Appointment Dengan Doktor

12 Aug 2009 - FBC @ 10:00 hrs

24 Aug 2009 - 4th Chemoterapy @ 09:00 hrs

Wednesday, April 23, 2008

Kuliah Dosa-Dosa Kecil (21 Apr 08)

Bismillah.
Kuliah hari isnin bersambung dari minggu yang lepas iaitu dosa-dosa kecil.
Dosa yang seterusnya adalah:

9. Mencuri sesuatu kurang dari nisob yang sepatutnya dihukum had (potong tangan).
Riwayat Bukhari dan Muslim, Rasulullah bersabda, "Allah melaknat pencuri telur/topi perang/tali, dengan sebabnya ia dipotong tangan"
> Hukum had adalah hukuman bagi pesalah yang mencuri lebih kadar nisob. Bagi nilai dibawah nisob, ianya dikenakan hukuman takzir.Berapakah nilai kadar yang boleh dikenakan had?
Daripada Aisyah Rasulullah bersabda, "Tidak boleh potong tangan bila nilai kecurian tidak melebihi 1/4 daripada 1 dinar."

Calculation: Zaman Saiyidina Ali, berat 1 dinar = 4.25 gm. Sekiranya harga pasaran emas sekarang = RM100/gm, maka kadar nisobnya = 425 x 1/4 = RM 106.25. Maka nilai kecurian dibawah RM 106.25, hanya dikenakan takzir (dosa kecil).Jika dibandingkan dengan undang-undang konvensional, mencuri RM10 dengan RM 1 juta, hukumannya sama.

Undang-undang islam lebih teliti. Begitu juga sekiranya mencuri dengan alasan terdesak. Islam membebaskan pencuri yang mencuri kerana terdesak kelaparan misalnya,dengan pembuktian.

Sewaktu dizaman pemerintahan Sayidina Umar r.a misalnya, sewaktu zaman kelaparan, ramai yang mencuri, lalu Umar memerintahkan supaya hukum hudud ditawakufkan (pending). Maka sesiapa yang mencuri kerana hendakkan makan, ia dilepaskan. Tetapi yang mencuri kerana memang perangainya, ia dihukum.

Pernah diceritakan, satu hari Umar melihat anaknya makan buah tembikai, lalu dia terkejut dan merampasnya seraya berkata "tidak layak anak Umar al-Khattab makan dalam keadaan orang islam kelaparan!". Dia mengikis biji tembikai untuk anaknya, dan isinya diberi kepada orang ramai untuk dimakan. Orang ramai bertanya, kenapa ya Umar?. Dia menjawap, "Umar dan keluarga Umar akan berlapar selagimana orang islam lapar!".

10. Berpuasa pada hari raya (fitri,adha,tasyrik) tanpa sebab keuzuran melainkan, contohnya:Asasnya kalender islam minimum = 29 hari dan maximum = 30 hari. Jadi :

>Sekiranya kita seorang yang kerap bermusafir hingga merentasi benua misalnya. Dinegara kita, kita sudah berpuasa 28 hari. Lalu kita bermusafir kenegara yang sudah menyambut raya. Hukumnya: kita mesti raikan raya. Puasa kr-29, kita perlulah meng'qada'kannya.

> Sekiranya kita bermusafir pada puasa yang ke-30, lalu tiba di negara yang sedang berpuasa yang ke-29, apakah kita kena berpuasa pada hari esoknya (ke-31 bagi kita)? Disini ada 2 pendapat iaitu, pertama, kita wajib berpuasa pada hari tersebut kerana mesti mengikut ahli balad (negeri tersebut) supaya tidak menimbulkan fitnah. Meraikan puasa ke-31 adalah sedekah.Meraikan : Katalah kita sudah solat, tiba-tiba kita sampai di mesjid jemaah sedang solat, disunatkan kita sama bersolat kerana meraikan masyarakat setempat.

> Dalam hal berpuasa, meraikan adalah wajib. Solat, jadi sunat. Kalau tidak mahu meraikan, jauhkan diri dari situ supaya tidak jadi fitnah/tohmah.

> Bagaimana kalau kita bermusafir dan termenjadi makmum kepada orang yang solat lengkap sedangkan kita tidak tahu?
1. Kita boleh mufarakah.
2. Selesaikan dengan solat lengkap (better).

Manakala berpuasa pada hari tasyrik (11,12&13 Zulhijjah) terdapat beberapa pandangan ulamak. Imam Nawawi mengatakan boleh kepada orang yang kena bayar dam bagi menggantikan kambing yang dia tidak berkemampuan dan kesuntukan masa. ie dam perlu dibayar dengan berpuasa 3 hari di Mekah, 7 hari di kampungnya. Jadi kelonggaran ini khusus kepada mereka yang mengerjakan haji saja. Bagi yang tidak terlibat, adalah berdosa jika ia berpuasa.

Bahkan hari syak pun diharamkan kita berpuasa. Nabi bersabda "Siapa berpuasa sunat pada hari syak adalah haram". Bagaimanapun dibolehkan jika puasa qada.

11. Solat sunat diwaktu yang dilarang iaitu (selepas subuh, selepas asar, matahari tegak atas kepala, ketika matihari kekuningan untuk tenggelam).

Kalau dalam kitab fekah ia disebut makruh tahriimin yang bermaksud haram. Terdapat 2 jenis makruh iaitu:
a) makruh tanziih iaitu buat tidak dapat pahala, tinggal dapat pahala.
b) makruh tahriim iaitu berdosa jika dilakukan. Kenapa disebut makruh? Kerana dalilnya bersifat zhon iaitu tidak begitu kuat sebagaimana penetapan haram yang lain.

Bagaimanapun, pengharaman tersebut adalah kepada solat sunat yang mutlak sahaja. Sedangkan solat sunat bersebab, dibolehkan (seperti dhuha, qada wajib, qada sunat,tahayyiatul masjid dan seumpamanya). Bagaimanapun mazhab Hanifah mengkategorikannya tahayyiatul masjid sebagai sunat mutlak.

>Permasalahan: Apakah solat sunat ihram, adakah sunat mutlak atau bersebab? Bagaimana kalau dia kerjakan selepas waktu asar. Imam Nawawi dan jumhur as-Shafie mentahkiqkannya sebagai sunat mutlak. Imam al-Baghawi (juga bermazhab as-Syafie) pula sebagai sunat bersebab iaitu sebab ihram. Jadi, nak buat macam mana? Kalau kita di Mekah katakan saja kita sedang solat tahayyiatul masjid (bila ditanya).

>Kaedah solat sunat hajat, apa-apa solat sunat 2 rakaat yang kemudiannya kita memohon hajat, ia jadi solat hajat walaupun solat qobliah. Hadisnya: "Siapa yang ada hajat, berwuduklah dan lakukan solat 2 rakaat". Nabi tidak menyebut secara khusus solat hajat.



Wallahu'Aklam.

Links to My Slide Picture and MOV

Untuk tidak memberatkan blog ini, semua slide boleh di'exses' melalui links di sini. Sila klik tajuk yang berkenaan.

> Kembara Madinah - Main Pasir (MOV)

> Kembara Madinah - Badar Battlefield (MOV 1) (MOV 2)

> Kembara Madinah - Uhud Battlefield (MOV)

> Kembara Madinah - Kebun Kurma

> Kembara Madinah - Mesjid Quba' (MOV)

> Kembara Madinah - Ladang Unta (MOV)

> Mesjid Nabawi As-Sareef (MOV 1) (MOV 2)
Bismillahirrohmaanirrohim

Ya Allah, Tunjukilah Kami jalan Yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang Yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang Yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang Yang sesat.

WASIAT IMAM AL-GHAZALI

3 perkara yang dengannya kita mampu untuk berzuhud:
1. Tidak mengejar kesenangan dunia yang tidak dimiliki.

2. Membahagikan kesenangan dunia yang kita miliki.

3. Tidak mengkehendaki dunia dalam hatinya dan tidak pula mengusahakannya.


" Tiada daya untuk meninggalkan maksiat dan tidak ada kekuatan untuk mengerjakan ketaatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Luhur dan Maha Agung"