Appointment Dengan Doktor

12 Aug 2009 - FBC @ 10:00 hrs

24 Aug 2009 - 4th Chemoterapy @ 09:00 hrs

Sunday, June 7, 2009

Vacation To Hospital....

Bismillah..
Malam ni malam ke-4 aku ber'vacation' di hospital. Alhamdulillah ada perkembangan positif. Selera makan dah mula kembali. Hari ini saja aku makan macam-macam. Order masakan asam pedas ikan merah untuk makan tengahari. Kemudian terima kasih untuk Che Din kerana belikan aku mee rebus gear box ZZ. Alhamdulillah...

Selain itu kunjungan rakan-rakan TITAN pun...sikit sebanyak menguatkan semangat. Itulah nilai kawan. Kawan suka ...kawan sedih!! Selain itu juga tak ketinggalan kawan dari Yanbu yang ada call mahupun ucapan balam blog. Sikit sebanyak dapat menceriakan aku....

InsyaAllah esok lusa aku akan keluar wad...tapi masih perlu rawatan lanjut. Takpelah asalkan boleh dok umah. Kesian kat mak aku yang dari awal menemani aku di sini. Ibu mana tak sayang anak dan anak mana tak sayang mak?

InsyaAllah lepas ni... Aku dah tak kisah dan redha menerima apa pun ketentuan-Nya.... Semuga terus diberi kekuatan menjadi hambanya....insyaAllah.

Wasalam.

JMD@ward410C.putrispecialist.
4:50am

1 comment:

Anonymous said...

Walangkopo,
Semoga cepat sembuh dan tabah menghadapi ujian ini..

Links to My Slide Picture and MOV

Untuk tidak memberatkan blog ini, semua slide boleh di'exses' melalui links di sini. Sila klik tajuk yang berkenaan.

> Kembara Madinah - Main Pasir (MOV)

> Kembara Madinah - Badar Battlefield (MOV 1) (MOV 2)

> Kembara Madinah - Uhud Battlefield (MOV)

> Kembara Madinah - Kebun Kurma

> Kembara Madinah - Mesjid Quba' (MOV)

> Kembara Madinah - Ladang Unta (MOV)

> Mesjid Nabawi As-Sareef (MOV 1) (MOV 2)
Bismillahirrohmaanirrohim

Ya Allah, Tunjukilah Kami jalan Yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang Yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang Yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang Yang sesat.

WASIAT IMAM AL-GHAZALI

3 perkara yang dengannya kita mampu untuk berzuhud:
1. Tidak mengejar kesenangan dunia yang tidak dimiliki.

2. Membahagikan kesenangan dunia yang kita miliki.

3. Tidak mengkehendaki dunia dalam hatinya dan tidak pula mengusahakannya.


" Tiada daya untuk meninggalkan maksiat dan tidak ada kekuatan untuk mengerjakan ketaatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Luhur dan Maha Agung"