Appointment Dengan Doktor
24 Aug 2009 - 4th Chemoterapy @ 09:00 hrs
Friday, May 30, 2008
Istemewanya Madinah - Makam Rasulullah
Bagi menambahkan rasa kerinduan kepada Madinah umumnya dan Rasulullah SAW khususnya, kali ini aku publish pula tentang makam Rasulullah. Semoga memberi sedikit persediaan ilmu sebelum berkunjung kesana.
Makam Rasulullah
1. Setelah para pengunjung selesai menunaikan sembahyang sunat Tahiyyatul Masjid, mereka bolehlah menuju ke bilik Nabi lalu berdiri menghadap ke Makam Nabi s.a.w dan memberi salam dengan ucapan:
السلام عليك يا رسول الله، السلام عليك يا حبيب الله، السلام عليك يا خير خلق الله، أشهد أنك بلغت الرسالة وأديت الأمانة، ونصحت للأمة وجاهدت في سبيل الله حتى أتاك اليقين.
Yang bermaksud: "Selamat sejahteralah wahai Rasulullah, selamat sejahteralah wahai Habibullah, selamat sejahteralah wahai sebaik-baik makhluk Allah, Aku bersaksi bahawa engkau telah menyampaikan risalah, menunaikan amanah tanggungjawab, memberi nasihat kepada umat dan engkau telah berjihad kerana meninggikan agama Allah sehingga keyakinan datang kepada engkau".
2. Kemudian bergeraklah ke kanan selangkah dan ucaplah salam kepada Saidina Abu Bakar As-Siddiq dengan ucapan:
السلام عليك يا أبا بكر، السلام عليك يا ثاني اثنين إذ هما في الغار، السلام عليك يا خليفة رسول الله
Yang bermaksud: " Salam sejahtera kepadamu wahai Abu Bakar, salam sejahtera wahai sahabat yang bersama Rasululah s.a.w di dalam gua Thur, salam sejahtera kepadamu wahai Khalifah Rasulullah s.a.w.
3. Kemudian bergerak ke kanan selangkah lagi dan ucaplah salam kepada Umar Al-Faruq dengan ucapan:
السلام عليك يا أمير المؤمنين، السلام عليك يا أبا حفص، السلام عليك يا غلق الفتنة.
Yang bermaksud: "Salam sejahtera kepadamu wahai Amirul Mukminin, salam sejahtera wahai Abu Hafsin, salam sejahtera wahai pengunci segala fitnah".
4. Kemudian hadaplah ke arah kiblat dengan membelakangi bilik Nabi yang mulia dan seterusnya meninggalkan tempat tersebut untuk para pelawat lain lalu berdoalah kepada Allah dengan apa jua doa yang dikehendaki samada yang berkaitan dengan perkara-perkara dunia atau akhirat
WaAllahuaklam
Tuesday, May 27, 2008
Istimewanya Madinah
Hari semakin menghampirkan kita (yang sudah sign offer letter SABIC) kepada sebuah bandar yang begitu mengesankan jiwa. Bandar dimana jasad Rasulullah, Abu Bakr as-Siddiq, Umar al-Khattab dan beberapa sahabat besar yang lain disemadikan. Bandar yang memberi seribu erti kepada pencintanya. Beruntunglah kepada siapa yang terpilih untuk menyumbang tenaga disana. Sewajarnya untuk kita berbangga dengannya. Mudah-mudahan memberi semangat kepada yang masih was-was dengan pelbagai alasan. InsyAllah.
Rasulullah pernah berdoa yang maksudnya:“Ya Allah, berikanlah kecintaan kami kepada Madinah sebagaimana Engkau berikan kecintaan kepada Makkah, atau lebih dari itu dan bersihkanlah ia serta berkatilah kepada kami dalam makanan dan bekalnya dan gantikan wabak penyakitnya dengan juhfah.” - Riwayat Bukhari dan Muslim
Huraian Hadis:
Rasulullah SAW telah berhijrah ke Madinah dan menjadikannya sebagai medan dakwah dan seterusnya sebagai Tanah Suci kedua selepas Tanah Suci Makkah al-Mukarramah. Ia kaya dengan sejarah-sejarah yang jelas terkandung di dalam Al-Quran. Sebelum Rasululullah SAW memasuki Madinah, ia merupakan sebuah negeri tempat bersarangnya penyakit.
Antara kelebihan Madinah
1.Bumi Yang Subur Dan Makmur- Bumi Madinah mengeluarkan tamar Ajwah yang mempunyai khasiat lebih daripada khasiat yang terdapat pada tamar-tamar lain. Rasulullah SAW pernah bersabda: “Sesiapa yang di waktu pagi makan 7 biji kurma Ajwah, pada hari itu dia tidak akan terkena racun mahupun sihir.”
2. Masjid Nabawi- Ia terletak di tengah-tengah kota Madinah. Asalnya ia merupakan tapak pusat pengeringan tamar dan kebun tamar milik dua orang anak yatim iaitu Suhail dan Sahl. Rasulullah SAW telah membeli tanah itu daripada mereka dan membangunkan masjid bersama-sama dengan Kaum Ansar dan Muhajirin. Sabda Rasulullah SAW: “Pahala solat di masjidku ini adalah 1000 kali lebih baik daripada solat di lain-lain masjid kecuali di Masjidil Haram,” ( Bukhari dan Muslim)
3. Tanah Haram- Seperti Makkah, Madinah juga merupakan tanah haram. Ianya menjadikan setiap umat Islam sentiasa berwaspada dan memelihara diri daripada melakukan perkara yang dimurkai Allah SWT ketika berada di sana. Rasulullah SAW pernah bersabda: “Madinah adalah tanah haram, letakknya antara Bukit Eir dan Bukit Tsur,sesiapa yang melakukan kezaliman (maksiat) atau melindungi orang yang melakukan kezaliman di dalamnya maka ke atasnya laknat Allah SWT,malaikat dan manusia seluruhnya dan semua amalan sama ada yang wajib atau sunat tidak diterima oleh Allah SWT daripadanya pada hari kiamat kelak.” ( Bukhari dan Muslim)
4.Keutamaan Meninggal Dunia di Madinah- iaitu bagi sesiapa yang boleh menetap di Madinah hingga sampai ajalnya. Oleh kerana ini jugalah maka Khalifah Umar r.a pernah berdoa kepada Allah SWT: “Ya Allah, kurniakanlah aku syahid di jalan-Mu dan jadikanlah matiku di negeri Rasul Mu.”
5.Terpelihara Daripada Dajjal- Madinah merupakan kota yang dijanjikan Rasulullah tidak akan di masuki oleh Dajjal. Anas ibn Malik r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Tidak ada suatu negeri pun kecuali Dajjal akan memasukinya kecuali Makkah dan Madinah ,di keduanya tidak terdapat satu tempat pun kecuali para malaikat akan berbaris menjaganya. .Kemudian Madinah akan menggongcangkan penduduknya sebanyak tiga kali,lalu Allah SWT mengeluarkan setiap orang kafir dan munafik.” (Riwayat Bukhari)
Demikianlah antara kelebihan atau keistimewaan Madinah. Maka tidak hairanlah jika sekali bumi Madinah dipijak, akan terasa kerinduan untuk mengunjunginya lagi. Ini kerana suasana di Madinah cukup aman dan damai serta penuh dengan ketenangan. Semoga dengan mengunjungi Madinah akan dapat menambahkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah SWT.
WaAllahuaklam
Monday, May 26, 2008
Kampungku - Sepetang di Tj Pengelih
Kalau semalam aku cerita pasal tumbuh-tumbuhan di kampung, hari ini aku nak cerita sikit perhal sejarah kat kampung aku. So kalau dah kat kampung, aku memang tak miss pergi ke Tanjung Pengelih. Saja tengok-tengok tempat bermain dulu-dulu.
Di Tanjung Pengelih ni terdapat sebuah kubu zaman British. British buat kubu ni untuk pertahan Malaya dari serangan Jepun. Malangnya, Jepun serang Malaya daripada Kelantan. Sekelip mata Malaya ditawan Jepun. Dulu aku dengar kubu ni nak dijadikan salah satu tempat bersejarah, tapi sampai sekarang macam tu jugak....
Tanjung Pengelih ni juga adalah salah satu pintu masuk ke Malaysia dari Singapura dengan menggunakan khidmat bot. Kalau dulu, jetty ini menghubungkan Tj Pengelih ke Kong-Kong, Santi, Pasir Gogok, Singapura dan beberapa buah kampung lagi। Kalau tak caya visit blog http://www.boogees.blogspot.com/ pun ada cerita yang sama. Tapi jetty Tj Pengelih dah semakin cantik. Bukan macam jetty Kong-Kong... cekai!.
Selain tu, di sini terdapat pengkalan tentera laut Malaysia. Betul-betul bersebelahan dengan jetty ni. Kalau nak tengok Pulau Singapura pun very clear. Kalau tak salah aku, kat sebelah sana tu Changi. Memang nampaklah kapalterbang turun naik. Haa kalau nak tengok Pulau Batu Putih, kat sebelah Ramunia memang nampak jelas dengan mata kasar + teropong. Dah jadi Singapura punya dah. Kesian Malaysia. 'Ghani Patail tak berwibawa' kata Karpal Singh. Kene main-mainkan dengan loyar Singapura jer. Kalah berhujah dengan markah 12-4. Kira kalah teruklah tu ye tak. Mamat tu kalau domestic, bolehlaaa. Pegi International.. out.
Oklah main lama melalut dah ni.. Marah pulak kerajaan Malaysia. Hehe Aku Anak Malaysia.
Wasalam
Saturday, May 24, 2008
Kampungku > Catatanku 24 May 2008
Sesampai je aku terus menuju rumah pak cik aku di Kampung Sungai Kapal. Bila dah jumpa.... berborak jer lah. Pas maghrib kami makan malam di Tanjung Kapal Resort. Emm tak sempat aku nak ambil beberapa shot gambar, kerana hari sudh0ah gelap.. Datang melantak jer lah.. Tapi petang tu sempat jugaklah aku merakamkan beberapa gambar tumbuh-tumbuhan di sekitar rumah pak cik aku.
Haa yang ini siapa yang tidak tahu, inilah pokok getah. Dalam mangkuk tu namanya 'ojol'. Sekarang mahal wehh. RM 4 sekilo. Kalau dulu tak sampai seringgit pun. Kalau zaman aku sekolah dulu, selalulah aku tolong bapak aku 'kopek ojol' nih. Baunya jangan ceritalah, melantung seyyy. Bacin mak cin, yang penting itulah sumber pencarian keluarga aku di kampung. oh yer kampung aku dibesarkan kat Chemplak Barat. Anak felda beb.
Haa yang ni takkan korang tak tahu pulak... pokok kelapa gading namanya। Pokok ni rendang jer walaupun dah berusia tua। Kalau kat kampung petik sendiri je n0kalau nak minum air kelapa muda. Isinya bernama 'degan'... Emm sedap seyy kalau pekena dengan gula merah. PerghW!!!
Haa yang sebelah sini, pokok durian namanya। Orang bandar jumpa buahnya jer, pokoknya tak kenal pun॥ Ni pokok durian teknologi tinggi nih। Rendang je, tapi.... buah bergayut seyyy। Makan tak habis tau।
Kesimpulannya... aku rindu kampung halamanku... Setahun sekali je aku berkesempatan kesana...bila raya jer। Finally, jom balik kampung wehhh॥
Wasalam
Friday, May 23, 2008
Halangan Bertaqarrub - part 2
Alhamdulillah. Sempat lagi untuk aku menyambung kupasan dari kitab ‘TAQARRUB’ ini untuk menambah-nambah sedikit ilmu. Kebetulan cuti sekolah sudah tiba, maka kuliah-kuliah dalam minggu ini tertangguh kerana al-fadhil Ustaz bercuti di kampungnya di Terengganu Darul Iman.
Maka, perkara kedua yang menjadi penghalang kepada kita untuk bertaqarrub itu ialah:
2. Halangan dari dalam. Iaitu halangan yang datangnya dari dalam diri manusia itu sendiri. Ianya meliputi:
> Naluri:
Dalam diri kita ada naluri keinginan kearah yang mulia seumpama naluri berjuang, naluri jodoh, naluri makan dan lain-lain. Namun terdapat juga naluri yang cenderung kepada tingkatan yang rendah yang dapat disama ertikan dengan hawa nafsu, syahwat, angkara murka dan watak-watak buruk lainnya.
> Penyakit-penyakit ruhani:
Penyakit jenis ini adalah seumpama munafik (nifaq), dengki (hasad), riak sombong (takabbur), marah (ghadab), kejam (zalim), lesu ruhani dan lain-lain yang disebut muhlikat iaitu sifat-sifat yang merosakkan.
> Penyakit jasmani
Penyakit ini seumpama lumpuh badan, lanjut usia, sakit dan lain-lain yang bersifat jasmani. Namun ianya tidaklah mutlak. Bagaimanapun ada juga yang mampu mengatasinya dan tidak patah semangat untuk terus bertaqarrub kepada Allah.
Ya, kesempatan inilah yang dijadikan saluran oleh syaitan untuk menggoda manusia lalu menjauhi diri dari bertaqarrub kepada Allah. Rasululluh bersabda: “Sesungguhnya Syaitan itu berjalan di dalam diri manusia mengikuti perjalanan pembuluh darahnya”.
Walaubagaimanapun pasti ada jalan untuk mengatasi setiap halangan, samada dari luar ataupun dalam. Bermula dari tahu punca, kita mencari penawarnya, insyaAllah. Yang penting kita cenderung untuk mencari ilmu tentangnya.
WaAllahuaklam.
Wednesday, May 21, 2008
Halangan Untuk Bertaqarrub
Sudah lama juga aku tidak berkongsi tentang isi kandung buku TAQARRUB ini dengan rakan-rakan sekalian. Maka hari ini aku sambung kembali, mudah-mudahan memberi manfaat untuk semua. Tajuk berikutnya ialah halangan dan rintangan untuk bertaqarrub.
Untuk mencapai tingkat kemuliaan disisi Allah, kita perlulah bertaqarrub dengan mentaati perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Namun setiap perjuangan pasti ada halangannya. Dan kita seharusnya mempersiapkan diri untuk menghadapi halangan itu dengan kelengkapan yang diperlukan.
Ada 2 halangan terbesar yang perlu dihadapi oleh mereka-mereka yang memilih untuk cekal bertaqarrub.
1 Halangan dari luar. Diantara halangan luar itu ialah:
Pengaruh manusia. Secara langsung mahupun tidak, pemikiran dan tindakan kita dipengaruhi oleh dengan siapa kita berteman dan bergaul. Berkawan dengan orang soleh boleh menempiaskan sifat solehnya kepada kita. Begitu juga sebaliknya. Inilah pengaruh utama yang menjadi halangan kepada kita. Kita tidak pernah dipaksa atau dirayu oleh manusia untuk merintangi kita supaya beramal baik.
Pengaruh Alam. Kita biasanya lebih selesa untuk beramal sekiranya suasana alam membantu kita. Antaranya dengan udara dan suhu yang nyaman, pasti menimbulkan semangat untuk beribadat. Setakat ini kita tidak pernah diancam dengan huru-hara.
Pengaruh kedudukan. Jawatan dan pangkat dalam perkerjaan mungkar boleh menghalang bertaqarrub kepada Allah.
Godaan Harta benda. Ramai kita yang memandang harta sebagai suatu yang membawa kepada kebahagiaan sehingga kita bertungus lumus melonggokkan harta justeru melalaikan diri dari bertaqarrub. Ingatan Allah dalam suran al-Munafiqun:9,
“ Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). dan (ingatlah), sesiapa Yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang Yang rugi.”
Demikianlah diantara rintangan dan halangan dari dalam. Dengannya ada yang terjerumus dalam perangkap syaitan dan ada juga yang berjaya mengatasinya.
Yang Mana Paling Jahat
Assalamualaikum semua. Hari ini aku nak bercerita tentang yang mana satu paling jahat. Cerita ini diceritakan oleh Ust ME di kuliahnya tempohari. Aku rakamkan untuk kita sama-sama fikirkan.
Diceritakan, ada 3 orang pemuda yang masing-masing membanggakan kejahatan mereka. Maka tampillah 3 pemuda yang masing-masing membuktikan kejahatan masing-masing.
1. Pemuda pertama tampil lalu berkata, “Akulah lelaki paling jahat. Aku merogol perempuan”.
2. Pemuda kedua pun tampil seraya berkata, “Aku lagi jahat kerana aku bukan saja merogol malah membunuh perempuan yang aku rogol”.
3. Pemuda ketiga tampil lalu berkata, “Akulah yang paling jahat kerana perempuan yang kamu rogol dan bunuh itu adik aku dan aku membiarkannya sahaja”.
Begitulah gambaran umat islam sekarang ini. Pemuda pertama itu umpama Amerika keatas Palestine, kedua umpama Israel keatas Palestine dan yang ketiga umpama kita orang islam yang hanya menyaksikan saudaranya di Palestine dirogol dan dibunuh. Sebenarnya yang paling jahat ialah kita. Kita umat islam yang tidak melakukan apa-apa. Nak berjihad dengan nyawa? Jauh sekali. Jihad dengan harta? Membantu dengan doa pun kita tidak mampu….
Dalam setiap zaman akan ada umat islam yang berjuang kepada Allah walaupun saudara mereka yang lain membiarkannya sahaja. Begitulah gambaran Allah terhadap orang-orang Palestine yang berjuang bersendirian di bumi mereka sedang bangsa Arab yang berada disekeliling mereka cuma melihat saja.
Ya, apakah sumbangan kita kepada mereka? Bantulah dengan bantuan kewangan dimana-mana tabung untuk rakyat Palestine. Atau setidak-tidaknya dengan doa.. Itulah tanda kecintaan kita kepada saudara seislam kita. InsyAllah
WaAllahuaklam
Monday, May 19, 2008
Kuliah Penghapus Dosa > 19 May 2008
Segala pujian bagi Allah. Kesejehteraan kepada baginda Rasulullah SAW, keluarganya, para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya dari masa ke masa hingga hari kiamat.
Taubat adalah amalan khusus bagi menghapus segala dosa sama ada yang besar mahupun yang kecil. Bagaimanapun terdapat juga perkara perbuatan yang akan menghapuskan dosa-dosa besar oleh seseorang pelaku dosa besar. Di antaranya ialah;
1. Terhapus dosa besar apabila pelaku telah dijalankan hukuman dengan hukuman had atau hudud Allah. Diakhirat kelak dia tidak akan dihukum lagi. Ini berbeza dengan hukumam konvensional yang mana tidak akan menghapus dosa tersebut. Ia sekadar melepaskan hukumnya di dunia.
Satu peristiwa dimana seorang perempuan yang sudah bersuami melakukan zina dan dikenakan hukuman rejam sampai mati. Ada seorang perempuan yang merejamnya sambil melaknat si pesalah tersebut lalu ditegur oleh nabi dengan berkata, "Jangan kamu berkata demikian, sesungguhnya wanita ini dengan sebab dia dihukum,Allah menebus dosa-dosanya dan dengan sebab penyesalannya kalau dibahagi-bahagikan kepada penduduk Madinah, maka penduduk Madinah pun tidak perlu bertaubat"
Hadis 1: Ubaidah bin Someq meriwayatkan. Sesungguhnya Nabi yang sedang dikelilingi para sahabat berkata, "Berjanjilah kepadaku, kamu tidak akan menyekutukan Allah dengan sesuatu, dan kamu tidak anak mencuri, dan kamu tidak akan berzina, dan kamu tidak akan membunuh anak-anak kamu, dan kamu tidak akan melakukan pendustaan yang kamu reka samada dengan tangan atau kaki kamu, dan kamu tidak pernah menghalang perbuatan yang baik dan sesiapa yang menyempurnakan perjanjian ini denganku,maka balasannya akan dibalas oleh Allah dan SESIAPA MELAKUKAN SALAH SATU DARI YANG DISEBUT, LALU DIHUKUM DENGAN HUKUM ALLAH MAKA IA MENJADI PENEBUS KEPADA DOSANYA"
Dan sesiapa yang ditutup kejahatannya di dunia (terlepas dari hukuman) maka terserah pada Allah untuk menghukumnya diakhirat kelak.
Dan sesiapa yang tidak melakukan dosa besar tersebut, dijamin oleh nabi untuk masuk syurga. Maka dengan sebab itu wajib kita mengetahui perkara-perkara yang mendatangkan dosa besar. Malah muqadimah kepada dosa besar juga. Apa itu muqadimah dosa besar?
Setiap dosa besar ada muqadimahnya, misalnya syirik. Bermula dari filem-filem hantu yang banyak kurafat. Ramai yang suka dengannya yang boleh memerangkap kita kepada syirik. Banyak lagi perkara-perkara yang boleh memerangkap kita kepada syirik. Dan setiap dosa besar itu ada muqadimahnya. Sebab itu islam menutup lubang-lubang maksiat bagi menghalang maksiat yang lebih besar.
WaAllahuaklam.
Sunday, May 18, 2008
2 sahabat ke Arab Saudi 18 May 2008
Hari ini, Ahad 18 May 2008, 3 lagi sahabatku melangkahkan kaki ke bumi para nabia.. Mereka terpilih untuk menjadi tetamu justeru berkhidmat sebagai juruteknik di bumi yang berkah lagi mulia tersebut. Gilirian aku dan beberapa sahabat yang lain, insyaAllah akan menyusul kemudian.
Lagi gambar-gambar berkaitan boleh di layari melalui link di bawah:
http://picasaweb.google.com/walangkopo/YAZIDTOSAUDI
Juga dalam bentuk MOVIE melalui link di youtube title 'Yazid to Saudi' atau type 'titannt'.
Maaf kerana aku tidak buat direct link... memberatkan blog ini nanti! So selamat mencuba.
Wasalam
Thursday, May 15, 2008
Kuliah Hadis 15 May 08 > Msjd Ciku
Wednesday, May 14, 2008
Segmen Kenangan Silam 2
Monday, May 12, 2008
Kuliah Penghapus Dosa 12 May 2008
Alhamdulillah masih dipilih untuk sama-sama duduk di dalam majlis ilmu ini yang mana juga di duduki oleh para malaikat. Majlis yang diberkati, dirahmati.
Kuliah hari ini sudah memasuki bab penghapus dosa. Kalau sebelum ini kita sudah mengetahui akan perkara-perkara yang mendatangkan dosa kecil, maka sekarang kita belajar pula bagaimana hendak kita hapuskan dosa-dosa kecil tersebut. Diantara amalan yang menjadi penghapus dosa itu ialah:
1. Meninggalkan dosa-dosa besar. Terdapat beberapa dalil yang menerangkan bahawa meninggalkan dosa besar itu bisa menghapus dosa-dosa kecil.
"Sekiranya kamu menjauhi perbuatan dosa-dosa besar, kami akan mengampunkan dosa-dosa kecil kamu".
Hadis riwayat Tarmidzi daripada Abu Hurarairah, Nabi bersabda: "Antara solat fardhu dengan solat fardhu, antara jumaat ke jumaat dan antara Ramadhan ke Ramadhan, ianya mengapunkan dosa-dosa (kecil) kamu selagi kamu tidak melakuan dosa besar." Menjaga amalan di antara waktu yang disebutkan itu, aka menghapuskan dosa-dosa kecil kita.
Dalam riwayat lain, "Menjaga ibadat-ibadat wajib dengan meninggalkan dosa-dosa besar, maka terhapuslah dosa-dosa kecilnya.
2. Menampalnya dengan perbuatan-prbuatan yang baik. Diantara perbuatan baik itu ialah, berwuduk, majlis ilmu, solat berjemaah dan seumpamanya.
Daripada Ibnu Jarir, nabi bersabda: "Dijadikan solat sebagai penghapus segala dosa di antara solat ke solat brikutnya, Sesungguhnya solat menghapus kejahatan.".
Riwayat Bukhari dan Muslim, dari Ibnu Masud, pada satu hari seorang lelaki datang berjumpa nabi mengadu yang dia tadinya mencium seorang perempuan. Lalu apa yang perlu dia buat? Lalu nabi menyuruh lelaki tersebut mengerjakan solat 2 di siang hari (zohor dan asar) dan 2 di malam hari (maghrib dan isya). Lalu lelaki itu bertanya apakah ayat ini ke atas aku saja? Tidak, untuk semua umatku... jawap nabi.
Muaz menceritakan, Nabi brsbda, "wahai Muaz, bila kamu berbuat jahat, cepat-cepatlah berbuat baik. Sesungguhnya kebaikan menghapuskannya. Juga dengan berakhlak baik sesama manusia."
3. Dengan mendapat musibah. Musibah penghapus dosa. Nabi mengajar kita dengan doa baginda bila mendapat musibah, " Ya Allah berikan aku pahala di atas musibah ini".
Hadis: " Apa saja musibah ke atas orang islam, maka Allah akan hapuskan dosa atas orang tersebut walaupun dengan terpijak duri di jalan"
Hadis; "Apabila seorang mukmin itu berasa letih, lemah semangat, dukacita, kecewa dan dianyayai orang, ianya adalah kafarah"
Walaubagaimanapun kita perlu melihat suatu musibah itu secara positif. Barangkali ia merupakan teguran Allah kepada kita...
WaAllahuaklam
Khusyuk Dalam Solat
Rasululluh bersabda: "Berapa banyak orang yang mendirikan solat,tetapi yang diperolehinya hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam solatnya".
Bukan itu saja, malah Allah berfirman dalam surah al-Ma'un (4-5),
"maka Kecelakaan besar bagi orang-orang ahli sembahyang
(laitu) mereka Yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya;"
Berasa amankah kita dengan perkhabaran dua diatas? Apakah kita sudah mencapai level khusyuk dalam solat kita, justeru beroleh pahala disisi Allah? Atau kitalah yang dimaksudkan di dalam dua dalil di atas yang masih lalai dan melayakkan kita diazab oleh Allah? Kitalah orangnya yang mulutnya berkumat kamit sambil badan melakukan zahir solat, namun hati dan fikiran kita jauh melayang entah kemana.
Khusyuk
Secara simple, bolehlah kita katakan ianya umpama menghayati. Setiap perbuatan yang tidak dihayati sepenuhnya, ianya pasti terganggu. Tak de 'feel' orang kata. Dalam apa hal sekalipun kita perlu penghayatan. Baik menyanyi, main gitar, tidur, kerja dan seumpamanya. Kalau menyanyi, pasti gagal menyampaikan nyanyian dengan baik kalau tanpa penghayatan.
Yang peliknya kita mampu untuk mnghayati perkara-perkara sebegitu, tapi tidak dalam solat. Kalau solat, start saja takbir, zasss fikiran kita terus berjalan. Begitulah quality solat kita. Ironisnya, kita tidak pernah mencuba untuk memperbaikinya! Nanti dihari perhiungan amal, sedarlah kita yang solat kita selama ini tidak ada pahalanya... dapat penat saja (bersesuaian dengan hadis Rasulullah di atas). Tfdakkah rasa rugi bila perkerjaan kita tidak mendatangkan hasil?
Menghadirkan khusyuk
Secara ringkasnya, ada enam perkara yang dengannya boeh melahirkan khusyuk, iaitu:
> hadhur al-qulb iaitu hadir hati dengan membuang segala hal yang tidak ada kene mengena dengan solat.
> at-tafahhum iaitu berusaha untuk memahami segala perkara yang dilakukan di dalam solat sama ada perbuatan ataupun ucapan.
> at-ta'dzim iaitu merasa keagungan Allah. Betapa kerdilnya kita di depan Allah.
> al-haibah iaitu merasa takut dan gerun terhadap keagungan Allah.
> ar-rajaa' iaitu sentiasa berharap yang solat kita itu diterima Allah dan mendapat pahala yang mudah-mudahan memberatkan timbang amal kita.
> al-hayaa' iaitu rasa malu terhadap Allah dengan kekurangan dan kecacatan ibadah kita, namun dipersembahkan juga sekadar mampu.
Ya, sedikit sebanyak kita sudah tahu macam mana menuju khusyuk di dalam solat. Maka terserah kepada kita untuk berusaha dan berusaha. Secara peribadi aku berpendapat, ianya memerlukan latihan. Latihan yang berterusan. InsyaAllah mudah-mudahan ada sedikit manfaat untuk kita semua.
Selebihnya bacalah sendiri.
Wasalam
Sunday, May 11, 2008
Kenangan Silam
Bismillah.. Tak sempat aku nak update blog ini kerana aku berkerja malam. Siangnya tido saja. Untuk melahirkan nostalgia, aku attached gambar klasik yang ada dalam simpanan aku. Photo taken on 1994 semasa start up TPC 1. Aku job 9 masa tu berganding dengan Engineer Rafee Saat. Lokasi : Compressor cabin (sekarang dah tak ada!).
Tuesday, May 6, 2008
Kedudukan Yang Tinggi
Gambar hiasan: Macam kenal jer nih. Lokasi: Masjid Hajah Maznah
Selepas mengetahui tingkat kemulian bagi ruhani, kali ini dikupaskan pula tentang pelbagai perkataan yang terdapat di dalam al-Quran yang menggambarkan darjat dan kemuliaan, khusus bagi mereka yang memilih jalan takwa. Di antaranya:
1. Maqam Mahmud (tempat terpuji), dalam surah Al-Isra':79,
" dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat Yang Terpuji."
2. Maqam Karim (mulia), dalam surah Ad-Dukkhan: 26,
"..dan juga berbagai jenis tanaman serta tempat-tempat kediaman Yang indah - mulia,
3. Maqam amin (tempat yang aman) dalam surah Ad-Dukkhan: 51
Sesungguhnya orang-orang Yang bertaqwa (akan ditempatkan) di tempat tinggal Yang aman sentosa
4. Al-Muqarradun (orang yang hampir kepada Allah) dalam surah A-Waqi'ah: 88
Kesudahannya: jika ia (yang mati itu) dari orang-orang " Muqarrabiin "
5. Mukramun (yang dimuliakan Allah) dalam surah Yaasiin: 27
"Tentang perkara Yang menyebabkan daku diampunkan oleh Tuhanku, serta dijadikannya daku dari orang-orang Yang dimuliakan"
6. Mardliyah (diredhai), dalam surah Al-Fajr:28
"Kembalilah kepada Tuhanmu Dengan keadaan Engkau berpuas hati (dengan Segala nikmat Yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) !
7. Aulia Allah (wali-wali Allah) dalam surah Yunus: 62
Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu Yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
Terdapat lain-lain lagi perkataan yang memaksudkan sedemikian. Kedudukan yang tinggi dan dekat disisi Allah itulah yang menjadi idaman orang-orang yang bertaqwa yang dicapai melalui jalan bertaqarrub yang sesuai dengan apa yanf digariskan oleh A-Quran dan As-Sunnah.
WaAllahuaklam
Tingkat Kemuliaan Ruhani
Aku sambung lagi antara isi kitab taqarrub oleh Sheikh Ahmad Ridha' dengan huraian seterusnya iaitu tingkatan kemuliaan ruhani.
Terdapat beberapa macam tingkat kemuliaan ruhani. Diantaranya ialah:
1. Sayed Siqbid di dalam kitab ‘Al-Aqaidul-Islamiyah’, membahagikan kepada 3 peringkat iaitu:
> Nafsu ammarah. Tingkat ruhani yang mesih cenderung kepada hawa nafsu dan dipengaruhi oleh godaan syaitan. Inilah yang kebanyakan kita miliki. Firman Allah SWT, (Yusuf, 53):
"Dan tiadalah Aku berani membersihkan diriku; Sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang Yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
Tingkatan ruhani yang paling rendah ini perlu diberikan peajaran dan bimbingan keagamaan untuk meningkatkan kepada darjat yang lebih tinggi iaitu nafsu lawwamah.
> Nafsu Lawwamah. Dengan kebiasaan mengawasi diri, membetulkan kesalahan, meneliti dan memerikasa diri serta selalu menghitung timbal balik antara kesalahan diri kepada kemajuan amal solehnya, maka tingkat ruhaninya bertambah.
Ia akan rasa berduka cita dan menyesal dengan keburukan`dan berasa senang dan tenang apabila berbuat kebaikan. Allah berfirman, (Al-Qiyamah :1-2)
1. Aku bersumpah Dengan hari kiamat;
2. dan Aku bersumpah Dengan "Nafsul Lawwaamah" (bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati)!
> Nafsu muthmainnah, iaitu jiwa yang tenang tenteram dalam kebaikan. Apabila sudah terlatih dengan tengkat kedua tadi, lalu kekal dengannya, capailah ia kepada tingkat tertinggi ini.
Lalu latihan tadi memampukannya memerangi hawa nafsu menyekat syahwat. Mengatasi segala kekurangan dan kerendahan jiwa, lalu menuju jiwa tersebut kepada kebenaran, kebaikan, keindahan dan kesempurnaan. Ia akhirnya mencapai tingkat kebijaksanaan (berhikmah) lalu Allah mengundangnya untuk meniknati kebahagiaan yang hakiki dan abadi. Firman Allah SWT ( Al-Fajr: 27-30).
27. (setelah menerangkan akibat orang-orang Yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan Bahawa orang-orang Yang beriman dan beramal soleh akan disambut Dengan kata-kata): "Wahai orang Yang mempunyai jiwa Yang sentiasa tenang tetap Dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -
28. "Kembalilah kepada Tuhanmu Dengan keadaan Engkau berpuas hati (dengan Segala nikmat Yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! -
29. "Serta masuklah Engkau Dalam kumpulan hamba-hambaKu Yang berbahagia -
30. "Dan masuklah ke Dalam SyurgaKu! "
Orang yang bijaksana sentiasa meneliti dirinya dan berusaha memastikan dirinya berada ditingktan ini dengan menebus segala kealphaan dengan pembersihan ruhani dan tingkat amal soleh dan berterusan bertaqarrub kepada Allah SWT.
Gambar hiasan : Apa-apa hal pun kena belajar dulu then amalkan.
2. Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah dalam ‘Fatawa”nya juga membahagikannya kepada tiga darjat bersandarkan firman Allah SWT: (Al-Faathir:32),
32. kemudian Kami jadikan Al- Quran itu diwarisi oleh orang-orang Yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba kami; maka di antara mereka ada Yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengindahkan ajaran Al-Quran), dan di antaranya ada Yang bersikap sederhana, dan di antaranya pula ada Yang mendahului (orang lain) Dalam berbuat kebaikan Dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia Yang besar (dari Allah semata-mata).
Terdapat tiga golongan yang digambarkan di dalam ayat tersebut, iaitu:
> Mereka yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengindahkan ajaran Al-Quran), iaitu mereka yang derhaka kepada Allah dengan meninggalkan perintah-Nya dan mengerjakan larangan-Nya.
> Mereka yang bersikap sederhana. Iaitu mereka yang cermat dengan melaksanakan kewajipan-kewajipan juga menjauhkan segala larangan Allah SWT.
> Mereka Yang mendahului (orang lain) Dalam berbuat kebaikan Dengan izin Allah, iaitu mereka yang tidak hanya melaksanakan kebaikan, malah juga mengerjakan segala yang sunat. Golongan inilah pada darjat yang tertinggi. Mereka juga berlumba-lumba dalam melakukan kebaikan.
Adapun mereka yang tergolong didalam golongan yang ke dua dan ke-tiga itu sama-sama berada pada darjat ‘wali-wali Allah’, yang beriman dan bertaqwa.
Namun yang paling tinggi ialah darjat para nabi dan siddiqin.
WaAllahuaklam.
Kuliah Dosa-Dosa Kecil Part 4 (5 May 08)
Alhamdulillah dapat dicatatkan isi kuliah dosa-dosa kecil dengan bantuan sahabat yang meminjamkan rakaman kuliah ini, yang dengannya aku dapat menyambung isi kuliah yang penting ini. Thanks alots Bro!!!
Antara dosa kecil seterusnya ialah:
Gambar Hiasan: Majlis ilmu.
17. Meninggalkan/mencuaikan sumpah samada untuk buat atau untuk tidak mahu buat suatu perkara yang dibolehkan syarak walaupun tanpa niat kepada Allah. Jika berlaku yang demikian, wajib ia membayar kafarah/denda.
Bagaimanapun sumpah yang bertentangan dengan syarak, adalah wajib dilanggar. Misalnya, “demi Allah aku takkan tegur si fulan”. Perbuatan tersebut bertentangan dengan hadis "Tidak masuk syurga orang yg memutuskan silaturrahim". Sumpah yg berbentuk maksiat, tiada kafarah keatasnya. Bagaimanapun disisi Imam as-Syafie, dia wajib langgar dan wajib juga membayar kafarah sbg peringatan supaya tidak bermain-main dgn sumpah.
Antara kafarah/dendanya ialah:
1. Memerdekakan hamba.
2. Berpuasa 3 hari dan tidak mesti berturut-turut.
3. Memberi makan 10 org fakir sbgmana kita makan degn keluarga kita (yg sederhana).
18. Meninggalkan penunaian nazar. Seperti bersumpah, bernazar yang maksiat, tidak wajib dilaksanakan. Misalnya, bernazar nak menyalakan lampu/berjamuan di kubur. Kerana ini pembaziran. Ianya tidak perlu!. Bernazar disisi kubur adalah tidak dibenarkan.
19. Mengulangi dosa2 kecil. Hadis, “tidak dinamakan dosa kecil kalau ianya berterusan” – bertaraf daif. Hadis daif tidak boleh dikeluarkan hukum/hujah daripadanya. Tapi dibolehkan kalau untuk kelebihan amal. Ia tetap jadi dosa kecil selagi mana kita tidak meremehkannya. Meremehkan boleh mengubah suatu hukum. Contohnya, "takpelah tengok perempuan, dosa kecil je". Perkataan ini menjadikannya dosa besar. Malah boleh membawa kepada kufur, seperti " buat apa solat? buang masa saja". Ini sebutan yang membawa kepada kufur!!
20. Melakukan jual beli pada dua jual beli. Iaitu seorang peniaga menyebut “kalau cash RM100, hutang RM 200”. Berlainan dengan kata " kalau awak nak beli hutang RM 200 dan kalau cash RM 100. Mana satu pilihan awak? Hutang? Baiklah saya jual dengan harga RM 200, hutang". Sebutan kedua lebih jelas akadnya. Akad sgt penting dalam jual beli supaya dua pihak dalam redha.
Antara dosa-dosa kecil lain (yang tidak disebut oleh penulis) ialah:
Add 1: Ayah tidak berlaku adil terhadap anak-anak. Contohnya beli hadiah, beri nama yg tidak baik spt Abdul Manaf or Abdul Mutalib. Juga dari sudut agama, semua anak-anak wajib mendapat pendidikan agama yg sama. Juga kepada yg berpoligami. Ketidakadilan ini jd jenayah kekeluargaan.
Isteri yg berreaksi tidak baik pd suami... (tanda nusuz) spt muka masam. Sesetengah ulamak berkata: kalau sorg isteri menunjukkan tanda2 nusuz, suami wajib cepat bagi warning spt kata “ini tidak baik... tanda nusuz”. Isteri yang bermasam muka pun boleh tergugur gilirannya. Juga yg seorang isteri.
Add 2. Mengganggu pompuan mahupun lelaki di jalanan sehingga yg diganggu terasa tidak selesa. Nabi menegur sesiapa yang melepak, perlu menunaikan hak pada jalan, iaitu:
1. Sebarkan dan menjawab salam. >adabnya yang sikit bersalam kpd yg ramai.
2. Jgn usik org.
3. Buang perkara yg menyakitkan di ats jalan.
Sekian untuk catatan kuliah pada hari ini. Minggu depan insyaAllah kita akan memasuki bab bagaimana hendakkita menghapus segala dosa? InsyaAllah.
WaAllahuaklam
Saturday, May 3, 2008
Kuliah Hadis 2 May 2008
Segala puji bagi Allah SWT kerana masih memberi kesempatan untuk menduduki kuliah malam ini. Kalau tidak kerana taufik dan hidayahNya, aku mungkin tidak duduk disini. Berapa ramai yang terus di sibukkan Allah atas urusan dunia masing-masing. Bersyukurlah kerana Dia memilih aku.
Selawat dan salam kehadrat junjungan tercinta Rasulullah SAW, keluarganya, para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya dari awal hingga ke hari kiamat.
Malam ini kami diperdengarkan dengan hadis baginda tentang keadaan kita di waktu mahsyar kelak. Mula-mula aku nak sampaikan tentang respon kita bila diperdengarkan dengan ancaman ngeri di akhirat nanti.
Maha suci Allah. Bagaimana keadaan kita bila diperdengarkan dengan kengerian negeri akhirat ke telinga kita? Ya Allah, beginilah kebanyakkan kita. Hati ini tidak tergegar dengan rasa takut pun. Sedangkan para sahabat, bila diperdengarkan kengerian akhirat, mereka menangis, malah ada yang sampai pengsan bila mendengarkan ancaman-ancaman yang bakal dilalui disana kelak.
Ketakutan kita tidak sampai ke tahap itu pun. Kita lebih takut dengan ancaman dunia dari ancaman Allah di akhirat. Itulah salah satu kayu ukur iman dalam dada kita. Tipis sangat. Setipis kulit bawang.
Nabi SAW menceritakan, apabila kita di mahsyar Allah nanti, kita akan mencari-cari pertolongan/syafaat dengan menoleh ke kanan dan ke kiri, sedang di hadapan kita neraka yang menyala-nyala.
Imam Tarmidzi meriwayatkan bahawa, nabi SAW bersabda, “ Anak Adam akan ditanya tentang empat perkara iaitu, umur, amalan, harta dan jasad mereka.”
Usia – Dari usia kita mukallaf hingga kematian kita, apa yang sudah kita buat dengan umur yang Allah beri pinjam kepada kita? Lagi panjang umur yang diberi pinjam kepada kita, lagi banyak soal jawabnya. Ketahuilah bahawa usia yang disia-siakan menjadi fitnah kepada diri kita kelak.
Amal – Ya, berapa banyak amal baik kita? Amal yang baik itu pulak dibezakan dengan keikhlasan sebagai mutunya. Adakah setiap amal baik kita semata-mata mencari redha Allah? Segala amal akan ditanya, kenapa kamu buat? Kalau kita solat misalnya, untuk apa kita solat? Apa kita nak jawab? Lebih-lebih lagi kita ni jenis ikut-ikut saja. Sebab itu perlu ada ilmu sebelum beramal.
Harta - Kiata akan ditanya dari mana kita dapat dan kemana kita belanjakannya. Berapa banyak sudah harta kita untuk jalan Allah? Kerana harta kita adalah apa yang kita belanjakan pada jalan Allah. Bukan apa yang kita simpan kat dalam bank tu! Siapa yang banyak hartanya, lagi panjanglah hisabnya. Orang kaya masuk syurga 500 tahun lebih lewat berbanding yang miskin.
Jasad – Setiap sendi kita mempunyai tanggungjawabnya. Sebanyak mana kita menunaikan hak sendi kita itu? Mata, tangan, kaki, dan seluruh anggota kita.. dengannya, amal apakah yang sudah kita lakukan? Ketahuilah bahawa semua sendi tadi tertunai haknya dengan mengerjakan solat sunat dhuha 2 rakaaat.
Itulah antara isi kuliah malam ini. Setidak-tidaknya memberi sedikit manfaat kepada kita.
Friday, May 2, 2008
TAQARRUB
Firman Allah SWT, (al-Hujurat),13.
"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu)".
Sesungguhnya setiap kita melihat sesuatu perkara melalui perspektif yang berbeza. Antara perkara yang biasa kita dengar ialah:Kita mendengar ramai yang akan berkata “sejuk perut emak yang melahirkan dia” bila menlihat kejayaan anaknya dalam pelajaran apabila keputusan PMR, SPM, Degree, MA atau pHD`anaknya cermerlang lagi terbilang. Itulah perspektif kebiasaan kita. Sedangkan perkataan tadi itu selayaknya diucapkan apabila kita melihat anak itulah yang mengimamkan solat jenazah kepada ibu dan bapanya. Kerana berapa ramai anak-anak yang berpendidikan tinggi, berjawatan besar tidak mampu berbuat apa-apa disaat kematian ibu bapanya.
Ramai yang meletakkan status pendidikan seseorang untuk menilai hantaran perkahwinan. Sekurang-kurangnya 8K bagi perempuan berijazah. Malah lebih tinggi dari itu bila dia seorang yang berjawatan tinggi. Sedangkan kita sepatutnya melihat kelebihan ilmu agamanya sebagai keutamaan. Kenapa kita perlu membayar dengan harga yang tinggi kepada perempuan yang bacaan al-Fatihahnya pun tungang langang? Doa makan pun tidak tahu? Had auratnya pun dia tidak tahu? Sedangkan kalau dia seorang hafizah, lebih dari 10K pun kita akan berpuas hati. Kepada yang dapat kedua-duanya, maka beruntunglah lelaki tersebut. Begitulah jadinya bila kita membelakangkan agama. KIta tidak pandang langsung orang yang berpegang kuat pada agama.
Kita sepatutnya sentiasa meletakkan kemuliaan itu kepada orang beriman yang bertakwa. Sebagaimana Firman Allah dalam surah Hujurat diatas. Dan ingatlah yang menilai kita bukan yang selain Allah. Letakkanlah sesuatu itu menurut syarak. Barulah betul.
Untuk itu seharusnyalah kita berusaha untuk mencapai kemajuan rohani dan menaiki tinkat-tingkat kemuliaan melalui iman dan jalur takwa dengan terus menerus bertaqarrub.
Taqarrub? Taqarrub ialah usaha dan kegiatan menghampirkan diri kpada Allah dengan cara mematuhi perintahNya dan menjauhi laranganNya untuk mencapai kemuliaan di sisi Allah. Meskipun mahkota idaman yang dikejar itu adakalanya menjadi penghinaan di mata manusia lainnya.
WaAllahuaklam.
Thursday, May 1, 2008
Kuliah 1 May 2008, Kemahuan kita
Gambar: Kuliah Ust Md Long di Mesjid al-Munawwarah, Jln Ciku, Kota Masai.
Kuliah malam ini, syarah bagi kita Radiahus Solihin, menghuraikan hadis ke 138 yang diriwayatkan oleh Imam Muslim. Ubbay bin Kaab menceritakan,
"Ada seorang lelaki yang mengikut pengetahuanku adalah seorang yang paling jauh tempat tinggalnya dari mesjid. Dan lelaki tersebut tidak pernah tinggal dari solat secara berjamaah, dan beristiqomah dengannya. Ramai orang dan juga aku pernah bertanya kepadanya, 'Alangkah baiknya kalau engkau membeli seekor keldai untuk kau tunggangi ke mesjid di waktu siang, panas mahupun malam.' Lalu dia pun menjawab, " Aku tidak suka rumahku berhampiran dengan mesjid kerana aku mahu supaya ditulis Allah pahala setiap langkah perjalananku ke mesjid dan langkahan aku kembali kepada keluargaku'.
Lalu nabi SAW mendengar percakapan tersebut lalu brsabda: " Sesungguhnya Allah telah himpunkan semua itu buat lelaki tersebut".
> Begitulah bahawa kemahuan boleh mengatasi segala sesuatu. Walau susahmanapun kesukaran, namun atas kemahuan yang tinggi untuk berbuat sesuatu, maka kita pasti mampu melaksanakannya. Tapi kalau sudah tidak berkemahuan, mesjid depan rumah pun kita tidak mampu untuk melangkah. Begitulah tindakan kita dalam perkara akhirat, ada saja keuzuran yang saja-saja kita reka.
> Sesungguhnya segala suatu atas urusan agama tidal akan menjadi sia-sia. Kepayahan kita berbayar. Tidakkan hadis sebelum ini menerangkan bahawa setiap langkah kita menuju ke mesjid itu akan diangkat satu derajat dan dihapuskan satu keburukan?
Demikianlah sedikit penambahan ilmu dan muhasabah untuk hari ini. Mudah-mudahan memberi manfaat kepada semua. InsyaAllah.
WaAllahuaklam.
Links to My Slide Picture and MOV
> Kembara Madinah - Main Pasir (MOV)
> Kembara Madinah - Badar Battlefield (MOV 1) (MOV 2)
> Kembara Madinah - Uhud Battlefield (MOV)
> Kembara Madinah - Kebun Kurma
> Kembara Madinah - Mesjid Quba' (MOV)
> Kembara Madinah - Ladang Unta (MOV)
> Mesjid Nabawi As-Sareef (MOV 1) (MOV 2)
Ya Allah, Tunjukilah Kami jalan Yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang Yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang Yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang Yang sesat.
WASIAT IMAM AL-GHAZALI
1. Tidak mengejar kesenangan dunia yang tidak dimiliki.
2. Membahagikan kesenangan dunia yang kita miliki.
3. Tidak mengkehendaki dunia dalam hatinya dan tidak pula mengusahakannya.
" Tiada daya untuk meninggalkan maksiat dan tidak ada kekuatan untuk mengerjakan ketaatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Luhur dan Maha Agung"