Bismillah
Kelamrin tersentak aku bila guru kami menghuraikan perkara-perkara yang kita selalu beralasan dengannya. Terlalu kerap kita memberi alasan yang salah.
> Kita selalu beralasan sedang sibuk berkerja untuk kita menangguhkan perintah solat. Kenapa kita tidak menangguhlan kerja sehingga kita selesai solat? Tanggungjawab? Tanggungjawab siapa yang lebih kita utamakan? Sedangkan di medan perang pun Rasulullah dan sahabat tetap bersolat sehingga Allah turunkan ayat cara-cara bersolat di dalam peperangan. Solat berjemaah lagi. Bandingkan peperangan dengan kerja kita, mana lebih tinggi risikonya.
> Kita selalu beralasan hujan untuk tidak ke mesjid untuk solat berjemaah sedangkan kita memiliki lebih dari sebuah kereta. Tapi kalau hendak pergi kerja, boleh pulak kita berbaju hujan untuk bermotorsikal ke tempat kerja. Benar hujan adalah salah satu keuzuran syarie. Kalau tidak hujan, macammana?
13. maka Yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, Yang kamu hendak dustakan (Wahai umat manusia dan jin)? - Surah ar-Rahman
> Dalam hal dunia kita boleh bersama-sama ahli keluarga untuk sama-sama menyertainya. Tapi dalam hal akhirat, tidak sedemikian. Contohnya kalau kita ke tempat-tempat perlancungan, shopping komplex dan seumpamanya, kita mampu mengajak anak isteri kita pergi bersama-sama. Tapi kenapa tidak bawa sekali anak isteri ke sama-sama ke majlis-majlis ilmu? Yang mana lebih sepatutnya kita bawa anak bini kita itu?
> Begitu juga halnya dalam perkara-perkara yang membatalkan sesuatu amal seperti solat, puasa, taharah dan seumpamanya, tetapi tidak di dalam perkara yang membatalkan aqidah!
> Yang lebih malang, kita sentiasa rasa cukup dengan amalan akhirat yang tak seberapa, tapi tidak pernah rasa cukup dengan hal dunia. Tidak pernah cukup dengan harta dunia. "Harta kamu adalah apa yang kamu belanjakan". Kita kata, kalau tidak menyimpan, apa nak jadi dengan anak-anak yang kita nak tinggalkan nanti? Kita lupa bekalan akhirat kita. Sedarlah bahawa tiada amalan lagi dah apabila kita di alam kubur nanti. Inilah waktunya untuk mengumpul bekalan akhirat kita.
Memang kita sentiasa berusaha kearah untuk tidak melaksanakan perintah Allah. Sepatutnya kita hingga terpaksa berhelah demi melaksanakan perintah Allah. Pernah kita buat apa-apa alasan, asalkan kita dapat pergi solat Jumaat di waktu kerja? Biasanya kita beri alasan tidak dapat pergi solat Jumaat kerana sedang berkerja. Betul tak? Emm mudah-mudah semuanya menjadi pemangkin untuk kita memperkasakan semangat untuk beribadah. InsyaAllah.
muhasabah: kalau kita ni ahli syurga, sudah tentu kita dipermudahkan dengan amalan-amalan ahli syurga.
7. Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan Yang sesuai Dengan keadaannya);
8. serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan Yang membawanya kepada kejahatan, dan Yang membawanya kepada bertaqwa; -
9. Sesungguhnya berjayalah orang Yang menjadikan dirinya - Yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),
10. dan Sesungguhnya hampalah orang Yang menjadikan dirinya - Yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).
Surah as-Syams
WaAllahu'Aklam
Appointment Dengan Doktor
12 Aug 2009 - FBC @ 10:00 hrs
24 Aug 2009 - 4th Chemoterapy @ 09:00 hrs
24 Aug 2009 - 4th Chemoterapy @ 09:00 hrs
Sunday, April 20, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Links to My Slide Picture and MOV
Untuk tidak memberatkan blog ini, semua slide boleh di'exses' melalui links di sini. Sila klik tajuk yang berkenaan.
> Kembara Madinah - Main Pasir (MOV)
> Kembara Madinah - Badar Battlefield (MOV 1) (MOV 2)
> Kembara Madinah - Uhud Battlefield (MOV)
> Kembara Madinah - Kebun Kurma
> Kembara Madinah - Mesjid Quba' (MOV)
> Kembara Madinah - Ladang Unta (MOV)
> Mesjid Nabawi As-Sareef (MOV 1) (MOV 2)
> Kembara Madinah - Main Pasir (MOV)
> Kembara Madinah - Badar Battlefield (MOV 1) (MOV 2)
> Kembara Madinah - Uhud Battlefield (MOV)
> Kembara Madinah - Kebun Kurma
> Kembara Madinah - Mesjid Quba' (MOV)
> Kembara Madinah - Ladang Unta (MOV)
> Mesjid Nabawi As-Sareef (MOV 1) (MOV 2)
Bismillahirrohmaanirrohim
Ya Allah, Tunjukilah Kami jalan Yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang Yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang Yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang Yang sesat.
Ya Allah, Tunjukilah Kami jalan Yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang Yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang Yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang Yang sesat.
WASIAT IMAM AL-GHAZALI
3 perkara yang dengannya kita mampu untuk berzuhud:
1. Tidak mengejar kesenangan dunia yang tidak dimiliki.
" Tiada daya untuk meninggalkan maksiat dan tidak ada kekuatan untuk mengerjakan ketaatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Luhur dan Maha Agung"
1. Tidak mengejar kesenangan dunia yang tidak dimiliki.
2. Membahagikan kesenangan dunia yang kita miliki.
3. Tidak mengkehendaki dunia dalam hatinya dan tidak pula mengusahakannya.
" Tiada daya untuk meninggalkan maksiat dan tidak ada kekuatan untuk mengerjakan ketaatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Luhur dan Maha Agung"
No comments:
Post a Comment