Appointment Dengan Doktor

12 Aug 2009 - FBC @ 10:00 hrs

24 Aug 2009 - 4th Chemoterapy @ 09:00 hrs

Thursday, May 15, 2008

Kuliah Hadis 15 May 08 > Msjd Ciku

Bismillah

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah dapat lagi aku menghadirkan diri ke majlis ilmu yang memangnya dipenuhi rahmat Allah.

Perbahasan sudah sampai kepada hadis yang ke-140 dalam bab banyaknya perkara-perkara untuk beramal ibadah. Hadis dari Ady ibnu Hatim riwayat Bukhari dan Muslim, Rasulullah bersabda:

"Tidak ada seorangpun daripada kamu melainkan akan berkata-kata (bersoal-jawab) di hadapan Tuhannya. Di Mahsyar Allah kelak manusia dalam ketakutan, menoleh kiridan kanan mencari-cari pertolongan dan perlindungan. Dilihat kekanan, akan nampaklah segala amalan kebaikannya. Dilihat ke kira, nampaklah pula segala amal kejahatan kita. Sedangkan di depannya nyalaan api neraka. Takutilah olehmu api neraka itu dengan bersedekah walaupun separuh biji tamar"

Kalau siapa yang masih ingat, hadis ini sama bunyinya dengan yang pernah aku publish sebelum ini, oleh Ust Mat Esa di surau Seri Alam. Ada yang ingat tak? Emmm hampeh korang nih!

Oklah. Terdapat dua jenis sedekah iaitu:
1. Wajib, iaitu zakat. Ada syarat-syarat yang mewajibkan zakat.
2. Sunat iaitu sedekah biasa tu ler.

Berkenaan zakat, ia ada syarat yang menjadikan seseorang itu wajib mengeluarkannya dan kepada siapa yang boleh menerimanya. Adapun kepada mak bapak, anak-bini, ianya adalah perbelanjaan wajib. Selesai hak yang wajib, dan ada lebih, cukup nilai dan tempohnya, barulah layak unutk berzakat.

Ini sama juga dengan bersedekah yang sunat tadi. Keutamaan hak untuk kita bersedekah ialah ahli kaum kerabat kita sendiri. Juga jiran-jiran terdekat. Jangan sampai kita tak nampak ada sepupu ke, dua pupu ke yang patut kita bersedekah, kita overlook pulak. Yelah mana glamer kalau bagi sedekah di dalam ahli kerabat sendiri... ye tak? Macam tulah kita biasanya. Selalu sangat terbelit oleh belitan iblis. Sebab tu kita selalu dengar berita bantuan untuk negara luar, tsunami misalnya. Koleksinya berjuta-juta ringgit. Tapi untuk rakyat sendiri, sekolah-sekolah agama yang daif di dalam negeri, terabai, tak nampak. Kenapa? Kerana kalau bantuan untuk negara luar, masuk TV, negara lain tahu betapa perihatinya rakyat Malaysia terhadap negara serantau. Walhal...

Sedekah umpama modal yang dilabur disisi Allah, yang memang dijamin keuntungannya oleh Allah. Macamana nak beroleh untung kalau tidak bermodal dulu? Jadi janganlah kedekut untuk menanam modal disisi Allah. Firman Allah al-baqaroh:

268. Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu Dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan Yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadanya serta kelebihan kurniaNya. dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa meliputi pengetahuanNya.

Biasanya macam tulah persepsi kita. Kita suka menyimpan untuk bank. Sedangkan harta kita itu adalah apa yang kita belanjakan pada jalan Allah. Sedekah itu salah satu dari akaunnya. Tapi kalau janji untung dari unit trust.... percaya giler kita.

"Bersedekah 1 sen sewaktu hidup (melalui tangan sendiri) lebih baik daripada bersedekah 1000 ringgit selepas mati (melalui orang lain)". So jangan tunggu orang lain sedekahkan untuk kita.

"Ketahuilah bahawa kesempitan itu bukanlah sempit harta, tetapi kesempitan itu adalah sempit manusia." Maksudnya, apa guna harta yang banyak tetapi anak cucu menyampah pada kita kerana kita ni kedekut. Biarlah kita tidak kaya harta, tapi anak cucu kita menghargai kita.

Ehh dah banyak ni... akhir sekali, sekiranya kita idak mampu untuk bersedekah harta, maka berikanlah kata-kata ucapan yang baik kepada sesama manusia.

WaAllahuaklam.

Links to My Slide Picture and MOV

Untuk tidak memberatkan blog ini, semua slide boleh di'exses' melalui links di sini. Sila klik tajuk yang berkenaan.

> Kembara Madinah - Main Pasir (MOV)

> Kembara Madinah - Badar Battlefield (MOV 1) (MOV 2)

> Kembara Madinah - Uhud Battlefield (MOV)

> Kembara Madinah - Kebun Kurma

> Kembara Madinah - Mesjid Quba' (MOV)

> Kembara Madinah - Ladang Unta (MOV)

> Mesjid Nabawi As-Sareef (MOV 1) (MOV 2)
Bismillahirrohmaanirrohim

Ya Allah, Tunjukilah Kami jalan Yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang Yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang Yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang Yang sesat.

WASIAT IMAM AL-GHAZALI

3 perkara yang dengannya kita mampu untuk berzuhud:
1. Tidak mengejar kesenangan dunia yang tidak dimiliki.

2. Membahagikan kesenangan dunia yang kita miliki.

3. Tidak mengkehendaki dunia dalam hatinya dan tidak pula mengusahakannya.


" Tiada daya untuk meninggalkan maksiat dan tidak ada kekuatan untuk mengerjakan ketaatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Luhur dan Maha Agung"