Appointment Dengan Doktor

12 Aug 2009 - FBC @ 10:00 hrs

24 Aug 2009 - 4th Chemoterapy @ 09:00 hrs

Wednesday, April 16, 2008

KALIMAH PADA TEMPATNYA

Bismi Allah

Hari ini aku nak berbicara perkara dari hal bismillah yang dinukilkan oleh guru kami. Mudah-mudahan memberi manfaat kepada diri aku sendiri juga kepada yang membacanya. InsyaAllah.

Firman Allah Taala, Surah al-Alaq:
1. bacalah (Wahai Muhammad) Dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan (sekalian makhluk),

Merupakan wahyu pertama kepada Rasulullulah SAW yang memerintahkan baginda menyebutnya 'Dengan Nama Tuhanmu Yang Menciptakan iaitu Allah'. Ia menjadi perintah supaya setipa kelakuan dan perbuatan kita dimulakan dengan nama Allah.

Bersabda Rasulullah SAW: 'Tiap-tiap perkara perbuatan yang diharuskan oleh syarak, jika tidak dimulakan dengan menyebut nama Allah, ia menjadi kurang berkat'. au kama qol.

Contohnya: Makan adalah perkara harus. Maka apa bila kita memulakannya dengan menyebut nama Allah iaitu 'bismillah'. ia akan menjadi berkat.

Jadi terdapat 5 hukum syarak yang bersangkut dengan kalimah bismillah ini:

1. Wajib - Menjadi wajib apabila kita membaca al-Faatihah di dalam solat.

2. Sunat - Menjadi sunat apabila kita memulakan sesuatu perkerjaan seperti makan, minum dan seumpamanya.

3. Harus - Menjadi harus apabila kita saja-saja menyebutnya.

4. Makruh - Menjadi makruh apabila kita menyebutnya dalam perbuatan yang makruh seperti makan bawang, petai, jengkol atau seumpamanya.

5. Haram - Menjadi haram apabila kita menyebutnya di dalam perkara yang diharamkan syarak. Contohnya baca bismillah sebelum beli nombor ekor, memulakan konsert yang maksiat atau seumpamanya.

Jadi, kalimah bismillah mesti diletakkan pada tempat yang kena pada tempatnya. Samalah juga dengan perkataan Salam. Dewasa ini ramai artis-artis nak tunjuk 'alim dengan memulakan konsert maksiatnya (seperti Akademi Fantasial) dengan kata-kata salam. Ia perkataan sejahtera Allah. Tak mana sejahteranya kita kalau berada di majlis yang mendatangkan murka Allah. Macamtulah kita bila kejahilan bertokok timbun dalam diri kita. Jangkannya kita sudah berbuat kebaikkan, walhal ianya tidak diterima Allah. Malah mengundang murkaNya.

Amalan kebaikan yang tercemar dengan sedikit perkara yang tiada di dalam agama, maka ia tertolak. Ianya memerlukan nas dan tepat. Tidak boleh dikurang tambah. Umpama satu kawah nasi ada seketul tahi ayam didalamnya, makan ianya jadi haram/tidak boleh dimakan. Juga minuman yang bercampur setitik arak. Apa lagi dalam hal seperti konsert yang diselitkan dengan doa atau salam misalnya. Tak kena pada tempatnya langsung!

Moralnya, hati-hati dengan setiap tindakan kita. Mesti berlandaskan ilmu dalam setiap perlakuan.

WaAllah 'Aklam

3 comments:

Anonymous said...

salam.....

Anonymous said...

salam buat kekanda jais...
ilmu yang disampaikan sangat memberi manafaat...
diharap kekanda dapat memberikan tazkirah yang lebih related dan khusus dalam kehidupan seharian kita sebagai pekerja TITAN dan penghuni jajahan pasir gudang ini.... salam sejahtera buat guru kita yang disayangi Al fadhil Ustaz Mat Esa Deraman...semoga Allah memberkatinya....Amin

Nizam A.

j.MD said...

salam..
To Nizam A
kalau aku dah kat saudi nanti.. bolehlah kau sambung kerja2 upload kuliah ustaz kat blog ni supaya pembelajaran aku masih berterusan walaupun berjauhan.
memangpun blog ni untuk sahabat2 yang berada jauh dirantauan ie Rahman, Lobo, Wahab dll
InsyaAllah

Links to My Slide Picture and MOV

Untuk tidak memberatkan blog ini, semua slide boleh di'exses' melalui links di sini. Sila klik tajuk yang berkenaan.

> Kembara Madinah - Main Pasir (MOV)

> Kembara Madinah - Badar Battlefield (MOV 1) (MOV 2)

> Kembara Madinah - Uhud Battlefield (MOV)

> Kembara Madinah - Kebun Kurma

> Kembara Madinah - Mesjid Quba' (MOV)

> Kembara Madinah - Ladang Unta (MOV)

> Mesjid Nabawi As-Sareef (MOV 1) (MOV 2)
Bismillahirrohmaanirrohim

Ya Allah, Tunjukilah Kami jalan Yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang Yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang Yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang Yang sesat.

WASIAT IMAM AL-GHAZALI

3 perkara yang dengannya kita mampu untuk berzuhud:
1. Tidak mengejar kesenangan dunia yang tidak dimiliki.

2. Membahagikan kesenangan dunia yang kita miliki.

3. Tidak mengkehendaki dunia dalam hatinya dan tidak pula mengusahakannya.


" Tiada daya untuk meninggalkan maksiat dan tidak ada kekuatan untuk mengerjakan ketaatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Luhur dan Maha Agung"