Bismi Allah.
Alhamdulillah kesyukuran terhadap Allah yang masih memberikan kesempatan kepada aku untuk terus mengikuti kuliah Dosa-Dosa Kecil di Mesjid an-Nuur, Jalan Jelatang, Taman Megahria. Juga selawat keatas jujungan baginda Rasulullah SAW sekeluarga, para sahabat dan pengikut-pengikut baginda SAW hingga hari kiamat.
Kuliah minggu ini bersambung lagi dengan dosa-dosa kecil yang selanjutnya, iaitu:
12. Meninggalkan solat jumaat sekali atau dua kali tanpa keuzuran. Sekiranya tiga kali berturut-turut, ianya menjadi dosa besar. Dan ianya kekal menjadi dosa kecil, sekiranya masih mendirikan solat zohor dan mempunyai alas an keuzuran yang dibenarkan syarak.
Diantara keuzuran yang dibenarkan oleh syarak ialah:
> Sakit atau menjaga orang yang sakit.
> Hujan lebat. Setengah pendapat, sekiranya hujan tersebut tidak menyebabkan banjir, kesesakkan lalu lintas atau seumpamanya, ditambah dengan kemudahan kenderaan berbumbung, maka ianya tidak dianggap sebagai uzur.
> Musafir. Seorang musafir, maka gugur solah Jumaatnya. Terdapat dua pandangan ulamak tentang nilai solat Jumaat dengan Zohor, iaitu:
Pendapat 1: Ianya solat yang berbeza. Iaitu zohor lain, Jumaat lain.
Pendapat 2: Zohor adalah ganti kepada Jumaat.
Permasalahan: Bagaimana sekiranya si musafir juga mendirikan Jumaat? Kepada yang berpeganag kepada pendapat 2, maka gugur Zohornya dan dibolehkan juga terus melaksanakan solat Asar sacara jamak dan qasar.
> Jalan becak. Ini sekiranya ia tinggal di kawasan pendalaman dan jauh dari mesjid.
> Seorang yang dikejar hutang. Islam meletakkan bahawa keuzuran itu termasuk juga dalam hal menjaga harta benda.
> Terhalang dengan sebab kerja. Syeikh Haddat (bekas mufti Johor) membenarkannya sekiranya ia terugut dengan pecat misalnya.
> Maslahat kepada umum seperti polis, tentera, trafik sekiranya dia mengetahui keadaan tidak aman. Bagaimanapun mencari peluang untuk dapat melakukan ketaatan kepada agama, adalah lebih baik.
> Bimbang kepada ancaman nyawa.
Nota: Kepada yang uzur, solat zohornya boleh dikerjakan apabila azan diperdengarkan.
Bagi yang tidak uzur pula, adalah tidak sah zohornya selagi solat Jumaat di mukimnya belum selasai.
14. Melakukan jual beli/nikah ketika azan Jumaat berkumandang melainkan orang yang tidak terlibat seperti musafir, orang perempuan, kanak-kanak, orang sakit dsbnya.
> Sejarah 2 azan di hari Jumaat. Sewaktu zaman nabi SAW, azan Cuma dilaungkan sekali (waktu naik mimbar). Sehinggalah dizaman Usman apabila masyarakat islam semakin ramai, beliau bimbang sekiranya ada yang akan tertinggal Jumaat. Berdasarkan hadis nabi yang menyatakan sekiranya kita dating selepas khatib naik kemimbar, maka Jumaat kita tiada nilainya. Maka beliau memulakan azan 2 kali. Pertama sebagai tanda masuk waktu. Dan kedua, apabila khatib naik ke mimbar.
Manakala dalam hal nikah, sunatnya ialah diawal pagi dan dihari Khamis dalam bulan Syawal.
15. Berjunub/berhaid yang berada di dalam mesjid kecuali lalu. Kalau duduk saja, dilarang.
16. Sentuh al-Quran tanpa wuduk. “Tidak boleh menyentuh al-Quran melainkan dalam keadaan suci”. Tafsir quran adalah terkecuali.
17. Tidak melaksanakan sumpahnya. “Nazar keluar dari mulut orang yang bersifat bakhil”. Nabi melarang kita mengamalkan sumpah atau nazar. Nazar yanh boleh adalah nazar Maryam untuk tidak akan berkata-kata selama 3 hari seperti yang terkandung di dalam alQuran.
Sekianlah sahaja antara beberapa perkara yang menjadi dosa kecil yang sempat aku catatkan.
WaAllahuaklam
Appointment Dengan Doktor
12 Aug 2009 - FBC @ 10:00 hrs
24 Aug 2009 - 4th Chemoterapy @ 09:00 hrs
24 Aug 2009 - 4th Chemoterapy @ 09:00 hrs
Tuesday, April 29, 2008
Links to My Slide Picture and MOV
Untuk tidak memberatkan blog ini, semua slide boleh di'exses' melalui links di sini. Sila klik tajuk yang berkenaan.
> Kembara Madinah - Main Pasir (MOV)
> Kembara Madinah - Badar Battlefield (MOV 1) (MOV 2)
> Kembara Madinah - Uhud Battlefield (MOV)
> Kembara Madinah - Kebun Kurma
> Kembara Madinah - Mesjid Quba' (MOV)
> Kembara Madinah - Ladang Unta (MOV)
> Mesjid Nabawi As-Sareef (MOV 1) (MOV 2)
> Kembara Madinah - Main Pasir (MOV)
> Kembara Madinah - Badar Battlefield (MOV 1) (MOV 2)
> Kembara Madinah - Uhud Battlefield (MOV)
> Kembara Madinah - Kebun Kurma
> Kembara Madinah - Mesjid Quba' (MOV)
> Kembara Madinah - Ladang Unta (MOV)
> Mesjid Nabawi As-Sareef (MOV 1) (MOV 2)
Bismillahirrohmaanirrohim
Ya Allah, Tunjukilah Kami jalan Yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang Yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang Yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang Yang sesat.
Ya Allah, Tunjukilah Kami jalan Yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang Yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang Yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang Yang sesat.
WASIAT IMAM AL-GHAZALI
3 perkara yang dengannya kita mampu untuk berzuhud:
1. Tidak mengejar kesenangan dunia yang tidak dimiliki.
" Tiada daya untuk meninggalkan maksiat dan tidak ada kekuatan untuk mengerjakan ketaatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Luhur dan Maha Agung"
1. Tidak mengejar kesenangan dunia yang tidak dimiliki.
2. Membahagikan kesenangan dunia yang kita miliki.
3. Tidak mengkehendaki dunia dalam hatinya dan tidak pula mengusahakannya.
" Tiada daya untuk meninggalkan maksiat dan tidak ada kekuatan untuk mengerjakan ketaatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Luhur dan Maha Agung"