Alhamdulillah. Masih berkesempatan untuk berkongsi sesuatu dengan sahabat-sahabat sekalian. Mudah-mudahan mendapat sedikit manfaat bersama. InsyaAllah.
Kali ini aku ingin berkongsi suatu hal yang amat penting bagi kita iaitu "Khusyuk Dalam Solat". Ini merujuk kepada buku oleh Tok Guru Nik Abdul Aziz yang baru saja aku selesai mengkhatamkannya.
Rasululluh bersabda: "Berapa banyak orang yang mendirikan solat,tetapi yang diperolehinya hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam solatnya".
Bukan itu saja, malah Allah berfirman dalam surah al-Ma'un (4-5),
"maka Kecelakaan besar bagi orang-orang ahli sembahyang
(laitu) mereka Yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya;"
Berasa amankah kita dengan perkhabaran dua diatas? Apakah kita sudah mencapai level khusyuk dalam solat kita, justeru beroleh pahala disisi Allah? Atau kitalah yang dimaksudkan di dalam dua dalil di atas yang masih lalai dan melayakkan kita diazab oleh Allah? Kitalah orangnya yang mulutnya berkumat kamit sambil badan melakukan zahir solat, namun hati dan fikiran kita jauh melayang entah kemana.
Khusyuk
Secara simple, bolehlah kita katakan ianya umpama menghayati. Setiap perbuatan yang tidak dihayati sepenuhnya, ianya pasti terganggu. Tak de 'feel' orang kata. Dalam apa hal sekalipun kita perlu penghayatan. Baik menyanyi, main gitar, tidur, kerja dan seumpamanya. Kalau menyanyi, pasti gagal menyampaikan nyanyian dengan baik kalau tanpa penghayatan.
Yang peliknya kita mampu untuk mnghayati perkara-perkara sebegitu, tapi tidak dalam solat. Kalau solat, start saja takbir, zasss fikiran kita terus berjalan. Begitulah quality solat kita. Ironisnya, kita tidak pernah mencuba untuk memperbaikinya! Nanti dihari perhiungan amal, sedarlah kita yang solat kita selama ini tidak ada pahalanya... dapat penat saja (bersesuaian dengan hadis Rasulullah di atas). Tfdakkah rasa rugi bila perkerjaan kita tidak mendatangkan hasil?
Menghadirkan khusyuk
Secara ringkasnya, ada enam perkara yang dengannya boeh melahirkan khusyuk, iaitu:
> hadhur al-qulb iaitu hadir hati dengan membuang segala hal yang tidak ada kene mengena dengan solat.
> at-tafahhum iaitu berusaha untuk memahami segala perkara yang dilakukan di dalam solat sama ada perbuatan ataupun ucapan.
> at-ta'dzim iaitu merasa keagungan Allah. Betapa kerdilnya kita di depan Allah.
> al-haibah iaitu merasa takut dan gerun terhadap keagungan Allah.
> ar-rajaa' iaitu sentiasa berharap yang solat kita itu diterima Allah dan mendapat pahala yang mudah-mudahan memberatkan timbang amal kita.
> al-hayaa' iaitu rasa malu terhadap Allah dengan kekurangan dan kecacatan ibadah kita, namun dipersembahkan juga sekadar mampu.
Ya, sedikit sebanyak kita sudah tahu macam mana menuju khusyuk di dalam solat. Maka terserah kepada kita untuk berusaha dan berusaha. Secara peribadi aku berpendapat, ianya memerlukan latihan. Latihan yang berterusan. InsyaAllah mudah-mudahan ada sedikit manfaat untuk kita semua.
Selebihnya bacalah sendiri.
Wasalam