Bismi Allah.
Alhamdulillah kesyukuran terhadap Allah yang masih memberikan kesempatan kepada aku untuk terus mengikuti kuliah Dosa-Dosa Kecil di Mesjid an-Nuur, Jalan Jelatang, Taman Megahria. Juga selawat keatas jujungan baginda Rasulullah SAW sekeluarga, para sahabat dan pengikut-pengikut baginda SAW hingga hari kiamat.
Kuliah minggu ini bersambung lagi dengan dosa-dosa kecil yang selanjutnya, iaitu:
12. Meninggalkan solat jumaat sekali atau dua kali tanpa keuzuran. Sekiranya tiga kali berturut-turut, ianya menjadi dosa besar. Dan ianya kekal menjadi dosa kecil, sekiranya masih mendirikan solat zohor dan mempunyai alas an keuzuran yang dibenarkan syarak.
Diantara keuzuran yang dibenarkan oleh syarak ialah:
> Sakit atau menjaga orang yang sakit.
> Hujan lebat. Setengah pendapat, sekiranya hujan tersebut tidak menyebabkan banjir, kesesakkan lalu lintas atau seumpamanya, ditambah dengan kemudahan kenderaan berbumbung, maka ianya tidak dianggap sebagai uzur.
> Musafir. Seorang musafir, maka gugur solah Jumaatnya. Terdapat dua pandangan ulamak tentang nilai solat Jumaat dengan Zohor, iaitu:
Pendapat 1: Ianya solat yang berbeza. Iaitu zohor lain, Jumaat lain.
Pendapat 2: Zohor adalah ganti kepada Jumaat.
Permasalahan: Bagaimana sekiranya si musafir juga mendirikan Jumaat? Kepada yang berpeganag kepada pendapat 2, maka gugur Zohornya dan dibolehkan juga terus melaksanakan solat Asar sacara jamak dan qasar.
> Jalan becak. Ini sekiranya ia tinggal di kawasan pendalaman dan jauh dari mesjid.
> Seorang yang dikejar hutang. Islam meletakkan bahawa keuzuran itu termasuk juga dalam hal menjaga harta benda.
> Terhalang dengan sebab kerja. Syeikh Haddat (bekas mufti Johor) membenarkannya sekiranya ia terugut dengan pecat misalnya.
> Maslahat kepada umum seperti polis, tentera, trafik sekiranya dia mengetahui keadaan tidak aman. Bagaimanapun mencari peluang untuk dapat melakukan ketaatan kepada agama, adalah lebih baik.
> Bimbang kepada ancaman nyawa.
Nota: Kepada yang uzur, solat zohornya boleh dikerjakan apabila azan diperdengarkan.
Bagi yang tidak uzur pula, adalah tidak sah zohornya selagi solat Jumaat di mukimnya belum selasai.
14. Melakukan jual beli/nikah ketika azan Jumaat berkumandang melainkan orang yang tidak terlibat seperti musafir, orang perempuan, kanak-kanak, orang sakit dsbnya.
> Sejarah 2 azan di hari Jumaat. Sewaktu zaman nabi SAW, azan Cuma dilaungkan sekali (waktu naik mimbar). Sehinggalah dizaman Usman apabila masyarakat islam semakin ramai, beliau bimbang sekiranya ada yang akan tertinggal Jumaat. Berdasarkan hadis nabi yang menyatakan sekiranya kita dating selepas khatib naik kemimbar, maka Jumaat kita tiada nilainya. Maka beliau memulakan azan 2 kali. Pertama sebagai tanda masuk waktu. Dan kedua, apabila khatib naik ke mimbar.
Manakala dalam hal nikah, sunatnya ialah diawal pagi dan dihari Khamis dalam bulan Syawal.
15. Berjunub/berhaid yang berada di dalam mesjid kecuali lalu. Kalau duduk saja, dilarang.
16. Sentuh al-Quran tanpa wuduk. “Tidak boleh menyentuh al-Quran melainkan dalam keadaan suci”. Tafsir quran adalah terkecuali.
17. Tidak melaksanakan sumpahnya. “Nazar keluar dari mulut orang yang bersifat bakhil”. Nabi melarang kita mengamalkan sumpah atau nazar. Nazar yanh boleh adalah nazar Maryam untuk tidak akan berkata-kata selama 3 hari seperti yang terkandung di dalam alQuran.
Sekianlah sahaja antara beberapa perkara yang menjadi dosa kecil yang sempat aku catatkan.
WaAllahuaklam
Appointment Dengan Doktor
12 Aug 2009 - FBC @ 10:00 hrs
24 Aug 2009 - 4th Chemoterapy @ 09:00 hrs

Tuesday, April 29, 2008
Wednesday, April 23, 2008
Kuliah Dosa-Dosa Kecil (21 Apr 08)
Bismillah.
Kuliah hari isnin bersambung dari minggu yang lepas iaitu dosa-dosa kecil.
Dosa yang seterusnya adalah:
9. Mencuri sesuatu kurang dari nisob yang sepatutnya dihukum had (potong tangan).
Riwayat Bukhari dan Muslim, Rasulullah bersabda, "Allah melaknat pencuri telur/topi perang/tali, dengan sebabnya ia dipotong tangan"
> Hukum had adalah hukuman bagi pesalah yang mencuri lebih kadar nisob. Bagi nilai dibawah nisob, ianya dikenakan hukuman takzir.Berapakah nilai kadar yang boleh dikenakan had?
Daripada Aisyah Rasulullah bersabda, "Tidak boleh potong tangan bila nilai kecurian tidak melebihi 1/4 daripada 1 dinar."
Calculation: Zaman Saiyidina Ali, berat 1 dinar = 4.25 gm. Sekiranya harga pasaran emas sekarang = RM100/gm, maka kadar nisobnya = 425 x 1/4 = RM 106.25. Maka nilai kecurian dibawah RM 106.25, hanya dikenakan takzir (dosa kecil).Jika dibandingkan dengan undang-undang konvensional, mencuri RM10 dengan RM 1 juta, hukumannya sama.
Undang-undang islam lebih teliti. Begitu juga sekiranya mencuri dengan alasan terdesak. Islam membebaskan pencuri yang mencuri kerana terdesak kelaparan misalnya,dengan pembuktian.
Sewaktu dizaman pemerintahan Sayidina Umar r.a misalnya, sewaktu zaman kelaparan, ramai yang mencuri, lalu Umar memerintahkan supaya hukum hudud ditawakufkan (pending). Maka sesiapa yang mencuri kerana hendakkan makan, ia dilepaskan. Tetapi yang mencuri kerana memang perangainya, ia dihukum.
Pernah diceritakan, satu hari Umar melihat anaknya makan buah tembikai, lalu dia terkejut dan merampasnya seraya berkata "tidak layak anak Umar al-Khattab makan dalam keadaan orang islam kelaparan!". Dia mengikis biji tembikai untuk anaknya, dan isinya diberi kepada orang ramai untuk dimakan. Orang ramai bertanya, kenapa ya Umar?. Dia menjawap, "Umar dan keluarga Umar akan berlapar selagimana orang islam lapar!".
10. Berpuasa pada hari raya (fitri,adha,tasyrik) tanpa sebab keuzuran melainkan, contohnya:Asasnya kalender islam minimum = 29 hari dan maximum = 30 hari. Jadi :
>Sekiranya kita seorang yang kerap bermusafir hingga merentasi benua misalnya. Dinegara kita, kita sudah berpuasa 28 hari. Lalu kita bermusafir kenegara yang sudah menyambut raya. Hukumnya: kita mesti raikan raya. Puasa kr-29, kita perlulah meng'qada'kannya.
> Sekiranya kita bermusafir pada puasa yang ke-30, lalu tiba di negara yang sedang berpuasa yang ke-29, apakah kita kena berpuasa pada hari esoknya (ke-31 bagi kita)? Disini ada 2 pendapat iaitu, pertama, kita wajib berpuasa pada hari tersebut kerana mesti mengikut ahli balad (negeri tersebut) supaya tidak menimbulkan fitnah. Meraikan puasa ke-31 adalah sedekah.Meraikan : Katalah kita sudah solat, tiba-tiba kita sampai di mesjid jemaah sedang solat, disunatkan kita sama bersolat kerana meraikan masyarakat setempat.
> Dalam hal berpuasa, meraikan adalah wajib. Solat, jadi sunat. Kalau tidak mahu meraikan, jauhkan diri dari situ supaya tidak jadi fitnah/tohmah.
> Bagaimana kalau kita bermusafir dan termenjadi makmum kepada orang yang solat lengkap sedangkan kita tidak tahu?
1. Kita boleh mufarakah.
2. Selesaikan dengan solat lengkap (better).
Manakala berpuasa pada hari tasyrik (11,12&13 Zulhijjah) terdapat beberapa pandangan ulamak. Imam Nawawi mengatakan boleh kepada orang yang kena bayar dam bagi menggantikan kambing yang dia tidak berkemampuan dan kesuntukan masa. ie dam perlu dibayar dengan berpuasa 3 hari di Mekah, 7 hari di kampungnya. Jadi kelonggaran ini khusus kepada mereka yang mengerjakan haji saja. Bagi yang tidak terlibat, adalah berdosa jika ia berpuasa.
Bahkan hari syak pun diharamkan kita berpuasa. Nabi bersabda "Siapa berpuasa sunat pada hari syak adalah haram". Bagaimanapun dibolehkan jika puasa qada.
11. Solat sunat diwaktu yang dilarang iaitu (selepas subuh, selepas asar, matahari tegak atas kepala, ketika matihari kekuningan untuk tenggelam).
Kalau dalam kitab fekah ia disebut makruh tahriimin yang bermaksud haram. Terdapat 2 jenis makruh iaitu:
a) makruh tanziih iaitu buat tidak dapat pahala, tinggal dapat pahala.
b) makruh tahriim iaitu berdosa jika dilakukan. Kenapa disebut makruh? Kerana dalilnya bersifat zhon iaitu tidak begitu kuat sebagaimana penetapan haram yang lain.
Bagaimanapun, pengharaman tersebut adalah kepada solat sunat yang mutlak sahaja. Sedangkan solat sunat bersebab, dibolehkan (seperti dhuha, qada wajib, qada sunat,tahayyiatul masjid dan seumpamanya). Bagaimanapun mazhab Hanifah mengkategorikannya tahayyiatul masjid sebagai sunat mutlak.
>Permasalahan: Apakah solat sunat ihram, adakah sunat mutlak atau bersebab? Bagaimana kalau dia kerjakan selepas waktu asar. Imam Nawawi dan jumhur as-Shafie mentahkiqkannya sebagai sunat mutlak. Imam al-Baghawi (juga bermazhab as-Syafie) pula sebagai sunat bersebab iaitu sebab ihram. Jadi, nak buat macam mana? Kalau kita di Mekah katakan saja kita sedang solat tahayyiatul masjid (bila ditanya).
>Kaedah solat sunat hajat, apa-apa solat sunat 2 rakaat yang kemudiannya kita memohon hajat, ia jadi solat hajat walaupun solat qobliah. Hadisnya: "Siapa yang ada hajat, berwuduklah dan lakukan solat 2 rakaat". Nabi tidak menyebut secara khusus solat hajat.
Wallahu'Aklam.

Kuliah Dosa-Dosa Kecil (14 Apr 08)
Bismi Allah
Setiap suatu perkara yang disebut di dalam al-quran dan al-hadis adalah tergolong didalam dosa-dosa besar. Telah disebutkan dalam kuliah sebelum ini tentang perkara-perkara yang menjadi tanda bahawa ianya adalah dosa besar. Maka sesuatu yang tidak di sebut didalam al-quran dan al-hadis, ianya adalah dosa-dosa kecil.
Diantaranya ialah:
1. Melihat wanita ajnabiah dengan tanpa hajat. Kalau dengan hajat (syahwat atau seumpamanya) ia menjadi dosa besar. Begitu juga dengan mencium wanita ajnabiah. Ianya merupakan satu kesalahan dan boleh dikenakan hukuman takzir. Didalam buku 'perbendaharaan sunnah' ada menyebut, 'mencium, bercakap lucah dan menganggu wanita di perjalanan, boleh dikenakan hukuman takzir.note: takzir ialah satu hukuman yang terpulang pada pemerintah kadarnya.
2. Keluar daripada mesjid diwaktu atau selepas azan dengan tanpa keuzuran. Adalah tidak dibenarkan kita saja-saja-keluar dari mesjid diwaktu didengarkan azan atau sedang menunggun iqamah. Ianya menjadi dosa kecil! Waktu zaman Rasulullah ianya jadi tanda orang munafik.
3. Tidak menjawab salam. Tidak sampai kepada tahap dosa besar kerana didalam hadis-hadis Nabi SAW tidak terkandung ancaman-ancaman jika tidak menjawab salam.
>persoalan: sekiranya salam tersebut ditulis di dalam surat atau SMS? Hukumnya, wajib jawab. Sekali sahaja iaitu bukaan yang pertama saja. Bagaimanapun tulisan salam yang ringkas seperti slm, aslm or etc, tidak wajib dijawab. Hukum asal menjawab salam ialah salam yang kita dengar.
>persoalan: Cerai SMS. Sudah dibahaskan beberapa tahun yang lalu. Ianya dikiaskan dngan 'kitabah' (penulisan), maka jatuh talak. Contohnya, 'Bila kamu terima surat ini maka jatuh tak'... so akan jatuh talak bilamana ia terima surat tersebut walaupun lama tempohnya.
>persoalan: Selawat ringkas di dalam penulisan seperti SAW. Ulamak berkata: ianya ciri-ciri orang kedekut. Kita dituntut untuk menjawab dengan selawat bilamana Nabi SAW disebut namanya. Walaubagaimanapun bila disebut berulang kali, memadai kita sebut sekali.
4.- Tidak hadir walimah/jamuan. Bagaimanapun ianya bersyarat. Walimah tersebut mestillah:
> Mazhab asSyafie mensyaratkan walimah mesti dilakukan selepas berlakunya persetubuhan. Maka kalau belum berlaku persetubuhan, ianya tidak wajib datang.
> Tidak mengandungi perkara-perkara yang haram`seperti berkaraoke, bercampur lelaki dan wanita dan seumpamanya.
> Tidak dikhususkan kepada orang kaya sahaja.
> Tidak terdapat arak.
5. Bermain permainan dadu, catur atau permainan orang ajam. Juga terup. Ianya menjadi haram (dosa besar) bila ada perjudian di dalam permainan tersebut. Terdapat ulamak yang menghukum fasik dengan menolak sesiapa-yang demikian ditolak penyaksiannya. Bagaimana pun al-qardhawi membolehkan permainan tersebut selagi tidak diikuti dengan perjudian.
> komen: Sesuatu yang terdapat kekhilafan yang kuat seelok-eloknya kita jauhi. Mainlah permainan yang tidak ada kena mengena dengan perjudian seperti berenang, memanah atau berkuda yang memangnya dituntut di dalam islam.
6. Mencukur janggut. Jumhur ulamak mewajibkan lelaki menyimpan janggut. Mencukurnya adalah haram (dosa kecil). Bagaimanapun al-qardhawi sedikit longgar dalam hal ini. Asasnya untuk membezakan orang islam dengan orang kafir. Walaubagaimanapun apabila orang kafir juga menyimpan janggut, maka asas untuk membezakan menjadi gugur? Bagaimanapun, menyimpannya adalah sunnah.
7. Menghimpunkan solat zohor dengan asar atau maghrib dengan isyak tanpa sebab. Ianya dipanggil Jamak Suuri iaitu melewatkan solat zohor menghampiri waktu asar. Selesai saja solat zohornya, waktu asar pun masuk, lalu dia terus solat asar. Kalau sekali-sekali atas sebab yang dibenarkan, tidak mengapa. Tapi kalu jadi habit, ianya berdosa!
8. Meninggalkan rasa cinta atau rahmat kepada ibu bapa walaupun mereka teruk macam mana pun. Hak kita terhadap ibu bapa tetap dijaga walaupun kita maklum mereka itu jahat atau seumpamanya. Sebagaimana anak kepada Abdullah bin Ubayy bin Salo dan Ikrimah bin Abu Jahl.
Sekian untuk kuliah pada malam ini yang sempat aku catat.
Allah Aklam

Sunday, April 20, 2008
ALASAN
Bismillah
Kelamrin tersentak aku bila guru kami menghuraikan perkara-perkara yang kita selalu beralasan dengannya. Terlalu kerap kita memberi alasan yang salah.
> Kita selalu beralasan sedang sibuk berkerja untuk kita menangguhkan perintah solat. Kenapa kita tidak menangguhlan kerja sehingga kita selesai solat? Tanggungjawab? Tanggungjawab siapa yang lebih kita utamakan? Sedangkan di medan perang pun Rasulullah dan sahabat tetap bersolat sehingga Allah turunkan ayat cara-cara bersolat di dalam peperangan. Solat berjemaah lagi. Bandingkan peperangan dengan kerja kita, mana lebih tinggi risikonya.
> Kita selalu beralasan hujan untuk tidak ke mesjid untuk solat berjemaah sedangkan kita memiliki lebih dari sebuah kereta. Tapi kalau hendak pergi kerja, boleh pulak kita berbaju hujan untuk bermotorsikal ke tempat kerja. Benar hujan adalah salah satu keuzuran syarie. Kalau tidak hujan, macammana?
13. maka Yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, Yang kamu hendak dustakan (Wahai umat manusia dan jin)? - Surah ar-Rahman
> Dalam hal dunia kita boleh bersama-sama ahli keluarga untuk sama-sama menyertainya. Tapi dalam hal akhirat, tidak sedemikian. Contohnya kalau kita ke tempat-tempat perlancungan, shopping komplex dan seumpamanya, kita mampu mengajak anak isteri kita pergi bersama-sama. Tapi kenapa tidak bawa sekali anak isteri ke sama-sama ke majlis-majlis ilmu? Yang mana lebih sepatutnya kita bawa anak bini kita itu?
> Begitu juga halnya dalam perkara-perkara yang membatalkan sesuatu amal seperti solat, puasa, taharah dan seumpamanya, tetapi tidak di dalam perkara yang membatalkan aqidah!
> Yang lebih malang, kita sentiasa rasa cukup dengan amalan akhirat yang tak seberapa, tapi tidak pernah rasa cukup dengan hal dunia. Tidak pernah cukup dengan harta dunia. "Harta kamu adalah apa yang kamu belanjakan". Kita kata, kalau tidak menyimpan, apa nak jadi dengan anak-anak yang kita nak tinggalkan nanti? Kita lupa bekalan akhirat kita. Sedarlah bahawa tiada amalan lagi dah apabila kita di alam kubur nanti. Inilah waktunya untuk mengumpul bekalan akhirat kita.
Memang kita sentiasa berusaha kearah untuk tidak melaksanakan perintah Allah. Sepatutnya kita hingga terpaksa berhelah demi melaksanakan perintah Allah. Pernah kita buat apa-apa alasan, asalkan kita dapat pergi solat Jumaat di waktu kerja? Biasanya kita beri alasan tidak dapat pergi solat Jumaat kerana sedang berkerja. Betul tak? Emm mudah-mudah semuanya menjadi pemangkin untuk kita memperkasakan semangat untuk beribadah. InsyaAllah.
muhasabah: kalau kita ni ahli syurga, sudah tentu kita dipermudahkan dengan amalan-amalan ahli syurga.
7. Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan Yang sesuai Dengan keadaannya);
8. serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan Yang membawanya kepada kejahatan, dan Yang membawanya kepada bertaqwa; -
9. Sesungguhnya berjayalah orang Yang menjadikan dirinya - Yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),
10. dan Sesungguhnya hampalah orang Yang menjadikan dirinya - Yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).
Surah as-Syams
WaAllahu'Aklam

TAHAP MANA IMAN KITA
Bismillah..
Aku nak share beberapa perkara dengan sahabat semua tentang murtad yang aku catatkan semasa kuliah ROH hari ini. InsyaAllah. Mudah-mudahan mendapat manfaat kepada aku dan juga kepada sahabat semua.
Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dalam sahihnya, daripada Ali r.a, Rasulullah SAW bersabda: " Akan muncul pada akhir zaman suatu kaum yang masih muda usianya dan dangkal pengetahuannya. Mereka mengucapkan sebaik-baik perkataan makhluk, tetapi iman mereka tidak melampaui kerongkongan mereka. Mereka keluar dari agama seperti anak panah keluar dari busurnya..." aw kamaqol.
Kaum inilah suatu kaum yang solatnya, puasanya juga lain-lain amalnya yang amat hebat berbanding para sahabat sebelumnya. Sehingga mereka memperkecilkan para sahabat lalu merancang untuk membunuh Ali r.a. Itulah dia kaum yang digelar Khawarij. Mereka murtad sedangkan mereka juga mendirikan solat, puasa dan lain-lain ibadah. Mereka terkeluar dari agama kerana menghina para sahabat.
" Walau kamu himpunkan harta kamu menjadi sebesar bukit Uhud pun tidak akan sama nilainya disisi Allah berbanding sedekah sahabat sebanyak secupak kurma"
Itulah nilai amal para sahabat berbanding umat selepasnya. Apatah lagi dengan kita.?
Perhatikan sebab murtad itu pula. Sahabatku, sesungguhnya kita tidak perlu masuk agama lain untuk murtad. Tidak perlu sembah berhala untuk murtad. Khawarij itu terkeluar dari agama islam hanya kerana memperkecilkan para sahabat... apa tah lagi dengan kita yang menolak hukum Allah. Tidakkah lebih layak lagi untuk jadi murtad? Ya cukup sekadar mengatakan hudud tidak sesuai pada zaman ini..maka terkeluarlah kita dari islam. Nauzubilah...
Terbuktilah umat sekarang ini lebih jahat dari yang sebelumnya. Dahlah tidak menjaga solat, puasa, zakat, malah menghina hukum Yang Menciptakan dia pulak lagi. Kalau dengar seruan azan tu buat deeekk saja. Macam tak de apa-apa. Tidak terasa terpanggil untuk mengerjakan solat yang diperintahkan Allah. Kalau dalam ramai-ramai tu, tidak nampak bezanya dengan orang kafir. Kalau dia itu islam tentu faham dengan seruan azan tersebut...
Ya fikir-fikirkanlah kalau kamu orang yang berakal. Surah al-Imron 190-191:
190. Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal;
191. (Iaitu) orang-orang Yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini Dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka.
Terkeluarnya islam dalam diri kita semacam itulah yang paling kita takut. Sangkanya kita islam, tapi tidak disisi Allah. Tidak payah susah-susah macam Lina Joy.
Oklah cukuplah. Satu hari sedikit ilmu... lama-lama jadi banyak juga. InsyaAllah.
WaAllahu'Aklam
* ada penambahan cerita yang dipetik dari buku 'alamat-alamat kiamat'.

Wednesday, April 16, 2008
KALIMAH PADA TEMPATNYA
Bismi Allah
Hari ini aku nak berbicara perkara dari hal bismillah yang dinukilkan oleh guru kami. Mudah-mudahan memberi manfaat kepada diri aku sendiri juga kepada yang membacanya. InsyaAllah.
Firman Allah Taala, Surah al-Alaq:
1. bacalah (Wahai Muhammad) Dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan (sekalian makhluk),
Merupakan wahyu pertama kepada Rasulullulah SAW yang memerintahkan baginda menyebutnya 'Dengan Nama Tuhanmu Yang Menciptakan iaitu Allah'. Ia menjadi perintah supaya setipa kelakuan dan perbuatan kita dimulakan dengan nama Allah.
Bersabda Rasulullah SAW: 'Tiap-tiap perkara perbuatan yang diharuskan oleh syarak, jika tidak dimulakan dengan menyebut nama Allah, ia menjadi kurang berkat'. au kama qol.
Contohnya: Makan adalah perkara harus. Maka apa bila kita memulakannya dengan menyebut nama Allah iaitu 'bismillah'. ia akan menjadi berkat.
Jadi terdapat 5 hukum syarak yang bersangkut dengan kalimah bismillah ini:
1. Wajib - Menjadi wajib apabila kita membaca al-Faatihah di dalam solat.
2. Sunat - Menjadi sunat apabila kita memulakan sesuatu perkerjaan seperti makan, minum dan seumpamanya.
3. Harus - Menjadi harus apabila kita saja-saja menyebutnya.
4. Makruh - Menjadi makruh apabila kita menyebutnya dalam perbuatan yang makruh seperti makan bawang, petai, jengkol atau seumpamanya.
5. Haram - Menjadi haram apabila kita menyebutnya di dalam perkara yang diharamkan syarak. Contohnya baca bismillah sebelum beli nombor ekor, memulakan konsert yang maksiat atau seumpamanya.
Jadi, kalimah bismillah mesti diletakkan pada tempat yang kena pada tempatnya. Samalah juga dengan perkataan Salam. Dewasa ini ramai artis-artis nak tunjuk 'alim dengan memulakan konsert maksiatnya (seperti Akademi Fantasial) dengan kata-kata salam. Ia perkataan sejahtera Allah. Tak mana sejahteranya kita kalau berada di majlis yang mendatangkan murka Allah. Macamtulah kita bila kejahilan bertokok timbun dalam diri kita. Jangkannya kita sudah berbuat kebaikkan, walhal ianya tidak diterima Allah. Malah mengundang murkaNya.
Amalan kebaikan yang tercemar dengan sedikit perkara yang tiada di dalam agama, maka ia tertolak. Ianya memerlukan nas dan tepat. Tidak boleh dikurang tambah. Umpama satu kawah nasi ada seketul tahi ayam didalamnya, makan ianya jadi haram/tidak boleh dimakan. Juga minuman yang bercampur setitik arak. Apa lagi dalam hal seperti konsert yang diselitkan dengan doa atau salam misalnya. Tak kena pada tempatnya langsung!
Moralnya, hati-hati dengan setiap tindakan kita. Mesti berlandaskan ilmu dalam setiap perlakuan.
WaAllah 'Aklam

Tuesday, April 15, 2008
BILA LELAKI MENJADI DAYUS?
Bismi Allah
Sebagai sambungan dari topik dayus yang sebelumnya, berikut adalah di antara perbuatan yang menyebabkan lelaki menjadi dayus. Dayus adalah perbuatan dosa besar, yang mana memerlukan taubat untuk menghapuskannya.
Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-
1. Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.
2. Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.
3. Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.
4. Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.
5. Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.
6. Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.
7. Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.
8. Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.
9. Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.
10. Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.
Demikianlah antara perkara yang menjadi perkara biasa di kalangan kita yang tanpa disedari ianya menjadikan kita manusia dayus. Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.
Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.
WaAllahu Aklam

Friday, April 11, 2008
DAYUS
Topik bicara kali ini ialah dayus. Mudah-mudahan memberi manfaat kepada aku dan juga rakan-rakan pembaca yang lain. Lebih-lebih lagi kepada kaum adam dan juga kepada kaum hawa supaya memberi kerjasama terhadap suami mereka agar tidak menjadikan suaminya seorang yang dayus. InsyaAllah.
Apa itu dayus? Kalau dulu pada perspektif aku, dayus tu ialah bila perempuan mintak cerai, tapi laki tidak mahu menceraikannya, maka lelaki tu jadi dayus. Macam cerita-cerita drama yang kita tengok kat TV tu ler… Jauh betul menyimpangnya maklumat yang aku dapat dari TV tu rupa-rupanya. Terdapat beberapa hadis yang menerangkan perihal dayus. Diantaranya adalah seperti yang berikut:
Hadis 1, Ertinya: Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat: Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki DAYUS" ( Riwayat Ahmad & An-Nasaie: Albani mengesahkannya Sohih : Ghayatul Maram, no 278 )
Hadis 2, Ertinya: Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga: orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )
Pernah juga diriwayatkan dalam hadith lain, soalan yang sama dari sahabat tentang siapakah dayus, lalu jawab Nabi:-
Hadis 3, Ertinya: Apakah dayus itu wahai Rasulullah?. Jawab Nabi: Iaitu seseorang (lelaki) yang membiarkan kejahatan (zina, buka aurat, bergaul bebas) dilakukan oleh ahlinya (isteri dan keluarganya)
Dapatlah disimpulkan bahawa lelaki dayus ialah seorang lelaki yang bergelar suami kepada isteri-isterinya juga bergelar bapa kepada anak-anaknya yang membiarkan kejahatan dan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya, sedangkan dia berkuasa untuk menegur dan mencegahnya.
Firman Allah SWT bermaksud: “kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal Yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan”
Firman Allah swt bermaksud: “Peliharalah dirimu dan keluargamu dari seksa neraka.”
Jelaslah bahawa adalah menjadi tanggungjawap seorang lelaki selain dari memimpin dan memelihara diri sendiri dari api neraka, lelaki juga dipertanggungjawapkan untuk memimpin dan memelihara ahli keluarganya dari api neraka. Berat tu brother! Diri sendiri pun belum tahu terpelihara dari api neraka. Macam mana nak selamatkan orang lain?
Contoh mudah yang membolehkan kita jadi dayus ialah, misalnya isteri kita hendak menjemur pakaian di ampaian. Lalu dia pun keluar untuk menjemur pakaian tadi dengan tidak bertudung atau dengan baju T-shirt berkain batik saja. Waktu itu kita sebagai suami pulak cuma tengok bodo je, dengan tidak menegur kesalahan keluar rumah dengan tidak menutup aurat tersebut. Maka layaklah kita menjadi seorang lelaki dayus. Tu contoh paling banyak berlaku. Belum yang keluar ke tengah khalayak ramai lagi tu… Fuhh berat sehh.
Dalam bab aurat ini, memang banyak di kalangan kita yang tidak tahu. Dia kira tutup saja, ok dah. Berikut adalah ayat Allah berkenaan orang perempuan.
31. dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya. An-Nur 31.
Dayus ini hukumnya berdosa besar. Tidak sampai amalan-amalan kita bila kita tergolong dalam golongan dayus. Sia-sia saja amalan kita.
What to do?
Mula-mula kita perlu sedar bahawa kita hidup di dunia ini hanyalah sementara. Segala perbuatan kita akan di hisab di pengadilan Allah. Kemudian kita akan di masukkan kedalam syurga atau neraka. Jadi di depan kita ada satu penghidupan yang kekal, yang mana qualificationnya mengikut amalan kita sekarang ini.
Kemudian tambah-tambahkanlah ilmu, sedikit demi sedikit kita amalkan apa yang kita sudah tahu. Bila kita mula mendekati ilmu-ilmu agama, secara automatik dia (isteri kita) pun mula minat sama. Semuanya atas kita sebagai seorang pemimpin. Siapa yang ajak dia pergi panggung wayang, kalau tak kita? Siapa juga yang ajak dia pergi majlis-majlis ilmu, pun kalau tak kita?
Jadi kita sebagai suami dah bapa, kenalah didik, tegur dan cegah apa-apa yang menyalahi syarak. Sebab itu kita sendiri perlu tahu hukum-hukum syarak. Akhirnya bermujahadah dan istiqomahlah. InsyaAllah.
Finally cintailah Allah dan RasulNya.
Begitulah secara ringkasnya. Cerita banyak-banyak bukan kauorang nak baca pun.
WaAllahuAklam

Sunday, April 6, 2008
PASANGAN BAIK
Bismi Allah
26. (lazimnya) perempuan-perempuan Yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki Yang jahat, dan lelaki-lelaki Yang jahat untuk perempuan-perempuan Yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan Yang baik untuk lelaki-lelaki Yang baik, dan lelaki-lelaki Yang baik untuk perempuan-perempuan Yang baik. mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) Yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan Yang mulia.
Secara umumnya setiap manusia mengimpikan memiliki pasangan hidup dari lelaki atau perempuan yang baik-baik. Samseng Kampung Dusun pun berkehendakkan kepada perempuan yang baik-baik. Tapi macam mana caranya untuk kita boleh memiliki mereka yang dalam ketogori baik?
Semuanya bertitik tolak atas diri kita sebenarnya. Arah mana kecenderungan kita sebenarnya. Kalau kita cenderung meminati bola misalnya, kemungkinan pasangan kita akan kita jumpa di stadium. Kalau kita minat hiburan, kemungkinan kita berjumpa di jom heboh. Dan kalau suka ke majlis-majlis ilmu, kemungkinan kita berjumpa di majlis-majlis ilmu di surau-surau atau di mesjid-mesjid. Pendeknya kecenderungan kita menemukan pasangan kita.
**gambar hanya perhiasan. macam kenal jer yek.
Bertepatanlah dengan firman Allah Taala dalam surah an-Nuur ayat 26 tersebut. Bersedialah berbuat sebanyak-banyak kebaikan, supaya kita mencintai kebaikan. Di atas kebaikan tersebutlah akan menemukan kita seseorang yang juga mencintai kebaikan.
Lelaki yang tahu agama pasti akan mencari perempuan yang beragama. Tentulah perempuan bertudung lebih indah di dalam pandangannya berbanding perempuan yang tidak bertudung. Begitu juga dalam hal berpakaian, minat, pergaulan dan seumpamanya.
Akhirnya.. sebaik-baik wanita itu adalah mereka yang soleh dalam agamanya, sebagaimana hadis berikut: “Dunia itu seluruhnya adalah perhiasan, sebaik-baik perhiasan dunia adalah isteri yang solehah.” (Hadis Riwayat Muslim, Kitab ar-Ridha)
WaAllahuAklam
Thursday, April 3, 2008
ISU FILEM FITNA
Bismi Allah
Semalam aku dapat SMS yang berbunyi:
“Filem FITNAH menghina kesucian Al-Quran dan islam. Puak kafir sudah semakin berani memijak dan menghina islam. Boikot produk Belanda: Philip, Dutchlady, Shell.. Ayuh penganut agama Allah bangkit bangun. Luv Islam? If yes, let’s forward this this mesej. Together we build people’s concern bout islam”
Point dari mesej di atas adalah bertujuan membela islam kerana penghinaan oleh Belanda kerana menerbit filem FITNA dengan memboikot barangan buatan Belanda. Dan kalau kita cintai islam, forwardkanlah mesej tersebut untuk membina masyarakat yang perihatin terhadap islam.
120. orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga Engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk Yang benar". dan Demi Sesungguhnya jika Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu Yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah Engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) Yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu. alBaqarah
Sesungguhnya sudah Allah terangkan bahawa orang-orang yahudi dan nasoro memang tidak sekali-kali akan suka kepada umat islam. Oleh yang demikian, sudah memang perangai mereka yang akan sentiasa menghina islam.
Sewaktu nabi datang ke Thaif pada awal islam, Rasulullah dilempar dengan macam-macam, di ludah, dihina, di ejek dan macam-macam penghinaan lagi sehingga malaikat Jibrail menawarkan pertolongan untuk menghempap kepala mereka dengan gunung. Namun Rasulullah menolak tawaran itu kerana mereka itu adalah orang yang tidak mengetahui. Kalau dia tidak terima islam, mungkin anak-anak mereka, cucu-cucu mereka yang akan menerima islam. Begitulah hebatnya baginda Rasulullah SAW.
Macam itulah yang berlaku di Belanda sekarang ini. Mereka memburukkan islam. Tetapi dalam waktu yang sama, perangkaan menunjukkan bahawa empat buah bandar utama termasuk Rotterdam dan Amsterdam, by year 2015 majority penduduknya adalah beragama islam. Itu di Belanda. Juga di Perancis. Bagaimana kita di sini? Masyarakat kita sedikit demi sedikit menjauhi ajaran islam!!. Malah ada juga orang Malaysia yang menghina islam.. tapi kita buat tidak tahu saja. Yang murtadnya satu hal.
Adalah tidak menjadi kesalahan untuk kita memboikot barangan orang-orang kafir kerana kita sudah ada pilihan untuk memilih yang islamik. Itulah yang sepatutnya. Namun kecintaan kita terhadap islam bukan setakat itu sahaja. Kecintaan dan sayang kita kepada Allah dan RasulNya lebih terbuktikan dengan melaksanakan perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya. Kukuhkan yang ini sekukuh-kukuhnya, insyaAllah walau apa propaganda orang kafir untuk menimbulkan keraguan kita terhadap islam, kita tidak akan terpesona. Malangnya ini tidak berlaku. Kita lebih mencintai TV daripada seruan solat oleh muazin. Lebih cintai akademi fantasial daripada akademi al-quran. Lebih tahu rentak irama lagu daripada qiroat-qiroat bacaan alquran. Mana cinta kita pada islam? Mana? Manaaaaaaa….?

Gambar diatas salah satu penghinaan yang berlaku di dalam negara kita. Tidak ada siapa rakyat Malaysia melayu yang beragama islam yang membantah!!!!
WaAllahuaklam
Subscribe to:
Posts (Atom)
Links to My Slide Picture and MOV
Untuk tidak memberatkan blog ini, semua slide boleh di'exses' melalui links di sini. Sila klik tajuk yang berkenaan.
> Kembara Madinah - Main Pasir (MOV)
> Kembara Madinah - Badar Battlefield (MOV 1) (MOV 2)
> Kembara Madinah - Uhud Battlefield (MOV)
> Kembara Madinah - Kebun Kurma
> Kembara Madinah - Mesjid Quba' (MOV)
> Kembara Madinah - Ladang Unta (MOV)
> Mesjid Nabawi As-Sareef (MOV 1) (MOV 2)

Bismillahirrohmaanirrohim
Ya Allah, Tunjukilah Kami jalan Yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang Yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang Yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang Yang sesat.

WASIAT IMAM AL-GHAZALI
3 perkara yang dengannya kita mampu untuk berzuhud:
1. Tidak mengejar kesenangan dunia yang tidak dimiliki.
" Tiada daya untuk meninggalkan maksiat dan tidak ada kekuatan untuk mengerjakan ketaatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Luhur dan Maha Agung"

2. Membahagikan kesenangan dunia yang kita miliki.
3. Tidak mengkehendaki dunia dalam hatinya dan tidak pula mengusahakannya.