Appointment Dengan Doktor

12 Aug 2009 - FBC @ 10:00 hrs

24 Aug 2009 - 4th Chemoterapy @ 09:00 hrs

Wednesday, April 23, 2008

Kuliah Dosa-Dosa Kecil (14 Apr 08)

Bismi Allah

Setiap suatu perkara yang disebut di dalam al-quran dan al-hadis adalah tergolong didalam dosa-dosa besar. Telah disebutkan dalam kuliah sebelum ini tentang perkara-perkara yang menjadi tanda bahawa ianya adalah dosa besar. Maka sesuatu yang tidak di sebut didalam al-quran dan al-hadis, ianya adalah dosa-dosa kecil.

Diantaranya ialah:

1. Melihat wanita ajnabiah dengan tanpa hajat. Kalau dengan hajat (syahwat atau seumpamanya) ia menjadi dosa besar. Begitu juga dengan mencium wanita ajnabiah. Ianya merupakan satu kesalahan dan boleh dikenakan hukuman takzir. Didalam buku 'perbendaharaan sunnah' ada menyebut, 'mencium, bercakap lucah dan menganggu wanita di perjalanan, boleh dikenakan hukuman takzir.note: takzir ialah satu hukuman yang terpulang pada pemerintah kadarnya.

2. Keluar daripada mesjid diwaktu atau selepas azan dengan tanpa keuzuran. Adalah tidak dibenarkan kita saja-saja-keluar dari mesjid diwaktu didengarkan azan atau sedang menunggun iqamah. Ianya menjadi dosa kecil! Waktu zaman Rasulullah ianya jadi tanda orang munafik.

3. Tidak menjawab salam. Tidak sampai kepada tahap dosa besar kerana didalam hadis-hadis Nabi SAW tidak terkandung ancaman-ancaman jika tidak menjawab salam.

>persoalan: sekiranya salam tersebut ditulis di dalam surat atau SMS? Hukumnya, wajib jawab. Sekali sahaja iaitu bukaan yang pertama saja. Bagaimanapun tulisan salam yang ringkas seperti slm, aslm or etc, tidak wajib dijawab. Hukum asal menjawab salam ialah salam yang kita dengar.

>persoalan: Cerai SMS. Sudah dibahaskan beberapa tahun yang lalu. Ianya dikiaskan dngan 'kitabah' (penulisan), maka jatuh talak. Contohnya, 'Bila kamu terima surat ini maka jatuh tak'... so akan jatuh talak bilamana ia terima surat tersebut walaupun lama tempohnya.

>persoalan: Selawat ringkas di dalam penulisan seperti SAW. Ulamak berkata: ianya ciri-ciri orang kedekut. Kita dituntut untuk menjawab dengan selawat bilamana Nabi SAW disebut namanya. Walaubagaimanapun bila disebut berulang kali, memadai kita sebut sekali.

4.- Tidak hadir walimah/jamuan. Bagaimanapun ianya bersyarat. Walimah tersebut mestillah:

> Mazhab asSyafie mensyaratkan walimah mesti dilakukan selepas berlakunya persetubuhan. Maka kalau belum berlaku persetubuhan, ianya tidak wajib datang.

> Tidak mengandungi perkara-perkara yang haram`seperti berkaraoke, bercampur lelaki dan wanita dan seumpamanya.

> Tidak dikhususkan kepada orang kaya sahaja.

> Tidak terdapat arak.

5. Bermain permainan dadu, catur atau permainan orang ajam. Juga terup. Ianya menjadi haram (dosa besar) bila ada perjudian di dalam permainan tersebut. Terdapat ulamak yang menghukum fasik dengan menolak sesiapa-yang demikian ditolak penyaksiannya. Bagaimana pun al-qardhawi membolehkan permainan tersebut selagi tidak diikuti dengan perjudian.

> komen: Sesuatu yang terdapat kekhilafan yang kuat seelok-eloknya kita jauhi. Mainlah permainan yang tidak ada kena mengena dengan perjudian seperti berenang, memanah atau berkuda yang memangnya dituntut di dalam islam.

6. Mencukur janggut. Jumhur ulamak mewajibkan lelaki menyimpan janggut. Mencukurnya adalah haram (dosa kecil). Bagaimanapun al-qardhawi sedikit longgar dalam hal ini. Asasnya untuk membezakan orang islam dengan orang kafir. Walaubagaimanapun apabila orang kafir juga menyimpan janggut, maka asas untuk membezakan menjadi gugur? Bagaimanapun, menyimpannya adalah sunnah.

7. Menghimpunkan solat zohor dengan asar atau maghrib dengan isyak tanpa sebab. Ianya dipanggil Jamak Suuri iaitu melewatkan solat zohor menghampiri waktu asar. Selesai saja solat zohornya, waktu asar pun masuk, lalu dia terus solat asar. Kalau sekali-sekali atas sebab yang dibenarkan, tidak mengapa. Tapi kalu jadi habit, ianya berdosa!

8. Meninggalkan rasa cinta atau rahmat kepada ibu bapa walaupun mereka teruk macam mana pun. Hak kita terhadap ibu bapa tetap dijaga walaupun kita maklum mereka itu jahat atau seumpamanya. Sebagaimana anak kepada Abdullah bin Ubayy bin Salo dan Ikrimah bin Abu Jahl.

Sekian untuk kuliah pada malam ini yang sempat aku catat.

Allah Aklam

Links to My Slide Picture and MOV

Untuk tidak memberatkan blog ini, semua slide boleh di'exses' melalui links di sini. Sila klik tajuk yang berkenaan.

> Kembara Madinah - Main Pasir (MOV)

> Kembara Madinah - Badar Battlefield (MOV 1) (MOV 2)

> Kembara Madinah - Uhud Battlefield (MOV)

> Kembara Madinah - Kebun Kurma

> Kembara Madinah - Mesjid Quba' (MOV)

> Kembara Madinah - Ladang Unta (MOV)

> Mesjid Nabawi As-Sareef (MOV 1) (MOV 2)
Bismillahirrohmaanirrohim

Ya Allah, Tunjukilah Kami jalan Yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang Yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang Yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang Yang sesat.

WASIAT IMAM AL-GHAZALI

3 perkara yang dengannya kita mampu untuk berzuhud:
1. Tidak mengejar kesenangan dunia yang tidak dimiliki.

2. Membahagikan kesenangan dunia yang kita miliki.

3. Tidak mengkehendaki dunia dalam hatinya dan tidak pula mengusahakannya.


" Tiada daya untuk meninggalkan maksiat dan tidak ada kekuatan untuk mengerjakan ketaatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Luhur dan Maha Agung"