Appointment Dengan Doktor

12 Aug 2009 - FBC @ 10:00 hrs

24 Aug 2009 - 4th Chemoterapy @ 09:00 hrs

Friday, May 23, 2008

Halangan Bertaqarrub - part 2

Bimillah.
Alhamdulillah. Sempat lagi untuk aku menyambung kupasan dari kitab ‘TAQARRUB’ ini untuk menambah-nambah sedikit ilmu. Kebetulan cuti sekolah sudah tiba, maka kuliah-kuliah dalam minggu ini tertangguh kerana al-fadhil Ustaz bercuti di kampungnya di Terengganu Darul Iman.

Maka, perkara kedua yang menjadi penghalang kepada kita untuk bertaqarrub itu ialah:

2. Halangan dari dalam. Iaitu halangan yang datangnya dari dalam diri manusia itu sendiri. Ianya meliputi:
> Naluri:
Dalam diri kita ada naluri keinginan kearah yang mulia seumpama naluri berjuang, naluri jodoh, naluri makan dan lain-lain. Namun terdapat juga naluri yang cenderung kepada tingkatan yang rendah yang dapat disama ertikan dengan hawa nafsu, syahwat, angkara murka dan watak-watak buruk lainnya.

> Penyakit-penyakit ruhani:
Penyakit jenis ini adalah seumpama munafik (nifaq), dengki (hasad), riak sombong (takabbur), marah (ghadab), kejam (zalim), lesu ruhani dan lain-lain yang disebut muhlikat iaitu sifat-sifat yang merosakkan.

> Penyakit jasmani
Penyakit ini seumpama lumpuh badan, lanjut usia, sakit dan lain-lain yang bersifat jasmani. Namun ianya tidaklah mutlak. Bagaimanapun ada juga yang mampu mengatasinya dan tidak patah semangat untuk terus bertaqarrub kepada Allah.

Ya, kesempatan inilah yang dijadikan saluran oleh syaitan untuk menggoda manusia lalu menjauhi diri dari bertaqarrub kepada Allah. Rasululluh bersabda: “Sesungguhnya Syaitan itu berjalan di dalam diri manusia mengikuti perjalanan pembuluh darahnya”.

Walaubagaimanapun pasti ada jalan untuk mengatasi setiap halangan, samada dari luar ataupun dalam. Bermula dari tahu punca, kita mencari penawarnya, insyaAllah. Yang penting kita cenderung untuk mencari ilmu tentangnya.

WaAllahuaklam.

No comments:

Links to My Slide Picture and MOV

Untuk tidak memberatkan blog ini, semua slide boleh di'exses' melalui links di sini. Sila klik tajuk yang berkenaan.

> Kembara Madinah - Main Pasir (MOV)

> Kembara Madinah - Badar Battlefield (MOV 1) (MOV 2)

> Kembara Madinah - Uhud Battlefield (MOV)

> Kembara Madinah - Kebun Kurma

> Kembara Madinah - Mesjid Quba' (MOV)

> Kembara Madinah - Ladang Unta (MOV)

> Mesjid Nabawi As-Sareef (MOV 1) (MOV 2)
Bismillahirrohmaanirrohim

Ya Allah, Tunjukilah Kami jalan Yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang Yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang Yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang Yang sesat.

WASIAT IMAM AL-GHAZALI

3 perkara yang dengannya kita mampu untuk berzuhud:
1. Tidak mengejar kesenangan dunia yang tidak dimiliki.

2. Membahagikan kesenangan dunia yang kita miliki.

3. Tidak mengkehendaki dunia dalam hatinya dan tidak pula mengusahakannya.


" Tiada daya untuk meninggalkan maksiat dan tidak ada kekuatan untuk mengerjakan ketaatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Luhur dan Maha Agung"