Selepas berwuduk, aku terus menuju ke dalam mesjid yang tersergam didepan mata... yang sebelum ini cuma dapat diligat melalui gambar-gambar. Maha Suci Allah.. tak sangka aku menjadi tetamu kepada salah satu dari 3 mesjid yang mempunyai kelebihannya.
Oleh kerana waktu asar sudah hampir, aku tidak sempat memasuki mesjid melalui babussalam. Aku terus mencari bahagian yang paling depan. Mencari kawasan Raudah.. namun, tak dapat beb. Dah lewat...manusia sudah memenuhi tempat yang paling depan dan yang mempunyai kelebihan yang banyak.Selesai solat asar, aku menuju ke kawasan Raudah. Alhamdulillah dapat juga aku memasuki kawasan tersebut dan berdoa. Gambar di atas itu adalah salah satu lampu yang terdapat di Raudah. Raudah ini terletak diantara makam Rasulullah dan mimbar. Karpetnya pun berlainan warnanya...iaitu berwarna hijau.
Kemudiannya terus menuju ke makam Rasulullah, Abu Bakr dan Umar. Memberi salam kepada baginda dan 2 sahabatnya. Diwaktu maghrib, aku keluar awal untuk mendapatkan tempat yang lebih afdhal. Alhamdulillah aku dapat bersolat maghrib di pinggir Raudah...dan terus menunggu sehingga isyak. Alhamdulillah..aku dapat dipilih untuk bersolat fardhu isyak di dalam Raudah... Pengalaman yang indah tuuu... Selepas solat sunat dan berdoa di Raudah, lagi sekali aku menziarahi Rasulullah, sebelum keluar untak makan-makan dan shopping di sekitar mesjid.
Ini suasana selepas subuh di Nabawi. Sentiasa dipenuhi manusia. Aku mengambil kesempatan untuk berjalan-jalan di sekitar mesjid. Sempat juga mengambil gambar-gambar menarik di sekitarnya. Berposing di salah satu pintu masuk ke masjid Nabawi... Suruh Bangla ambikkan. Ini di belakangnya. Kubah hijau itulah (dibawahnya) terletaknya makam Rasululluh. Selepas penat merayau-rayau, aku singgah pekene kebab..
Waktu solat Jumaat. Posing sewaktu menunggu masuk waktu solat Jumaat. Snap by Nordin.
Pekena air zam-zam yang disediakan di dalam mesjid. Fuhhh kega... Selepas solat Jumaat aku ronda-ronda pulak di sekitar dalam mesjid. Kami akan bertolak balik selepas Asar....so kena memuaskan hati dengan persekitaran mesjid. Tah bila dapat pegi lagi...
Waktu asar, aku mencari tempat yang berdekatan dengan Raudah. Bersedia untuk ucap selamat tinggal kepada Rasulullah... mudah-mudahan berkesempatan bertemu lagi disini atau di akhirat nanti. InsyaAllah.
Selepas ucap selamat tinggal, aku memasuki babulJibrail iaitu pintu yang dimasuki oleh Jibrail sewaktu menyampaikan wahyu kepada baginda.
Antara gambar yang diambil dari dalam mesjid. MasyaAllah....
Last snap sebelum meninggalkan / check out hotel.
Berposing dengan HUMMER di depan Madinah Hotel... Kemudiannya kami terus meninggalkan An-Nabawi, menuju ke Qiblatain...

InsyaAllah akan dikongsikan pengalamannya nanti.
Wassalam
1 comment:
Alhamdulillah...Teruja dapat melihat abg menjejakkan kaki ditpt2 yg bukan semua orang diberi kesempatan..
*Posing dgn Jubah baru ker?? confused arrr...dh mcm Pak Arab plak..hehe
Post a Comment