Appointment Dengan Doktor

12 Aug 2009 - FBC @ 10:00 hrs

24 Aug 2009 - 4th Chemoterapy @ 09:00 hrs

Friday, April 11, 2008

DAYUS

Topik bicara kali ini ialah dayus. Mudah-mudahan memberi manfaat kepada aku dan juga rakan-rakan pembaca yang lain. Lebih-lebih lagi kepada kaum adam dan juga kepada kaum hawa supaya memberi kerjasama terhadap suami mereka agar tidak menjadikan suaminya seorang yang dayus. InsyaAllah.

Apa itu dayus? Kalau dulu pada perspektif aku, dayus tu ialah bila perempuan mintak cerai, tapi laki tidak mahu menceraikannya, maka lelaki tu jadi dayus. Macam cerita-cerita drama yang kita tengok kat TV tu ler… Jauh betul menyimpangnya maklumat yang aku dapat dari TV tu rupa-rupanya. Terdapat beberapa hadis yang menerangkan perihal dayus. Diantaranya adalah seperti yang berikut:

Hadis 1, Ertinya:
Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat: Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki DAYUS" ( Riwayat Ahmad & An-Nasaie: Albani mengesahkannya Sohih : Ghayatul Maram, no 278 )

Hadis 2, Ertinya: Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga: orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )

Pernah juga diriwayatkan dalam hadith lain, soalan yang sama dari sahabat tentang siapakah dayus, lalu jawab Nabi:-
Hadis 3, Ertinya:
Apakah dayus itu wahai Rasulullah?. Jawab Nabi: Iaitu seseorang (lelaki) yang membiarkan kejahatan (zina, buka aurat, bergaul bebas) dilakukan oleh ahlinya (isteri dan keluarganya)

Dapatlah disimpulkan bahawa lelaki dayus ialah seorang lelaki yang bergelar suami kepada isteri-isterinya juga bergelar bapa kepada anak-anaknya yang membiarkan kejahatan dan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya, sedangkan dia berkuasa untuk menegur dan mencegahnya.

Firman Allah SWT bermaksud:
kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal Yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan”

Firman Allah swt bermaksud:
“Peliharalah dirimu dan keluargamu dari seksa neraka.”

Jelaslah bahawa adalah menjadi tanggungjawap seorang lelaki selain dari memimpin dan memelihara diri sendiri dari api neraka, lelaki juga dipertanggungjawapkan untuk memimpin dan memelihara ahli keluarganya dari api neraka. Berat tu brother! Diri sendiri pun belum tahu terpelihara dari api neraka. Macam mana nak selamatkan orang lain?

Contoh mudah yang membolehkan kita jadi dayus ialah, misalnya isteri kita hendak menjemur pakaian di ampaian. Lalu dia pun keluar untuk menjemur pakaian tadi dengan tidak bertudung atau dengan baju T-shirt berkain batik saja. Waktu itu kita sebagai suami pulak cuma tengok bodo je, dengan tidak menegur kesalahan keluar rumah dengan tidak menutup aurat tersebut. Maka layaklah kita menjadi seorang lelaki dayus. Tu contoh paling banyak berlaku. Belum yang keluar ke tengah khalayak ramai lagi tu… Fuhh berat sehh.

Dalam bab aurat ini, memang banyak di kalangan kita yang tidak tahu. Dia kira tutup saja, ok dah. Berikut adalah ayat Allah berkenaan orang perempuan.

31. dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya. An-Nur 31.

Dayus ini hukumnya berdosa besar. Tidak sampai amalan-amalan kita bila kita tergolong dalam golongan dayus. Sia-sia saja amalan kita.

What to do?
Mula-mula kita perlu sedar bahawa kita hidup di dunia ini hanyalah sementara. Segala perbuatan kita akan di hisab di pengadilan Allah. Kemudian kita akan di masukkan kedalam syurga atau neraka. Jadi di depan kita ada satu penghidupan yang kekal, yang mana qualificationnya mengikut amalan kita sekarang ini.

Kemudian tambah-tambahkanlah ilmu, sedikit demi sedikit kita amalkan apa yang kita sudah tahu. Bila kita mula mendekati ilmu-ilmu agama, secara automatik dia (isteri kita) pun mula minat sama. Semuanya atas kita sebagai seorang pemimpin. Siapa yang ajak dia pergi panggung wayang, kalau tak kita? Siapa juga yang ajak dia pergi majlis-majlis ilmu, pun kalau tak kita?

Jadi kita sebagai suami dah bapa, kenalah didik, tegur dan cegah apa-apa yang menyalahi syarak. Sebab itu kita sendiri perlu tahu hukum-hukum syarak. Akhirnya bermujahadah dan istiqomahlah. InsyaAllah.

Finally cintailah Allah dan RasulNya.

Begitulah secara ringkasnya. Cerita banyak-banyak bukan kauorang nak baca pun.

WaAllahuAklam

No comments:

Links to My Slide Picture and MOV

Untuk tidak memberatkan blog ini, semua slide boleh di'exses' melalui links di sini. Sila klik tajuk yang berkenaan.

> Kembara Madinah - Main Pasir (MOV)

> Kembara Madinah - Badar Battlefield (MOV 1) (MOV 2)

> Kembara Madinah - Uhud Battlefield (MOV)

> Kembara Madinah - Kebun Kurma

> Kembara Madinah - Mesjid Quba' (MOV)

> Kembara Madinah - Ladang Unta (MOV)

> Mesjid Nabawi As-Sareef (MOV 1) (MOV 2)
Bismillahirrohmaanirrohim

Ya Allah, Tunjukilah Kami jalan Yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang Yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang Yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang Yang sesat.

WASIAT IMAM AL-GHAZALI

3 perkara yang dengannya kita mampu untuk berzuhud:
1. Tidak mengejar kesenangan dunia yang tidak dimiliki.

2. Membahagikan kesenangan dunia yang kita miliki.

3. Tidak mengkehendaki dunia dalam hatinya dan tidak pula mengusahakannya.


" Tiada daya untuk meninggalkan maksiat dan tidak ada kekuatan untuk mengerjakan ketaatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Luhur dan Maha Agung"