Appointment Dengan Doktor

12 Aug 2009 - FBC @ 10:00 hrs

24 Aug 2009 - 4th Chemoterapy @ 09:00 hrs

Thursday, April 3, 2008

ISU FILEM FITNA

Bismi Allah

Semalam aku dapat SMS yang berbunyi:

“Filem FITNAH menghina kesucian Al-Quran dan islam. Puak kafir sudah semakin berani memijak dan menghina islam. Boikot produk Belanda: Philip, Dutchlady, Shell.. Ayuh penganut agama Allah bangkit bangun. Luv Islam? If yes, let’s forward this this mesej. Together we build people’s concern bout islam”

Point dari mesej di atas adalah bertujuan membela islam kerana penghinaan oleh Belanda kerana menerbit filem FITNA dengan memboikot barangan buatan Belanda. Dan kalau kita cintai islam, forwardkanlah mesej tersebut untuk membina masyarakat yang perihatin terhadap islam.

120. orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga Engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk Yang benar". dan Demi Sesungguhnya jika Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu Yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah Engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) Yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu. alBaqarah

Sesungguhnya sudah Allah terangkan bahawa orang-orang yahudi dan nasoro memang tidak sekali-kali akan suka kepada umat islam. Oleh yang demikian, sudah memang perangai mereka yang akan sentiasa menghina islam.

Sewaktu nabi datang ke Thaif pada awal islam, Rasulullah dilempar dengan macam-macam, di ludah, dihina, di ejek dan macam-macam penghinaan lagi sehingga malaikat Jibrail menawarkan pertolongan untuk menghempap kepala mereka dengan gunung. Namun Rasulullah menolak tawaran itu kerana mereka itu adalah orang yang tidak mengetahui. Kalau dia tidak terima islam, mungkin anak-anak mereka, cucu-cucu mereka yang akan menerima islam. Begitulah hebatnya baginda Rasulullah SAW.


Macam itulah yang berlaku di Belanda sekarang ini. Mereka memburukkan islam. Tetapi dalam waktu yang sama, perangkaan menunjukkan bahawa empat buah bandar utama termasuk Rotterdam dan Amsterdam, by year 2015 majority penduduknya adalah beragama islam. Itu di Belanda. Juga di Perancis. Bagaimana kita di sini? Masyarakat kita sedikit demi sedikit menjauhi ajaran islam!!. Malah ada juga orang Malaysia yang menghina islam.. tapi kita buat tidak tahu saja. Yang murtadnya satu hal.

Adalah tidak menjadi kesalahan untuk kita memboikot barangan orang-orang kafir kerana kita sudah ada pilihan untuk memilih yang islamik. Itulah yang sepatutnya. Namun kecintaan kita terhadap islam bukan setakat itu sahaja. Kecintaan dan sayang kita kepada Allah dan RasulNya lebih terbuktikan dengan melaksanakan perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya. Kukuhkan yang ini sekukuh-kukuhnya, insyaAllah walau apa propaganda orang kafir untuk menimbulkan keraguan kita terhadap islam, kita tidak akan terpesona. Malangnya ini tidak berlaku. Kita lebih mencintai TV daripada seruan solat oleh muazin. Lebih cintai akademi fantasial daripada akademi al-quran. Lebih tahu rentak irama lagu daripada qiroat-qiroat bacaan alquran. Mana cinta kita pada islam? Mana? Manaaaaaaa….?




Gambar diatas salah satu penghinaan yang berlaku di dalam negara kita. Tidak ada siapa rakyat Malaysia melayu yang beragama islam yang membantah!!!!

WaAllahuaklam

No comments:

Links to My Slide Picture and MOV

Untuk tidak memberatkan blog ini, semua slide boleh di'exses' melalui links di sini. Sila klik tajuk yang berkenaan.

> Kembara Madinah - Main Pasir (MOV)

> Kembara Madinah - Badar Battlefield (MOV 1) (MOV 2)

> Kembara Madinah - Uhud Battlefield (MOV)

> Kembara Madinah - Kebun Kurma

> Kembara Madinah - Mesjid Quba' (MOV)

> Kembara Madinah - Ladang Unta (MOV)

> Mesjid Nabawi As-Sareef (MOV 1) (MOV 2)
Bismillahirrohmaanirrohim

Ya Allah, Tunjukilah Kami jalan Yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang Yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang Yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang Yang sesat.

WASIAT IMAM AL-GHAZALI

3 perkara yang dengannya kita mampu untuk berzuhud:
1. Tidak mengejar kesenangan dunia yang tidak dimiliki.

2. Membahagikan kesenangan dunia yang kita miliki.

3. Tidak mengkehendaki dunia dalam hatinya dan tidak pula mengusahakannya.


" Tiada daya untuk meninggalkan maksiat dan tidak ada kekuatan untuk mengerjakan ketaatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Luhur dan Maha Agung"