Appointment Dengan Doktor

12 Aug 2009 - FBC @ 10:00 hrs

24 Aug 2009 - 4th Chemoterapy @ 09:00 hrs

Tuesday, May 6, 2008

Tingkat Kemuliaan Ruhani

Bismillah..

Aku sambung lagi antara isi kitab taqarrub oleh Sheikh Ahmad Ridha' dengan huraian seterusnya iaitu tingkatan kemuliaan ruhani.
Terdapat beberapa macam tingkat kemuliaan ruhani. Diantaranya ialah:

1. Sayed Siqbid di dalam kitab ‘Al-Aqaidul-Islamiyah’, membahagikan kepada 3 peringkat iaitu:

> Nafsu ammarah. Tingkat ruhani yang mesih cenderung kepada hawa nafsu dan dipengaruhi oleh godaan syaitan. Inilah yang kebanyakan kita miliki. Firman Allah SWT, (Yusuf, 53):

"Dan tiadalah Aku berani membersihkan diriku; Sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang Yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

Tingkatan ruhani yang paling rendah ini perlu diberikan peajaran dan bimbingan keagamaan untuk meningkatkan kepada darjat yang lebih tinggi iaitu nafsu lawwamah.

> Nafsu Lawwamah. Dengan kebiasaan mengawasi diri, membetulkan kesalahan, meneliti dan memerikasa diri serta selalu menghitung timbal balik antara kesalahan diri kepada kemajuan amal solehnya, maka tingkat ruhaninya bertambah.

Ia akan rasa berduka cita dan menyesal dengan keburukan`dan berasa senang dan tenang apabila berbuat kebaikan. Allah berfirman, (Al-Qiyamah :1-2)

1. Aku bersumpah Dengan hari kiamat;
2. dan Aku bersumpah Dengan "Nafsul Lawwaamah" (bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati)!


> Nafsu muthmainnah, iaitu jiwa yang tenang tenteram dalam kebaikan. Apabila sudah terlatih dengan tengkat kedua tadi, lalu kekal dengannya, capailah ia kepada tingkat tertinggi ini.

Lalu latihan tadi memampukannya memerangi hawa nafsu menyekat syahwat. Mengatasi segala kekurangan dan kerendahan jiwa, lalu menuju jiwa tersebut kepada kebenaran, kebaikan, keindahan dan kesempurnaan. Ia akhirnya mencapai tingkat kebijaksanaan (berhikmah) lalu Allah mengundangnya untuk meniknati kebahagiaan yang hakiki dan abadi. Firman Allah SWT ( Al-Fajr: 27-30).

27. (setelah menerangkan akibat orang-orang Yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan Bahawa orang-orang Yang beriman dan beramal soleh akan disambut Dengan kata-kata): "Wahai orang Yang mempunyai jiwa Yang sentiasa tenang tetap Dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -
28. "Kembalilah kepada Tuhanmu Dengan keadaan Engkau berpuas hati (dengan Segala nikmat Yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! -
29. "Serta masuklah Engkau Dalam kumpulan hamba-hambaKu Yang berbahagia -
30. "Dan masuklah ke Dalam SyurgaKu! "


Orang yang bijaksana sentiasa meneliti dirinya dan berusaha memastikan dirinya berada ditingktan ini dengan menebus segala kealphaan dengan pembersihan ruhani dan tingkat amal soleh dan berterusan bertaqarrub kepada Allah SWT.

Gambar hiasan : Apa-apa hal pun kena belajar dulu then amalkan.


2. Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah dalam ‘Fatawa”nya juga membahagikannya kepada tiga darjat bersandarkan firman Allah SWT: (Al-Faathir:32),

32. kemudian Kami jadikan Al- Quran itu diwarisi oleh orang-orang Yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba kami; maka di antara mereka ada Yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengindahkan ajaran Al-Quran), dan di antaranya ada Yang bersikap sederhana, dan di antaranya pula ada Yang mendahului (orang lain) Dalam berbuat kebaikan Dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia Yang besar (dari Allah semata-mata).

Terdapat tiga golongan yang digambarkan di dalam ayat tersebut, iaitu:
> Mereka yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengindahkan ajaran Al-Quran), iaitu mereka yang derhaka kepada Allah dengan meninggalkan perintah-Nya dan mengerjakan larangan-Nya.

> Mereka yang bersikap sederhana. Iaitu mereka yang cermat dengan melaksanakan kewajipan-kewajipan juga menjauhkan segala larangan Allah SWT.

> Mereka Yang mendahului (orang lain) Dalam berbuat kebaikan Dengan izin Allah, iaitu mereka yang tidak hanya melaksanakan kebaikan, malah juga mengerjakan segala yang sunat. Golongan inilah pada darjat yang tertinggi. Mereka juga berlumba-lumba dalam melakukan kebaikan.

Adapun mereka yang tergolong didalam golongan yang ke dua dan ke-tiga itu sama-sama berada pada darjat ‘wali-wali Allah’, yang beriman dan bertaqwa.
Namun yang paling tinggi ialah darjat para nabi dan siddiqin.

WaAllahuaklam.

Links to My Slide Picture and MOV

Untuk tidak memberatkan blog ini, semua slide boleh di'exses' melalui links di sini. Sila klik tajuk yang berkenaan.

> Kembara Madinah - Main Pasir (MOV)

> Kembara Madinah - Badar Battlefield (MOV 1) (MOV 2)

> Kembara Madinah - Uhud Battlefield (MOV)

> Kembara Madinah - Kebun Kurma

> Kembara Madinah - Mesjid Quba' (MOV)

> Kembara Madinah - Ladang Unta (MOV)

> Mesjid Nabawi As-Sareef (MOV 1) (MOV 2)
Bismillahirrohmaanirrohim

Ya Allah, Tunjukilah Kami jalan Yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang Yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang Yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang Yang sesat.

WASIAT IMAM AL-GHAZALI

3 perkara yang dengannya kita mampu untuk berzuhud:
1. Tidak mengejar kesenangan dunia yang tidak dimiliki.

2. Membahagikan kesenangan dunia yang kita miliki.

3. Tidak mengkehendaki dunia dalam hatinya dan tidak pula mengusahakannya.


" Tiada daya untuk meninggalkan maksiat dan tidak ada kekuatan untuk mengerjakan ketaatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Luhur dan Maha Agung"