Appointment Dengan Doktor

12 Aug 2009 - FBC @ 10:00 hrs

24 Aug 2009 - 4th Chemoterapy @ 09:00 hrs

Wednesday, May 14, 2008

Segmen Kenangan Silam 2


Team D FC (FRANCE)


Depan dari kiri : Bujang, Yem, Sarbeki, Raisudin, JMD, Pok Mang, Nickolas
Belakang dari kiri: Suhaimi kecik, Mat Rod 'prof', Yunos, Ragunadane Zidane, Ang, Nipah, Tajul, Mat Jeng


Bismillah.

Pihak admin blog dah bersetuju akan memasukkan segmen kenangan dulu-dulu at least sekali dalam seminggu (terutamanya dihari yang aku tidak ada kuliah). Therefore, sambil kita menyantap ilmu untuk dikongsikan, boleh juga dikongsikan kenangan dimasa lampau kami. Dengannya kita mengingat semula rakan-rakan yang sudah meninggalkan kita di sini. InsyaAllah.

Kali ini diimbau semula kenangan pada tahun 1998 or 97 kot.. Rasa-rasanya 98 lah pasal dok demam World Cup 98 lah nih... kira dah 10 tahun dah nih. Subhanallah.. begitu cepat masa meninggalkan kita. Kalau masa tu umur aku 18 tahun, sekarang dah 28 tahunlah nih. Kalau dulu 28, sekarang dah 38... Fuhhh berapa banyak peluang untuk beramal ibadah yang sudah kita lalaikan? Mudah-mudahan tahun-tahun akan datang kita tambah-tambahlah mana yang kurang, okey?!! InsyAllah.

Balik pada citer bola ni tadi. Biasalah orang Malaysia (TITAN khususnya) nii... bila musim bola, kita pun main bola. Bila musim badminton, kita main badminton pulak. Jadi, tahun 98 tu, kita semua citer pasal bola. World cup lah kata kan. So kita adakan liga antara shift team. Semua level main. Yang kaki bangku pun main jugak. Macam aku ni kira ketogori terrorist. Stereka power!!. Seingat aku, akulah kot penjaring terbanyak kejohanan tu....walaupun Team D FC rank #4 (kira corotlah tuu). Kalau tak, takkan kasut emas ada pada aku? Ye tak? Kalau tak takkan kawan-kawan sekolah aku panggil aku Maradona beb. Tanyalah budak-budak sekolah aku, baik Sek Men Rendah Labis atau Sek Munshi Ibrahim Labis... sapa tak kenal JMD. MD tu Maradona Diego lerr kalau korang nak tahu. Haiii terbukak rahsia pulak dah. Emmm tapi itulah kenangan.....
Tapi akhirnya, demam bola berlalu begitu saja.. Lebih-lebih lagi ada pulak yang nak gaduh kat padang. EMmm hadiah tak seberapa, tapi dia punya kecoh... MasyaAllah! Macamtu lah akhirnya cerita bola kat sini... Sampai sekarang dah tak de liga dah.
Wasalam

Links to My Slide Picture and MOV

Untuk tidak memberatkan blog ini, semua slide boleh di'exses' melalui links di sini. Sila klik tajuk yang berkenaan.

> Kembara Madinah - Main Pasir (MOV)

> Kembara Madinah - Badar Battlefield (MOV 1) (MOV 2)

> Kembara Madinah - Uhud Battlefield (MOV)

> Kembara Madinah - Kebun Kurma

> Kembara Madinah - Mesjid Quba' (MOV)

> Kembara Madinah - Ladang Unta (MOV)

> Mesjid Nabawi As-Sareef (MOV 1) (MOV 2)
Bismillahirrohmaanirrohim

Ya Allah, Tunjukilah Kami jalan Yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang Yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang Yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang Yang sesat.

WASIAT IMAM AL-GHAZALI

3 perkara yang dengannya kita mampu untuk berzuhud:
1. Tidak mengejar kesenangan dunia yang tidak dimiliki.

2. Membahagikan kesenangan dunia yang kita miliki.

3. Tidak mengkehendaki dunia dalam hatinya dan tidak pula mengusahakannya.


" Tiada daya untuk meninggalkan maksiat dan tidak ada kekuatan untuk mengerjakan ketaatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Luhur dan Maha Agung"