Bismi Allah
Sebagai sambungan dari topik dayus yang sebelumnya, berikut adalah di antara perbuatan yang menyebabkan lelaki menjadi dayus. Dayus adalah perbuatan dosa besar, yang mana memerlukan taubat untuk menghapuskannya.
Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-
1. Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.
2. Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.
3. Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.
4. Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.
5. Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.
6. Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.
7. Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.
8. Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.
9. Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.
10. Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.
Demikianlah antara perkara yang menjadi perkara biasa di kalangan kita yang tanpa disedari ianya menjadikan kita manusia dayus. Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.
Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.
WaAllahu Aklam
Appointment Dengan Doktor
12 Aug 2009 - FBC @ 10:00 hrs
24 Aug 2009 - 4th Chemoterapy @ 09:00 hrs
24 Aug 2009 - 4th Chemoterapy @ 09:00 hrs
Tuesday, April 15, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Links to My Slide Picture and MOV
Untuk tidak memberatkan blog ini, semua slide boleh di'exses' melalui links di sini. Sila klik tajuk yang berkenaan.
> Kembara Madinah - Main Pasir (MOV)
> Kembara Madinah - Badar Battlefield (MOV 1) (MOV 2)
> Kembara Madinah - Uhud Battlefield (MOV)
> Kembara Madinah - Kebun Kurma
> Kembara Madinah - Mesjid Quba' (MOV)
> Kembara Madinah - Ladang Unta (MOV)
> Mesjid Nabawi As-Sareef (MOV 1) (MOV 2)
> Kembara Madinah - Main Pasir (MOV)
> Kembara Madinah - Badar Battlefield (MOV 1) (MOV 2)
> Kembara Madinah - Uhud Battlefield (MOV)
> Kembara Madinah - Kebun Kurma
> Kembara Madinah - Mesjid Quba' (MOV)
> Kembara Madinah - Ladang Unta (MOV)
> Mesjid Nabawi As-Sareef (MOV 1) (MOV 2)
Bismillahirrohmaanirrohim
Ya Allah, Tunjukilah Kami jalan Yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang Yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang Yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang Yang sesat.
Ya Allah, Tunjukilah Kami jalan Yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang Yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang Yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang Yang sesat.
WASIAT IMAM AL-GHAZALI
3 perkara yang dengannya kita mampu untuk berzuhud:
1. Tidak mengejar kesenangan dunia yang tidak dimiliki.
" Tiada daya untuk meninggalkan maksiat dan tidak ada kekuatan untuk mengerjakan ketaatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Luhur dan Maha Agung"
1. Tidak mengejar kesenangan dunia yang tidak dimiliki.
2. Membahagikan kesenangan dunia yang kita miliki.
3. Tidak mengkehendaki dunia dalam hatinya dan tidak pula mengusahakannya.
" Tiada daya untuk meninggalkan maksiat dan tidak ada kekuatan untuk mengerjakan ketaatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Luhur dan Maha Agung"
No comments:
Post a Comment