Bismi Allah.
Alhamdulillah, hari ini merupakan hari ke-4 selepas 1st chemotherapy. So far aku rasa seperti biasa...cuma pada hari ke-2 kesan kesakitan otot dan sendi agak ketara. Rasa tersangatlah letih! Memang pantang letak kepala...mesti terlelap.
Setakat ni tak de pulak rasa nak muntah. Selera makan pulak sekarang ni semakin menjadi-jadi. Kadang-kadang sampai overload. Senak perut macam makan banyak selepas berbuka puasa. Tersandar kat katil...kekenyangan. Kalau kelmarin aku bergulung tahan sakit perut kerana kelaparan...tak boleh makan. Kali ini lain pulak dah.
Keguguran rambut? Lum pulak. Cabut-cabut juga rambut kontot aku ni... ehhh masih degil lagi...terpacak lagi! Heheh biasalah rambut 'jeng' orang kata. Bulu-bulu lain pun masih ok.
Sakit tekak? Emm memang agak teruk. Suara pun kadang-kadang hilang terus. Kadang-kadang ada darah pada kahak di waktu pagi. Mesti tekak aku cedera kot, luka.
Kesimpulannya masuk hari ke-4 ni aku semakin bertenaga. Alhamdulillah. Berkat doa kawan-kawan. Kawan handai pun masih tak putus-putus ziarah aku. Terima kasih bebanyak....Semua ni penuh bermakna bagi aku. Begitu juga sahabat Yanbu yang selalu update perkembangan aku samada melalui sms, call atau melalui blog. Cuma kadang-kadang sahabat Arab yang call di waktu yang tak sesuai. Tapi tak pelah... diaorang bukan tahu pun.
Oklah takat sini dulu. Selamat haji gaji pada geng-geng Yansab!!!
Sekian Wassalam.
JMD@tmnscientex.PG
Appointment Dengan Doktor
12 Aug 2009 - FBC @ 10:00 hrs
24 Aug 2009 - 4th Chemoterapy @ 09:00 hrs
24 Aug 2009 - 4th Chemoterapy @ 09:00 hrs
Friday, June 26, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Links to My Slide Picture and MOV
Untuk tidak memberatkan blog ini, semua slide boleh di'exses' melalui links di sini. Sila klik tajuk yang berkenaan.
> Kembara Madinah - Main Pasir (MOV)
> Kembara Madinah - Badar Battlefield (MOV 1) (MOV 2)
> Kembara Madinah - Uhud Battlefield (MOV)
> Kembara Madinah - Kebun Kurma
> Kembara Madinah - Mesjid Quba' (MOV)
> Kembara Madinah - Ladang Unta (MOV)
> Mesjid Nabawi As-Sareef (MOV 1) (MOV 2)
> Kembara Madinah - Main Pasir (MOV)
> Kembara Madinah - Badar Battlefield (MOV 1) (MOV 2)
> Kembara Madinah - Uhud Battlefield (MOV)
> Kembara Madinah - Kebun Kurma
> Kembara Madinah - Mesjid Quba' (MOV)
> Kembara Madinah - Ladang Unta (MOV)
> Mesjid Nabawi As-Sareef (MOV 1) (MOV 2)
Bismillahirrohmaanirrohim
Ya Allah, Tunjukilah Kami jalan Yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang Yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang Yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang Yang sesat.
Ya Allah, Tunjukilah Kami jalan Yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang Yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang Yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang Yang sesat.
WASIAT IMAM AL-GHAZALI
3 perkara yang dengannya kita mampu untuk berzuhud:
1. Tidak mengejar kesenangan dunia yang tidak dimiliki.
" Tiada daya untuk meninggalkan maksiat dan tidak ada kekuatan untuk mengerjakan ketaatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Luhur dan Maha Agung"
1. Tidak mengejar kesenangan dunia yang tidak dimiliki.
2. Membahagikan kesenangan dunia yang kita miliki.
3. Tidak mengkehendaki dunia dalam hatinya dan tidak pula mengusahakannya.
" Tiada daya untuk meninggalkan maksiat dan tidak ada kekuatan untuk mengerjakan ketaatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Luhur dan Maha Agung"
7 comments:
semuanya berlaku dgn kehendak Allah...
Semangat awak tinggi...bagusnyee
Walangkopo,
Semangat2... jangan putus asa k..
Jais Rakan Seperjuangan X-Titan,
Kuatkan semangat mu. Gua percaya kamu boleh hadapi semua dugaan.
Mahendren
Saudi Kayan
walaupun saya xkenai anda.. tapi sentiasa tabah atas segala yang menimpa... Semangat yang kuat membantu pulihnya sakit bersama isteri n family, insyaAllah.. Allah sentiasa bersama orang yang sabar, berusaha...
jais kau nyer chatbox dah tarik balik ker...panas sangat kerr...
Jais,
Take care and semoga tabah menghadapi dugaanNya. Semoga ko cepat sembuh.
Regards Tarkiz
Post a Comment