BismiAllah...
Semalam 9 May 2009... aku di'discharge'kan keluar dari wad spital pakar putri. Namun ianya bukanlah tanda aku sudah pulih dari penyakit tuu.. Penyakit tu masih menjadi tanda-tanya doktor Fauzi yang merawat aku. Dia tak dapat buat kesimpulan selagi keputusan biopsi tu masih belum selesai. Emm aku pun sebenarnya agak suspend juga.
Kalau nak ikutkan keputusan x-ray kali ke-2 aku tu, resultnya tidak menampakkan berlakunya pemulihan pada paru-paru aku tu. Cuma keadaan fizikal aku jer yang agak sudah semakin memulih. Mungkin kerananya doktor Fauzi tu....'lepaskan' juga aku balik. Berehat di rumah kata dia. Bukan apa.... kalau berehat kat spital, kena bayar beb! Dia pun faham...pasal aku yang tanggung sendiri semua kos perubatan aku tu.
Satu lagi...kesian kat mak aku yang 24 jam temankan aku kat spital. Juga kat anak bini aku yang terpaksa pegi spital hari-hari dari jam 11 pagi sampai 9 malam.
Berikut antara rawatan yang aku buat di hospital tu... untuk info kepada yang memerlukan infomation:
1. X-RAY. 1st x-ray menampakkan paru-paru kiri aku ada masalah pada sebelah bawahnya. Di sebelah atas agak normal... warna hitam ler. Yang kanan, tip top semuanya hitam. Olehkerana itu, doktor minta aku buat ujian CT Scaning.
2. CT Scanning. Dengan ujian ini kita boleh nampak dengan lebih jelas apa dia kaler putih di paru-paru aku tu. Agak suspend jugak aku kena masuk 'terowong' tu.... tapi, tak sakit. So, dari ujian ini keputihan kat paru-paru aku semakin jelas. So, dia mintaklah pulak aku supaya buat biopsi, iaitu mengambil sample sel putih tu untuk verify...apa ke bendanya. Apakah ianya ketumbuhan? Tu yang suspend tu...
3. Biopsi. Ujian ni agak sakit sikit. Pasal dia kena cucuk jarum kedalam badan aku untuk ambil sample tu. Perghh sakit seyyy!!!!. Ujian untuk mengenalpasti ni agak lama...mungkin 1 week, kata doktor.
So, sekarang ni aku sedang menunggu dan tunggu. Sepanjang 5 hari tu, aku diberi ubat makan dan suntikan antibiotik jer. Dah berlobang-lobang dah tangan aku kena cucuk jarum. Emmm sabar sajalah.
Buat masa ni doktor beri aku MC selama sebulan. My next meets dgn doktor ialah 18 May ni. So, pada kawan-kawan di Yanbu..... Nampaknya aku terpaksa sambung lagi cuti. Kesian juga pada kawan yang tunggu giliran nak balik. Mudah-mudahan ada jalan penyelesaiannya. InsyaAllah.
Oklah... apa-apa perkembangan, insyaAllah aku akan update. Doakan aku cepat sembuh tau...
Sekian Wassalam.
Salam rindu pada semua kawan2 di YANBU.
JMD@scientex.PG
Appointment Dengan Doktor
12 Aug 2009 - FBC @ 10:00 hrs
24 Aug 2009 - 4th Chemoterapy @ 09:00 hrs
24 Aug 2009 - 4th Chemoterapy @ 09:00 hrs
Wednesday, June 10, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Links to My Slide Picture and MOV
Untuk tidak memberatkan blog ini, semua slide boleh di'exses' melalui links di sini. Sila klik tajuk yang berkenaan.
> Kembara Madinah - Main Pasir (MOV)
> Kembara Madinah - Badar Battlefield (MOV 1) (MOV 2)
> Kembara Madinah - Uhud Battlefield (MOV)
> Kembara Madinah - Kebun Kurma
> Kembara Madinah - Mesjid Quba' (MOV)
> Kembara Madinah - Ladang Unta (MOV)
> Mesjid Nabawi As-Sareef (MOV 1) (MOV 2)
> Kembara Madinah - Main Pasir (MOV)
> Kembara Madinah - Badar Battlefield (MOV 1) (MOV 2)
> Kembara Madinah - Uhud Battlefield (MOV)
> Kembara Madinah - Kebun Kurma
> Kembara Madinah - Mesjid Quba' (MOV)
> Kembara Madinah - Ladang Unta (MOV)
> Mesjid Nabawi As-Sareef (MOV 1) (MOV 2)
Bismillahirrohmaanirrohim
Ya Allah, Tunjukilah Kami jalan Yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang Yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang Yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang Yang sesat.
Ya Allah, Tunjukilah Kami jalan Yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang Yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang Yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang Yang sesat.
WASIAT IMAM AL-GHAZALI
3 perkara yang dengannya kita mampu untuk berzuhud:
1. Tidak mengejar kesenangan dunia yang tidak dimiliki.
" Tiada daya untuk meninggalkan maksiat dan tidak ada kekuatan untuk mengerjakan ketaatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Luhur dan Maha Agung"
1. Tidak mengejar kesenangan dunia yang tidak dimiliki.
2. Membahagikan kesenangan dunia yang kita miliki.
3. Tidak mengkehendaki dunia dalam hatinya dan tidak pula mengusahakannya.
" Tiada daya untuk meninggalkan maksiat dan tidak ada kekuatan untuk mengerjakan ketaatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Luhur dan Maha Agung"
4 comments:
Walangkopo,
Semoga cepat sembuh.. Tabahkan hati..Kirim salam pada family.
aslkm.
Bro jais..mash ingat saya?
Minta maaf hujung rambut hingga hujung kaki kalau ada sebelum ini yang terguris hati.
Saya dan family mendoakan bro sihat dan cepat sembuh.
"dugaan yang diberi oleh yang maha esa mungkin ada hikmahnya,"
jangan berputus asa!
salam ziarah,
doa UW sekeluarga semoga saudara cepat sembuh dan sihat walafiat seperti sediakala, walaupun UW tidak mengenali saudara jais, tp dah lama walking kat blog ni.sonok baca kisah2 hidup di yanbu ni. bila bc N3 kali ni rasa terpanggil utk UW taip sesuatu kat ruang ini, hanya kata2 dan doa yang dapat dititipkan. ingatlah setiap penyakit itu adalah penghapus dosa, semoga saudara tabah dan kuat utk melawan penyakit ini. sampaikan salam ukhwah buat isteri saudara.
Semoga cepat sembuh dan balik bekerja seperti sediakala. Banyakkan bersabar. Tu semua ujian dariNYA..
Post a Comment