (MOV)

> Kembara Madinah - Ladang Unta (MOV)

> Mesjid Nabawi As-Sareef (MOV 1) (MOV 2)
Bismillahirrohmaanirrohim

Ya Allah, Tunjukilah Kami jalan Yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang Yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang Yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang Yang sesat.

WASIAT IMAM AL-GHAZALI

3 perkara yang dengannya kita mampu untuk berzuhud:
1. Tidak mengejar kesenangan dunia yang tidak dimiliki.

2. Membahagikan kesenangan dunia yang kita miliki.

3. Tidak mengkehendaki dunia dalam hatinya dan tidak pula mengusahakannya.


" Tiada daya untuk meninggalkan maksiat dan tidak ada kekuatan untuk mengerjakan ketaatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Luhur dan Maha Agung"